Mesti Ke Buat Content Tunjuk Aset & Harta Untuk Dilihat Berjaya?

Perasan tak sejak ada Media Sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok, ini kebanyakkan “Founder” berlumba-lumba tunjuk kekayaan masing masing.

Eh macam ada pertandingan siapa paling banyak kereta, kereta siapa paling mahal? rumah siapa paling besar? Beg siapa paling mahal?

Siapa paling banyak gelang emas ditangan?

Bukan itu je, tunjuk replika “Cheque” dia bersedekah kepada sekian sekian Pertubuhan Anak Yatim / Fakir Miskin atau bayar Zakat di Majlis Agama.

Sebenarnya apa tujuan mereka buat begitu?

Sekadar menunjuk? Sekadar suka suka?

Sebenarnya ada banyak tujuan “Pemilik Perniagaan” atau “Founder” buat begitu.

AGENDA SEBENAR :

1) Mencari lebih ramai EJEN agar menyertai perniagaan / team mereka.

Niat mereka ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka sambil membantu mereka yang hilang sumber pendapatan.

2) Memberi MOTIVASI / sumber INSPIRASI bahawa tiada yang mustahil dalam dunia ini.

Jika kita berusaha kita pasti berjaya.

3) Memberi MESEJ bahawa usah memandang rendah pada keupayaan atau rezeki seseorang.

Barangkali dahulu dia berasal dari keluarga yang susah, tetapi sekarang beliau telah berjaya dan ada kehidupan yang lebih baik..

4) Ingin BUKTIKAN bahawa Produk yang mereka jual laris, sekaligus menunjukkan ia berkesan dan berkualiti.

Apa apa sekalipun pastikan NIAT dan MATLAMAT kita jelas.

Bukan sekadar mengikut trend atau ikut-ikutan. Jangah terlalu mengikut peredaran zaman kerana tak semuanya baik bagi kita.

Jika sekadar ingin berkongsi kejayaan kita, berpada-padalah supaya niat kita tidak terpesong.

Orang putih kata…

1) “Less is more”

2) “What people do not know, they cannot ruin”.

3) “In a world where everyone is over- exposed the best thing you can do is maintain your mystery”.

4) “Just because you don’t share in social medias, doesn’t meant we are not up to big thing”

5) “Keeps your personal life, Personal”.

6) “Privacy is dead. And the Social media holds the Smoking Gun”.

Kejayaan dan Kekayaan bukan diukur pada berapa banyak Aset / Harta yang kita ada sebenarnya atau betapa mewahnnya hidup kita.

Tak semestinya seseorang usahawan itu tidak memakai barangan berjenama atau hidup mewah bermakna dia tak kaya & berjaya.

PRIORITI atau KEUTAMAAN setiap orang itu berbeza selaras dengan keperluan atau kehendak masing masing.

Fokuslah untuk mempunyai kekayaan JIWA, AKHLAK & ILMU dan BUKAN MATERIAL sahaja.

Ia penting demi keselamatan, ketenangan dan kesejahteraan hidup kita dan keluarga kita.

Sekian..

Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.

– Shada Mazan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *