Met A Right Person At A Wrong Time

Hi assalamualaikum warga IIUM Confession. Izinkan aku perkenalkan diriku. Aku seorang ibu kepada 3 orang anak. Yang paling kecil baru berusia 2 tahun. Aku baru saja join part time study bachelor in international business di salah sebuah ipta. Suami aku hanyalah seorang posmen.

Ya. Dia hanya posmen. Dia seorang yang ringan tulang. Bila minta tolong, tak pernah dia menolak. Tambah pula dia seorang yang peramah. Orang² tua suka sangat kalau jumpa dia.

Berbalik kepada tajuk, kenapa aku kata “met A right person at A wrong time”? Sebab from the beginning aku kenal dia, selama 17 tahun, dia tak pernah culas bab menafkahi ibu bapa dia. Ya!

Menafkahi ibu bapa. Since umur dia habis spm, dia bekerja. Dari mula dia bekerja, sehinggalah jatuh nya tarikh pernikahan kami, dia sering kali serah bulat² gaji dia kepada ibunya. Sehinggakan, waktu kami nak kahwin, duit dalam poket dia zero. Dia bukan anak sulong.

Dia anak kelima daripada tujuh adik beradik. Aku bukan tak tolak jodoh ni. Berbelas kali aku lari dari dia sebab aku tak yakin dia mampu jaga aku selepas aku lihat sendiri setiap pengorbanan dan jasa dia dengan ibubapa dia.

Tapi, suami aku beria2 nak memperisterikan aku. Dan akhirnya, kami sepakat berkahwin.

So, aku cerita serba sedikit mengenai latar belakang keluarga dia which is, in laws aku. Keluarga suami aku bukan berasal dari malaysia.

Tapi, husband aku dan adik² dia sahaja yang lahir di malaysia. Diorang berasal dari negara jiran yang sangat mementingkan adat. Bak kata pepatah, ‘biar mati anak, jangan mati adat’.

Mula² aku susah nak adapt dengan adat diorang. Tapi, aku abaikan saja. Sebab bagi aku, mereka dah sampai ke malaysia, should be, mereka lah yang kena follow budaya kita.

So, sebab aku ignore adat diorang, in laws aku tak berkenan dengan aku. Lagipun dalam adat diorang, perempuan akan beli si suami.

Then in laws aku pun keep ulang benda ni sampailah aku dah beranak pinak. Bagi aku, dalam al-quran dah susun cantik semuanya. Kenapa masih nak ikut adat yang kadang kala bertentangan dengan agama. Betul kan? Ok. So, bila diorang merantau ke malaysia, in laws aku mulakan perniagaan.

Base daripada apa yang suami aku ceritakan, bapa dia dulu jutawan. Duit berjuta atas usaha diorang berniaga sebelum ni. Lori ada 3 biji, van sebiji. Kenderaan² ni, masih ada sampai skarang. So, dipendekkan cerita, tanah ada 1 ekar dekat kajang, rumah flat sebiji dan rumah atas tanah lot 2 pintu.

Rumah flat tu, abang ipar aku duduk free sampai maintenance, bil api, bil air tertunggak even in laws aku tuntut duit sewa. Yela, anak kan. Nak tak nak, redha jela walaupun dalam hati marah. So, masa in laws aku tengah kaya, kakak2 ipar dan abang ipar aku insan yang paling beruntung. Cakap saja nak apa,

Semua confirm dapat. Sampailah umur suami aku 16 masa tu. Parents in law aku dapat panggilan menunaikan haji. Bermulalah episod duka keluarga suami aku.

Pergi haji itu rezeki. Balik daripada haji, bisness in laws aku jatuh. Jatuh bukan biasa². Sampai terduduk. Segala duit yang ada, hilang entah kemana(buat rolling balik bisnes,

Tapi still rezeki tu tak datang). So, base on apa yang suami aku cerita, in laws aku ada berdoa depan kaabah sebab in laws aku nak bersihkan setiap harta² yang ada. Sepanjang bisnes diorang berjalan sebelum pergi haji, in laws aku ada kenakan riba dekat pembeli². Contohnya, si A beli barang secara hutang,

Si B pula beli secara cash. So, in laws aku akan kenakan double charge dekat B sebab nak cover hutang si A. So, balik saja dari haji, memang bisnes tak boleh sustain. Tukar bisnes pun still rugi dan terus melinkup. Akhirnya, mereka terpaksa berniaga di tepi jalan, buka tutup payung semula.

So, bermulalah episod suami aku menafkahi kedua ibu bapanya dan kadang kala, kakak² serta abangnya. Kenapa aku kata kakak² serta abangnya? Sebab, setiap kali suami balik rumah, ibu dia akan mengadu kakak2 and abang pinjam duit dari ibu dia.

Then, suami aku sampai berhutang dengan kawan², jual satu²nya motor yang ada, beri duit gaji sepenuhnya kepada kedua orang tua serta menanggung segala kerosakan kenderaan yang keluarga diorang ada. Disebabkan bebanan² yang suami aku tanggung, suami aku depression.

Kadang² dia akan bercakap sorang². Tu belum lagi part tekanan kerja yang dia hadapi sekarang. So, aku pun berkahwin dengan dia dan aku ingat semua ni akan berakhir.

Tapi, tidak sama sekali! 3 bulan lepas kahwin, suami aku dapat panggilan jadi posmen. So, dia tukar kerja sebab kerja sebelum ni tak secure.

In laws aku pulak semakin berusia. Dah tak mampu nak berbisnes lagi. Bisnes pun on off depends pada tahap kesihatan diorang. So, setiap kali balik rumah in laws, ibu mertua aku akan meratap merayu suruh hulur duit setiap bulan.

Bila suami aku hulur RM50 atau RM100, ibu mertua aku akan buat muka dan cakap suruh bagi duit banyak². Dan dari sini, in laws aku akan start compare dengan anak² sedara diorang yang lain. Gaji posmen, berapa la sangat. Sedangkan sekarang pun, setelah 9 tahun bekerja pun, masih tak cecah 2k.

Ya, silap suami aku sebab memanjakan ibunya semasa bujang. Jadi, bila kami dah kahwin, suami aku nak bayar rumah, barang dapur, suami aku juga nak tanggung perbelanjaan anak² aku.

Dalam pada masa yang sama, suami aku kena tanggung kos penyelenggaraan kenderaan² yang ada serta rumah. Dan yang paling sadis, bila kenderaan² ni dah elok, ada di antara adik bradik husband aku akan ambil dan gunakan sampai la rosak semula.

Bila rosak, kitaran akan mula semula which is, suami aku yang akan pergi baiki. Selain tu juga, parents in laws aku kena tanggung sekali anak² perempuan dan cucu² mereka. Sebab mereka ibu tunggal dan ada yang tidak bekerja.

Tu belum part rumah yang in laws aku dan adik beradik husband aku duduk. Disebabkan rumah tu dibina di atas tanah gambut, rumah tu tenggelam ke dalam. Nak masuk kna turun paras atas lutut. Bila hujan sikit, rumah akan banjir.

So, dipendekkan cerita, suami aku jugalah yang hulur duit bagi kos² pembaikan walaupun waktu tu, dia dah berkahwin dan ada anak². Sampaikan ada satu tahap, suami aku dah tertekan sangat,

Parents keep mengadu rumah rosak, suami aku bawa tabung sebesar tong minyak yang besar tu, then buka depan in laws aku. Dengan harapan diorang akan faham bahawa inilah duit simpanan terakhir yang ada. Dan masa pun terus berlalu.

Pandemik pun dah mula hadir. Aku pula bersalin anak yang ketiga ketika awal pandemik. So, makin bertambah lah tanggungjawab suami aku.

Nak dijadikan cerita, selepas daripada mco yang pertama, keadaan semasa pos malaysia makin merudum. Ot pun dah takda. Kami meneruskan hidup dengan gaji basic suami dan gaji aku sahaja.

So, gaji suami aku less than 2k. Gaji aku? Dalam 4k++. Sebelum² ni aku boleh menyimpan. Tapi, tidak lagi kini. Anak pula makin membesar. Tahun ni tambah lagi seorang dah nak mula sekolah.

So, sekarang, aku pula yang menjadi tulang belakang keluarga. Dan sesungguhnya, aku ikhlas bantu suami aku.

Sebab sebelum² ni, husband aku tak pernah berkira dengan aku. Jadi, keutamaan aku, semestinya anak² dan suami aku. So, suami aku dah explain kepada orang tua dia yang dia tak dapat lagi membantu. And aku fikir, keluarga dia akan faham. Rupanya tidak!

In laws aku keep pushing husband aku sampai tahap husband aku depressed dan smoking. Husband aku jadi tempered, moody, dan cepat letih. Ditambah pula dengan tekanan kerja yang dia hadapi. Gaji pun sekadar basic. Ya Allah, waktu ni, aku pun ikut depressed sekali. Sebab apa, sebab aku bekerja,

Aku belajar, aku yang urus anak² dan rumahtangga dari memasak, mengemas dan lain². Sebelum ni, aku ada suami aku untuk membantu aku dalam urusan rumah dan anak².

So, disebabkan pandemik, aku buat keputusan untuk sambung belajar. Tapi, aku tak sangka pula situasi kami jadi separah ni.

In laws aku pulak dah bising² suruh betulkan kenderaan² yang ada di samping kena hulur duit belanja pada mereka. Kalau korang tengok, keadaan lori² tu, korang akan cakap, jual besi buruk jela. Memang barai habis. Tak berjaga langsung. Memang harapkan suami aku jela yang jaga.

So, suami aku pun keluarkan i-sinar sebab parents dah bising². Masa suami aku keluarkan i-sinar, aku tanya husband aku, apa back up plan dia kalau 10k ni tak cukup nak hidupkan lori² yang ada.

Suami aku marah aku, katanya aku tak faham dia. Ya Allah, sedihnya, tuhan saja yang tahu.

Dan ternyata, sangkaan aku tepat. Duit 10k tu tak cukup sebab nak kena welding parts yang dah reput, pastu nak tukar kayu² body lagi, nak repair enjin lagi, nak kena inspection puspakom lagi dan seterusnya. Besar sungguh pengorbanan suami aku.

Tapi, tetap tak dihargai. Bila aku balik rumah in laws, in laws aku sindir² aku dengan ayat ni ‘awak tu isteri dia, kena la bantu dia bila dia susah. Zaman awak dah senang, anak pakai pampers, susu pun bancuh saja susu tepung, anak dijaga pengasuh lagi’.

Aku tahu, ayat ni merujuk agar aku bantu sekali keluarga mereka. Abis tu, anak² aku macam mana? Aku tambah sedih, emosi aku kacau bilau bila tengok keadaan suami aku.

Aku sampai rasa, aku harung rumahtangga ni sorang². Sebab suami aku terlalu fokus dengan tanggungjawab dia. Sampaikan anak² aku cakap ‘ayah asyik dengan lori saja.

Tak ada masa pun dengan kitorang.’ lagi lah meruntun hati aku dengar. Banyak yang aku nak luah dekat suami aku. Tapi, aku tak sekuat dulu. Serious talk, suami aku pun dah macam orang tak betul.

Sebab tu, aku tulis tajuk ‘i met a right person at a wrong time’. Sebab aku rasa, kalau dapat diundurkan masa, aku tak patut setuju nak berkahwin dengan suami aku. Sepatutnya aku kena encourage dia untuk bantu family dia dulu then bila dah selesai semua, barulah fikir kahwin.

To all mens and womens out there yang masih single, aku nasihatkan, selidik lah latar belakang keluarga bakal suami/isteri kita dulu dan bukan hanya bakal suami/isteri kita sahaja. Sebab semua ni memainkan peranan penting dan berkait rapat. Kalau family bakal suami tu susah,

Better jangan take a risk. Malah, please encourage them to help their family first dan sampailah dia sendiri dah stabil dari segala segi. Ampun maaf jika terdapat bahasa yang mix dan sukar untuk difahami.

– Puan A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *