MIL Nak Kahwin Lagi

Hi semua. Nama aku Amanda. Aku nak minta pendapat kat sini berkenaan story pasal mother in law aku yang aku panggil mummy.

Mummy ni ibu tunggal and ade anak sorang which is suami aku lah yang bernama Aidil. Kami berdua masih belum ada anak dan dah kahwin almost 7 years.

Okay aku nak story pasal mummy ni ekceli. Aku and mummy memang sangat kamceng.

Mummy jenis moden and ramai kawan dan mummy jenis extrovert. Banyak je aktiviti die buat. Pergi gym lah, tea time lah apelah dengan friends die yang ramai tu.

Mummy duduk kondo sorang tapi selalu datang rumah aku and suami dan kami pun selalu lepak rumah mummy.

Aku sukaaa sangat dengan mummy sampai selalu tunggu mummy datang rumah aku. Sebab nak datang rumah die aku busy kerja.

Bila die datang tu, memang lamelah kami ni berborak gelak ketawa sambil tengok TV. Siap bentang toto depan TV and berborak. Aidil dah faham sangat and die okey je.

Okay masalah sekarang ni, satu hari tu, mummy sharelah dengan aku yang die berkenalan dengan seorang lelaki ni. Aku namakan Papa Zola je kay. Sebab aku rasa rupe die macam Papa Zola tu. Hahaha.

Papa Zola ni quite corporate jugaklah and kematian isteri. Ade anak 5 yang dah kerja kawen semua. Basically, Papa Zola pun macam mummy, duduk sorang.

Bagi aku okay jelah kan, bukan mummy kebas hak orang. Lagipon mummy masih lawa and dah lama menyingle hampir 15 years okay. Aku pon sokonglah mummy nak ber relationship dengan Papa Zola.

Aku pon cerita la kat suami aku pasal hal ni. Biaselah memalam pillow talk kan, terkeluar lah cite pasal mummy and Papa Zola.

Lah tetibe Aidil mengamuk. Mengamuk kecil lah and die cakap, die tak suka mummy nak kawen lagi ke apa. Pastu siap warning aku jangan nak sokong mummy ke apa.

Esok tu siap die warning pulak mummy sekali sampai aku cakap you ni tak baik cakap macam ni dengan mummy.

Aku terus minta maaf dengan mummy sebab share pasal hal Papa Zola. Sekarang ni Aidil merajuk dengan aku. Mummy pulak merajuk dengan Aidil.

Mummy siap whatssapp aku and cakap mummy tak nak dah datang rumah you all sebab Aidil marah mummy macam tu.

Aku siap nanges kat mummy, minta maaf sebab aku yang cite pasal tu. Mummy kate aku tak salah tapi Aidil tu dari dulu tak bagi mummy kahwin.

Aidil pulak tak nak mengalah and cakap, aku boleh pindah duduk dengan mummy if aku sokong mummy.

Ya Allah, aku ni dahlah kena taat suami, apa die tak suka, aku takleh nak bangkang. Berbelah bahagi betul aku sekarang ni. Rindu aku dengan mummy hampir sebulan tak jejak kaki rumah aku.

Aku nak minta pendapat semua, tolonglah bagi aku cadangan supaya aku ni tak melukakan hati sesiapa.

– Amanda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *