Hai, nama aku Leona, Aku umur 35 tahun dan nak cerita pasal anak kedua aku yang diagnosis Mild autism high function masa umur 3 tahun 9 bulan oleh 3 hospital, Hospital kerajaan dan hospital swasta, dua hospital yang berbeza.
Leo nama diberi oleh aku. Sekarang dah 8 tahun. Leo, anak paling aku rasa anugerah terindah bila aku dapat tahu dia autism. Masa doctor sah diagnosis aku tak tahu kenapa aku rasa bersyukur sebab aku dapat anak macam dia.
Leo berbeza, dia istimewa di hati aku. Anak yang paling senang di bawa kemana-kemana, Tak lasak, makan je apa yan kita suap tak cerewet. Paling suka minum air masak, sama la macam aku ni haa, penggemar air masak.
Leo, anak bijak, dah pandai membaca buku usia 2 tahun, Obses dengan planet dan dinasour. Semua koleksi planet dan dinasour semua dia simpan dalam rak mainan di bilik persendirian dia.
Ada OCD, tak suka sesuatu yang bersepah, masuk rumah mesti susun kasut/selipar di rak kasut dengan teliti. Pantang nampak cadar kusut mesti nak ratakan. Pakai baju mesti tak boleh ada sedikit kotor dan tak bergosok.
Pernah sekali waktu hari raya aku gantung langsir yang tak bergosok, habis Leo membebel suruh gosok langsir tu dulu. Goreng telur mata pun kena cantik tau. Jadi nya, bilik tidur Leo ni lebih teratur dari kakak dia yang sulung tau.
Leo, Lancar bercakap masa umur 6 tahun, kalau bercakap macam karangan, Macam pembaca berita pun ada, Cuma Leo cakap bahasa english sahaja lah kan.
Disebalik itu Leo ada masalah dalam bersosial. Selalu kena pulau di kelas ,mungkin mempunyai fikiran yang tak kena dengan rakan-rakan sebaya nya. Kalau asyik bercerita pasal planet dan dinasor siapa yang tak rasa pelik kan?
Selalu kena buli di sekolah, sebab Leo jenis lurus bendul, orang suruh A, dia buat A, tak pernah membantah.
Pernah sekali Leo mengadu ada rakan kelas asyik pau duit Leo, suruh beli itu ini, Leo tak reti membantah.
Cikgu pernah cakap dengan aku, Leo tak ada kawan dan selalu keseorangan, namun handle dan ajar Leo lebih mudah dari budak yang normal. Itu apa yang cikgu kata lah pada aku masa hari terbuka sekolah baru-baru ini.
Leo suka aktiviti bahaya, suka tinggi. jadi dia suka sangat main roller coaster.
Bila naik roller coaster muka tak ada perasaan langsung, jerit pun tak ,diam je, tak ada expresi muka. Tapi Leo kata dia nak repeat main roller coaster, jadi aku anggap dia suka je dengan roller coaster.
Baru-baru ni Leo minta nak terjun dari helikopter pakai payung terjun, Kat mana nak bawa tu ye ? Selagi tak tunaikan selagi tu asyik minta tak henti .
Nampak macam aku obses dan puji Leo kan? Sebaliknya aku rasa sunyi sebenarnya.Leo tak faham perasaan orang, Dia tak tahu apa itu expresi muka orang yang sedih, marah, suka.
Pernah aku marah dia masa dia umur 4 tahun, aku ajar dia bebas pampers, dia kencing di sofa, aku marah Leo tapi Leo tak faham kenapa dia kena marah, kenapa muka aku macam itu.
Leo kurang ada expresi wajah, expresi wajah dia semua sama, tak ada beza. Leo jarang senyum. Aku rasa boleh dikira berapa kali Leo senyum sepanjang hidupnya.
Tapi Leo hensem tau, muka dia putih melepak dan bibir pink macam pelakon korea Lee jong suk, Ya betul tau tak tipu! Hihihi.
Leo, Perjalanan Leo masih panjang, Cuma yang ada anak istimewa sahaja yang faham. Betapa risaunya hati ini.
Akhir sekali aku doa kan ibu/bapa yang ada khas dan istimewa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam besar kan mereka, berehat seketika itu perlu namun jangan berhenti mengalah.
Anak kita tak minta dilahirkan, kita yang lahir kan mereka. Mereka amanah kita.Kita buat pada mereka, ada ganjaran yang menanti di ‘sana’ kelak .
Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum.
– LEONA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit