Merungut

Assalamualaikum sekalian pembaca. Terima kasih admin jika post ini tersiar.

Post ni sekadar luahan sahaja. Tentang sikap segelintir manusia yang suka merungut segala macam hal. Banyak dah aku tengok kat sekeliling ni spesies macam ni. Naik muak rasanya. Tidaklah aku nak kata aku ni baik bebenor tak complaint langsung, tapi beragak lah.

Tak tahu apa yang rasa puasnya bila merungut sana sini. Nak-nak lagi merungut kat Facebook. Tulis status kat FB merungut kerja banyak. Merungut seribu tahun sekali pun, kerja tak akan habis. Tetap kena buat jugak. Bos mintak tolong buatkan kerja dia sebab bos tu banyak benda nak handle pun nak merungut. Siap cakap ‘Aku dah agak dia mesti pass kerja dia kat aku. Haih! Aku memang dah agak dah’ Aduhai diknon… Kerja kat office tu, selagi mana nama kita ni kuli/orang bawahan, tetap kena buat walaupun kita memang cukup menyampah dengan kerja tu. Dah tu, gaji nak, kerja lebih sikit tak nak.

Merungut pasal anak pun selalu je aku nampak kat wall FB aku tu. Duduk rumah jadi suri rumah. Tapi statusnya merungut pasal anak aje memanjang. Tak boleh nak settlekan kerja lain sebab anak kacau. Baru nak masak, dah kena jerit-jerit sebab anak panjat tangga berjemaah. Baru nak start online business, anak rampas handphone. Anak ramai pun merungut, susah anak ramai katanya. Dah tu kalau rasa tak nak susah, tak payah beranak banyak-banyak. Status-status complaint pasal anak ni nampak macam si emak ni tak bersyukur pulak ada anak. Kata anak tu rezeki. Tapi memanjang lah aku Nampak status rungutan pasal anak itulah anak inilah. Kata sayang, tapi complaint aje.

Tak dilupakan kepada makcik-makcik bawang yang suka complaint pasal si suami kat status FB. Aku pernah baca status sorang makcik bawang ni complaint suami dia selalu tak tolong buat kerja rumah. Lepas tu akhir kata, tag nama suami. Agak-agak apalah perasaan si suami? Apa tanggapan pembaca kepada si suami. Kan namanya membuka aib tu. Pernah jugak ada sorang kenalan FB complaint pasal suami jugak. Banyak status yang menceritakan pasal keburukan si suami (masa tu tengah perang suami isteri kot, sebab status isteri emosi gila). At the end, nak dijadikan cerita si suami baca semua status FB tu. Aku jugak baca komen si suami kata, “Congratulations, you are successfully humiliate your husband to public”. Tak tahu apa cerita lepas tu.

Pembaca sekali, semua orang pun aka nada rasa nak comlaint macam-macam. Tapi, berpada-padalah. Sebab ramai kat FB tu kenal kita. Secara tak langsung akan fikir betapa buruknya perangai kita. Ustaz kat TV9 pun pernah cakap, apa yang keluar dari mulut kita (I mean secara lisan), mencerminkan hati kita as well. Aku pun pernah je complaint itu ini. Tapi jangan sampai orang tahu lah kita marahkan siapa. Pandai-pandailah nak hidup diknon.

Sekian luahan hati saya.
Ni kira complaint jugak ke? Huhu

– Akak Kepoci

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit