Just nak share apa yang terbuku dekat hati ni.. Alhamdulillah saya sudah berkahwin (4 tahun) dikurniakan seorang cahaya mata yang comel, seorang suami yang memahami dan sekarang sedang hamil untuk anak yang ke2.
Sewaktu selepas habis berpantang hamil 1st, baby, suami dan ibu mertua ada pergi ke pasaraya untuk cuci mata orang cakap kerana dah lama terperap dekat rumah.
Berkenan kan beg yang harga tidak berapa mahal which is beg belakang berpoket tepi yang mudah untuk ibu2 untuk bawa botol susu.
Pada mulanya suami tak izinkan saya memilih beg tersebut dengan alasan beg like budak2, at the end beli jugak dengan sokongan ibu mertua.
Akibat tidak sedap hati, suami ada pelawa ibunya & membelikan beg dikedai yang sama dengan pilihan ibu mertua sendiri.
Time awal perkahwinan, semua nampak macam sempurna. Keluarga mertua alhamdulillah boleh dikatakan baik dalam menerima menantu.
Tiba suatu masa kami menantu-menantu berkumpul dan ada yang bukak cerita mengenai ibu mertua kami. Alangkah terkejut nya saya waktu itu.
Ibu mertua rupanya ada bercerita dengan mereka yang suamiku membelikan beg yang murah berbanding dengannya.
Tergamam seketika mendengar walhal harga nya tidak jauh beza. Apabila saya bercerita kejadian itu dengan suami, suami hanya minta saya bersabar.
Tahun demi tahun berlalu, pelbagai perkara yang tidak boleh diterima akal permintaan ibu mertuaku ini.
Suami yang dahulu nya bekerja di Singapore kembali bekerja di Malaysia akibat tidak mahu berjauhan dengan anak.
Dahulu kemampuannya memberi kepada ibunya RM500 (beri ditangan) sebulan berkurang ke RM100 (tidak nampak dimata kerana bayar bil elektik dan air).
Nak dibandingkan gaji suami dahulu dan sekarang amatlah berbeza. Tetapi alhamdulillah saya masih bekerja dan sedikit sebanyak boleh membantu suami mengurangkan beban.
Nafkah saya tidak minta nilai dan saya cuma ingtkan suami, beri ikut kemampuan.
Sekarang merupakan kandungan saya yang ke 3. Ke 2 keguguran akibat air ketuban pecah dan sudah ada bukaan 1cm sewaktu usia kandungan 4 bulan.
Ketika ditahan wad 8 hari waktu itu, saya teramat stress kerana ibu mertua bising tidak cukup duit katanya, even setiap minggu saya dan suami ada membeli barang basah.
Berjurai air mata sedih kehilangan anak syurgaku ditambah sedih dengan perangai mertuaku.
Anak anak yang lain ada juga membantu. Selepas dibenarkan balik saya berharap dapat berehat tetapi anak sulung saya demam sawan dan saya terpaksa kembali ke hospital untuk menjaga nya kerana suami tidak dapat ambil cuti.
Bukan lah mudah menjaga anak sewaktu dalam pantang di hospital. Tidur bersama diatas katil kanak2 dan waktu malam teramatlah sejuk. Memang tidur di dalam tangisan. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya waktu itu.
Cerita sebelum PKP penggunaan elektrik melambung sehingga RM2++ sebulan dan akibat suami hanya mampu RM100 so selebihnya menjadi tunggakan.
Semasa PKP, kecoh bil elektrik semua tiba2 meningkat. Rumah mertua RM8++ ditambah dengan tungakan sehingga keluar notis merah pemotongan.
Anak2 lah yang bertungkus lumus settle kan hutang tu sikit2. Settle satu diusul nya pulak cukai tanah yang tertangguh.
Mertua ada 5 orang anak. Jika ditambah duit yang anak2 semua bagi mungkin dalam RM600-700 sebulan dan jika disimpan sedikit setiap bulan dapat membuat bayaran cukai tanah tersebut akan tetapi tidak.
Sekarang dengan alasan lutut yang sakit diminta anak2 membelikannya rumah teres kerana rumah yang sekarang 1 tingkat dan sukar untuk bergerak katanya dan selesa jika sedara mara ingin tidur dirumah tersebut.
Untuk pengetahuan semua rumah nya ada 4 bilik. 1 bilik dijadikan store. 1 bilik mertua, bilik di bawah diberikan anak bongsu dengan alasan tidak selesa tidur disitu dan terdapat 1 lagi bilik extra kerana anak nya sudah merantau ke KL.
Kata nya jika dapat rumah teres, (harga market sekarang RM300K) rumah sekarang (rumah murah 1 tingkat) tetap jugak dia mahu.
Anak2nya sekadar hanya mampu untuk menampung perbelanjaan harian ibubapa nya sahaja. Pernah jugak ibu mertua menghantar pesanan di group Whatsapp family “kadang kami ni macam pengemis minta duit dekat anak2”.
Sedangkan saya dan suami masih tinggal dengan ibu saya kerana ibu tidak benarkan kami tinggal rumah lain dan faham ekonomi kami yang tidak stabil.
Sebelum ini kami ada jugak memohon rumah mampu milik tetapi masih belum ada rezeki.
Rumah terpakai juga kami pernah mohon akan tetapi loan tidak lepas. Bukan kah itu dah menunjukkan yang kami memang belum mampu untuk memiliki rumah??
Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi akan tetapi masih tidak dapat nak faham kenapa ibu mertua tidak boleh fikir anak2 sekadar kerja kilang dimintanya beli rumah teres 2021 sebelum menutup mata. Permintaan yang mustahil untuk ditunaikan. Ibarat petik jari duit keluar.
– Menantu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit