Aku menulis ni sebab tak tahu nak luah pada siapa.
Aku seorang guru agama dan suamiku seorang berpangkat dalam bidang ketenteraan.
Suamiku anak bongsu dan ada seorang kakak saja yang jauh beza umur dengan suami aku dan kakak ipar aku tak kerja.
Suami aku ada seorang ibu yang menjangkau usia hampir 80 tahun.
Ibu mertuaku (MIL) memang tak da rumah sendiri, tak pandai bawa kereta, tak pernah bekerja seumur hidupnya dan sudah kematian suami sudah lama. Her life is so depending to others.
Kakak ipar aku dah lama gila jaga ibunya atas alasan kami dulu pjj dan suami aku selalu kursus. Aku yang banyak urus anak2 aku sebab nature kerja suami aku yang sangat sibuk.
Biasalah bini askar banyak benda kena buat sendiri. MIL aku pulak memang sangat suka duduk dengan kami.
Fast forward tahun 2024 akan melabuhkan tirai dan selamat datang tahun 2025. Kakak ipar and family akan pindah rumah pada rumah yang lebih kecil berbanding rumah yang sekarang.
Maksudnya memang dah tak boleh occupied my MIL in her house.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang like I said memang to live with us is always part of her dream.
Masalahnya aku lah yang selalu rasa takda privacy, nak cuit2 suami pun ada seseorang yang tersenyum di satu sudut, dressing pun kena jaga even dalam rumah sendiri.
Oh ya! My MIL memang sporting, boleh urus diri, cuma manja la urusan harian macam makan dan basuh baju memang kena ada orang buatkan and tak masuk campur kalau aku marah anak2 aku.
Hakikatnya aku memang tau pasal ladang pahala dsb.
Cuma nak melaksanakan rutin seperti biasa dengan adanya orang lain itu susah. Plus nak cari masa dengan suami pun susah, run the house, also uruskan anak2.
Aku bekerja, aku urus macam2 bila balik rumah penat dan riak muka aku boleh bayang la camna kan? Apa pilihan aku ada?
Aku nak redha dan berdamai dengan takdir bahawa Allah memang lorongkan kami untuk jaga MIL dalam sisa baki kehidupan dia.
Please help me. Any suggestions?
– Alice (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betul la tu. Memang takdir awak kena jaga MIL di penghujung usianya. Awak kata Mil sangat depending to others mungkin macam tu juga kita nanti bila Allah tarik nikmat sihat ke. We never know. Kita buat baik, moga Allah balas baik.
Pertama sekali, alhamdulillah kerana dikurniakan ibu mertua yang melapangkan hati kita. Puan ada hubungan yang baik dengan ibu mertua. Percayalah, not many Can say the same about their in-laws. Cumanya privacy nya kurang. Puan, seorang ibu pasti sangat gembira melihat putera nya gembira bersama menantu nya yang hebat dan cucu nya comel. Puan dapat berkongsi pengalaman dan kenangan itu bersama ibu mertua pada hujung usia nya. Pendek kata, saya harap puan bersama and nikmati nikmat yang Allah kurniakan kepada puan. Assalam.
Selain osjahat u boleh pursue jd actress, u pandai berlakon sampai MIL suka kat u, ingat hati bersih, rupanya keladak tu baru cuit sket da naik keladak. Laki yg u sayang sangat tu anak org tua tu. Semoga allah uji dpt madu sharing is caring lurrvveeee
Memang ada cabaran bila duduk sekali dgn ibu mertua tambah pula bila suami jarang ada di rumah dan kita bekerjaya.Tapi tugas jaga ibu memang tanggungjawab anak lelaki..begitu juga nanti bila kita dah tua,anak lelaki Kita yang wajib jaga Kita bukan anak perempuan..Mesti kita sedih kan kalau nanti menantu perempuan kita berfikiran sebegitu..Semoga urusan menjaga ibu mertua awak dipermudahkan.Umur dia dah 80 tahun,mungkin dah tak lama atas Dunia ni .Moga dengan asbab awak treat baik ibu mertua,Allah permudahkan urusan awak jaga anak2 Dan dapat anak soleh solehah..Aminn
Inilah takdir awk, masanya dah sampai utk giliran awk pula. Perkara ni sebenarnya kita akan alami terutama bila menjelang usia 40an, ibubapa kita atau pasangan kita dah tua dan perlu jagaan utk teruskan hidup. Dulu masa kita baru kahwin, ibubapa kita masih sihat. Sekarang umur mereka 70++. Macam2 penyakit dan ada yg bedridden. Sy pun ada pengalaman duduk dgn ibu mertua. Jaga dia masa dia sakit. Kita tak suka ada orang lain dalam rumah tapi apa pilihan yg kita ada, tak kan nak letak dia di rumah org tua. Tergamakkah kita. Tipsnya hanya titipkan rasa redho shj, ada mslh cakap dgn husband. Kalau rasa rimas, awk keluar je rumah ambik angin, dah lega, balik la ke rumah. Bilik awk adalah safe space awk, kalau rase rimas, duduk je dlm bilik. Doakan je mak memtua tu sihat selalu at least boleh urus diri sendiri.
Memang wajib anak lelaki yg telah berkahwin jaga ibunya. Tapi jangan silap ya , jangan tanggungjwb itu dialihkn pada isteri pulak sbb menantu perempuan tidak wajib jaga mertua jika dia tida redha. Tidak boleh paksa isteri jaga ibu mertuanya. Klu isteri tidak mahu dia kena cari maid utk jaga ibunya di rumah. Tapi jika isterinya mahu ladang pahala silakan, alhamdulillah.