Migrain oh Migrain

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih kepada Admin kerana menyiarkan cerita yang saya dah lama nak kongsi.

Kisah yang saya nak ceritakan ini tentang masalah migrain yang saya hadapi since habis spm dan semakin melarat seiring peningkatan umur. Alah mesti pembaca kata sakit biasa je tu. Ya, sakit ni sangat lah x serius seperti kanser atau penyakit yang lebih serius yang wujud di dunia ini. Tapi sedikit sebanyak sakit ni menganggu perjalanan hidup saya.

Selepas result spm keluar, saya ditawarkan untuk sambung belajar di peringkat diploma di IPTA. Malangnya sem 1 lagi dah x dpt duduk di hostel, sebab penempatan tidak mencukupi. Sakit migrain akan jadi kat saya sebulan dalam 4,5 kali dan sekali kena mmg akan menyebabkan satu hari tu tak boleh buat aktiviti apa pun. Just dapat telan ubat dan baring. Kadang2 disertai dengan muntah dan sensitif terhadap cahaya dan bunyi. Punca2 yang boleh trigger masalah migrain ni antaranya, tak cukup tidur, panas melampau, makan mknan yg ada msg, lambat makan, nak datang period, tekanan perasaan dan macam2 lagi lah.

Housemate mula2 tak dapat nak paham pun yang saya ni suka duduk di rumah dan tak dapat join mereka keluar jalan2 atau study di luar. Masalahnya, sebab takut tak jaga makan dan rehat migrain akan datang menyerang dan saya lah yang menanggungnya. Pernah mereka pulaukan kononya saya ni sombong tak nak bergaul dengan mereka. Perasaan tu Ya Allah hanya tuhan je tau. Saya tak sombong lah. Huarghhh.

Kalau nak kata rawatan, dah macam2 rawatan saya cuba. Bekam, makan supplement, Checkup Hospital takut ada sakit lain. Rawatan Islam. Amalkan zikir. Tapi masalah migrain ni memang x dapat dirawat. Tiap2 bulan mesti datang menyerang tak kira masa dan tempat. Kadang2 datang kelas pagi, tiba2 tengah hari sakit datang menyerang terpaksa skip kelas petang. Tapi adakalanya saya gagahkan juga datang kelas sebab lecturer bising kalau selalu tak datang kelas. Pernah pengsan kat rumah sewa housemate cepat2 angkat bawa pergi hospital dan kena admit sebab migrain terlampau kuat. Masa nilah housemate mula paham yang migrain ni tersangat lah sakit.

Alhamdullillah, setelah 3 tahun pengajian. Saya berjaya juga mendapatkan segulung diploma dan ditawarkan terus bekerja di tempat intern. Bermulalah cabaran yang sebenar. Kalau dulu housemate tak nak paham tak apa lagi. Sekarang ni bila berhadapan dengan bos. Tak kira lah kita ni sakit atau tak. Kerja mesti beres. Meeting dengan Customer kena datang. Bayangkan lah, sebelum ada kereta pergi ke tempat customer naik KTM. Habis meeting dalam pukul 6.00 ptg. Sebelum Naik train boleh muntah dekat tong sampah tempat tggu train. Dengan badan dah tak bermaya. Gagahkan diri naik train dan minta tolong org dalam train kejutkan bila sampai ke stesyen yang saya nak turun. Sampai jew dah malam memang muntah lagi sekali lah dengan kepala berdenyut dan sakit sebelah. Gagahkan juga diri ni berjalan. Esoknya nak bangun awal pagi siapkan manual yang beratus pages tu. Nasib baik tak pitam.

Pernah juga sampai tak tahan sakit kepala tidur bawah meja kerja sebab surau dan bilik meeting ada orang. Oh ya, mesti pembaca tertanya kan. Kenapa x ambil mc. Bos ni bagi ambil mc bila sakit tu mmg dah dari rumah dan dia cukup marah klu staff dia selalu mc. Kalau dah start sakit kat office tu bertahan jelah. Ada officemate yang tak paham memang kerjanya memerli jelah. Selalu sangat sakit kepala dan muntah kan. Tapi saya Dah habis muntah pun sambung buat kerja balik walaupun kepala rasa berat dan nak pecah.

Bila dah berkahwin ni, syukur juga lah ada orang nak jaga sakit kepala nak tolong urut dan bagi makan. Tapi kesian juga kat suami nak kena paham situasi saya ni. Oh Ya, dahlah saya ni ada penyakit migrain sekali pakej dengan senggugut. Hurm, bertabah lah yew. Sekarang saya ambil keputusan untuk bekerja dari rumah sebab since pregnant kesihatan semakin tidak mengizinkan untuk bekerja aktif seperti orang lain sebab morning sickness yang teruk. Hahahahaha adoi. Rekod berhari hari muntah banyak kali makan muntah makan muntah. Penat muntah ni. Macam keluarkan raksasa dalam badan je. Hehe.

Cuma suatu hari saya harap adalah penyembuhan untuk rawatan migrain ni. Tak nak lah pergi klinik atau hospital doktor setakat bagi ubat tahan sakit dan tahan muntah jew. Kepada pembaca tolong doakan kesihatan baby dan saya bertambah baik ya. Oh Ya, kalau korang ada petua atau cadangan boleh lah kongsi ya.

Terima kasih.

– Miss Kiki Lala

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit