Assalamualaikum semua.. Aku bahasakan diri sebagai “Aku” ye, aku lebih senang dan dengar macam kau sedang cakap dengan member.
Aku nak ceritakan satu kisah dalam hidup aku yang tak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila.
Aku nak mulakan kisah ni dengan me “rewind” kembali movie dari Indonesia AYAT-AYAT CINTA 1 yang famous tu.
Sedikit kisah Maria yang mencintai Fahri, tapi akhirnya Fahri menikah dengan pilihan hatinya Maria.
Kalau tengok cerita tu, memang menangis sampai terkeluar hingus sebab sedih sangat nasib Maria tu.. Satu dialog yang aku takkan lupa bila Maria cakap dekat Fahri masa scene dorang menghadap sungai Nil.
Kata Maria,
“Aku rasa, Sungai Nil dan Mesir itu jodoh, senang ya? Jika kita bisa dipertemukan dengan jodoh, yang diberikan Tuhan dari langit?
Lebih kurang lah.. Bagi Maria, Fahri adalah Mesirnya. Fahri adalah jodoh yang ALLAH sudah tetapkan untuknya.
Ya ALLAH.. panjangnya intro aku.. Okay back to my kisah,
Aku dan Maria sama. Nasib kami tak banyak berbeda.. Aku berkenalan dengan seorang lelaki, kita namakan dia A. Aku dan A berkenalan di Universiti. Dia beza dua tahun dari aku. Dia senior kolej. Usia perkenalan kami hampir 3 tahun.
Sepanjang perkenalan kami, kami sebenarnya jarang contact, jumpa atau dating pun tak pernah! Ya, kami jaga batasan itu,yang memisahkan kami, kami akur.
Cuma, setiap kali kami berwhatsapp, dia akan senang bercerita tentang masa depan, tentang keluarga, tentang pembelajaran dia. Untuk makluman semua, dia dah grad.
Pernah satu kali whatsapp, dia tanyakan kepada aku, tentang ciri-ciri lelaki idaman aku. Jawab aku, aku inginkan lelaki yang taat agama, jaga solat dan hormat orang tua.
Bila aku tanya ciri-ciri perempuan yang dia ingin jadikan isteri,korang tahu dia jawab apa? Dia jawab dia mahukan yang seperti AKU!
Perasaan aku, Ya Allah. Aku dah tak dapat balas dah whatsapp dia lepastu, gembira sampai terketaq tangan nak taip.. hahahaha. Angau dah aku ni, memang rindu bersulam cinta dah lagaknya.
Lepas tu masa Covid ni, dia jarang whatsapp. Dalam 6 bulan pertama tahun 2020 aku boleh kira, 2 kali. je whatsapp..
Tadi isi perbualan kami adalah tentang kahwin, tentang apa yang perlu dibuat selepas kahwin, and on that time, dia pernah tanya aku, mas kahwin aku nak berapa?
Aku tanya dia balik, kenapa dia tanya? Dia kata saja nak tahu. Eleh, saja dia buat aku tak keruan! Sehari tu aku senyum macam kerang busuk.. hahaha.
Bulan 8, 2020
Dia whatsapp aku, tanya aku adakah aku sudah berpunya. Aku dah memang terketaq nak jawab yang aku memang single, tak ada sesiapa kecuali dialah yang seolah memberi harapan kepada aku.
Aku tanya dia balik, dia macam mana? Dia pun jawab dia single. Tak ada sesiapa.
“Kalau sama-sama single, kita kahwin jelah”
On that time! Wah! Aku rasa macam happy sangat… hahaha, tapi aku cakap belum bersedia dan nak habis belajar dulu..
Then lama kami menyepi…
Bulan 10, 2020
Tengah aku scroll ig,tiba-tiba aku nampak posting dia Posting undangan majlis perkahwinan antara A dan pilihan hatinya.
Entah berapa kali aku buka ig, on off phone aku,untuk confirmation betul ke apa yang aku tengok ni?
Sambil berkaca mata aku, Aku baca nama yang tertera dekat kad undangan tersebut.. memang dia.
Aku macam tak berpijak di bumi, Hati aku, serious aku cakap! KOSONG! Macam aku kena pukau, tangan aku terketar-ketar (getaran sama yang dia bagi masa dia cakap akulah wanita idamannya)
Aku tewas, aku menangis semahunya. Apa salah aku? Kau bagi aku harapan lepastu kau hancurkan harapan aku seranap-ranapnya!
Sampai sekarang, aku keliru, aku tak faham apa yang dia dah buat dekat aku. Aku hilang separuh dari diri aku. Aku hilang harapan. Pokoknya, hati aku sangat kecewa dan aku,lepas ni takkan percaya kepada janji dan harapan.
Maafkan aku,
Aku mungkin perlukan masa untuk sedar diri, dan terima hakikat ni. Setiap malam, aku berdoa dalam sujud aku, Semoga ALLAH hilangkan perasaan ini dari aku dan menggantikan ia dengan cintaNya.
Untuk manusia yang melukakan hati aku,yang memusnahkan harapan aku, Aku doakan kau bahagia dengan pilihan hati. Walaupun aku tersakiti, tapi kebahagiaan kau adalah satu yang aku doakan.
Pada akhirnya, Maria bernikah juga dengan Fahri walaupun hanya sekejap untuk Maria merasakan ayat-ayat cintanya berkumandang.
Untuk pembaca, aku perlukan sokongan dari kalian untuk aku bangkit. Doakan seketul aku yang tersakiti ini.
Untuk aku, pada awal cerita, aku mungkinlah aku Maria, tapi pada akhirnya, aku bukan Maria yang bahagia itu.
Pada hakikatnya Sungai Nil ku mengering kerna Mesirku yang berubah…
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit