Assalamualaikum semua pembaca setia iiumc. Nama aku Ani, sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. Suami aku biar aku namakan dia W.
Lepas membaca confession Mertua Dari Syurga (https://iiumc.com/mertua-dari-syurga-2/), aku juga ingin berkongsi pengalamanku bersama mertua.
Aku kenal W semasa kami sama-sama belajar di salah satu University Awam. Masa tu kami bestfriend dan masing-masing sudah mempunyai pasangan.
Selepas tamat belajar, aku masih berhubung dengan W. Kadang-kadang ajak lepak, makan, kalau raya mesti dia akan datang berkunjung ke rumah mak ayah aku.
Tahun 2016, W dapat masuk unit beruniform dan perlu menjalani latihan selama 9 bulan. Semasa W didalam pusat latihan, aku ada melawat dia dan masakkan bekal untuk dia.
Kebetulan hari yang sama, mak ayah W pun datang untuk melawat dia. Masa ni pertama kali aku berdepan betul2 dengan mak ayah W.
Untuk pengetahuan semua, mak W adalah cina mualaf. Manakala aku, ayah aku yang cina mualaf. Jadi kami ni sama-sama berdarah kacukan cina-melayu.
Selepas pertemuan hari tu, aku terkejut bila W mengatakan yang maknya berkenan untuk jadikan aku menantu. Dan waktu itu juga aku dapat message dari mak W.
Mak W tanya aku ‘’suka W tak? Kalau suka, bagitahu la. Aunty berkenan dengan Ani. Uncle pun kata dia berkenan dengan Ani. Nanti tanyala mak ayah Ani berkenan tak dengan W’’. Mak W memang jenis straight forward.
Masa ni aku speechless. Rasa bersyukur pun ada sebab ada orang berkenan nak jadikan menantu haha! W kata mak dia suruh cuba berkawan lebih rapat dengan aku dan tengok sejauh mana hubungan ni boleh pergi. W tanya pendapat aku, dan aku setuju untuk mencuba.
Tahun 2017, kami bertunang dan tahun 2018 kami nikah. Semasa majlis bertandang dibelah W, mak dia layan aku dengan baik sekali. Mak W ni garang, tapi dengan aku dia lembut sangat.
Sentiasa tanya aku nak makan apa, ajak pergi pasar sama-sama, breakfast pun sama-sama. Dan mak W tak pernah suruh aku buat itu buat ini. Asalkan aku ada didapur teman dia, dia okay dah.
Tapi aku sebagai menantu, aku tolong apa yang patut. Bila dah semua berkumpul kat dapur, gelak tawa bergurau senda, meriah rumah. Tak rasa macam orang luar. Mak W juga sering jadikan aku tempat dia meluah. Aku sangat rapat dengan mak W.
Aku boleh kemana-mana berdua je dengan mak W sampai ramai yang ingat aku ni anak dia, W tu menantu hahaha.
Pendek kata, aku tak kekok berada disamping keluarga dia. Ayah, adik beradik dan biras semua sekepala. Aku seronok bila dapat balik kampung sekali sekala. Aku memang anggap keluarga mertua seperti keluarga aku sendiri.
Bercerita tentang bapa mertua pulak, beberapa bulan sebelum perkahwinan kami, ayah W disahkan menghidap barah usus stage 2.
Alhamdulillah ayah dia masih boleh sihat dan hari ni adalah hari terakhir sesi kimoterapi dia. Ayah W seorang yang tegas tetapi penyayang. Dia akan tolong kalau dia tahu anak-anak tengah susah. Sejak pandemic ni, company aku ditutup sebab nak cut cost.
Aku now jobless tapi ada komitmen loan kereta yang perlu dibayar. Aku ada apply moratorium tapi sampai sekarang takde update.
So, ayah W tolong kami dengan buat full settlement untuk kereta aku tu. Serious aku terharu sangat bila dia sanggup tolong aku, sebab aku ni menantu je.
Bukan sikit jumlah yang dia tolong sebab aku baru pakai kereta tu 4 tahun. Macam tak percaya kereta tu dah takde hutang.
Apa-apa pun aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang. Antara nikmat dan rezeki selepas kahwin yang semua nenantu impikan, aku dapat. Alhamdulillah!
So guys, pada pendapat aku, kalau nak kahwin please make sure kau ambil hati mak ayah dia dulu. Jangan rasa mertua tu macam saingan kita sebab dia yang melahirkan si suami. Sebab aku percaya bila kita dapat restu mak ayah, InsyaAllah hidup kita lebih berkat.
W selalu cakap aku ni menantu kesayangan haha tapi sebenarnye sama je semua. Hehe.
Akhir kata, tolong doakan kesembuhan buat ayah mertuaku, semoga terus kuat melawan sakit dia. Doakan juga semoga mak mertuaku sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Okay satu lagi, tolong doakan perkahwinan aku dan W sentiasa diberkati dan diredhai Allah. Terima kasih guys sebab sudi baca kisah aku.
– Ani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit