Assalamualaikum. Mula-mula terima kasih pada pihak iium confessions kerana sudi publishkan cerita ni. Untuk readers juga terima kasih sudi baca & kalau boleh pandangan anda semua amat diperlukan.
Aku tak nak cerita pasal siapa diri aku tapi aku nak ceritakan pasal mimpi-mimpi yang aku alami selama ni. Tak tahu mimpi ni buruk atau sebaliknya. Aku tak ingat bila first time aku dapat mimpi mcam ni tapi detail mimpi memang sampai bila2 aku tak kan lupa.
Antara mimpi-mimpi ialah arwah nenek belah ayah aku. Dalam mimpi tu aku nampak muka arwah sahaja dlm kain kapan. Aku terkejut & terjaga sbb aku tak pasti tu betul ke tak. Bila aku sedar aku menangis yang aku sendiri tak tahu kenapa. Tulah first & last aku mimpi.
Mimpi yang tu bagi aku ok lagi. Yang paling teruk aku mimpi aku & 2-3 org lain duk atas tebing tinggi & bwah tu gaung yang gelap. Tiba-tiba 2-3 orang tu semua jatuh. Aku cuba selamatkan diorang tapi tak dapat.
Aku sedar-sedar je dah menangis & jadi blur kejap. Sambung tido pun mimpi tu jadi balik. Bersambung sampai aku nak tido pun takut. Bukan sekali dua aku mimpi gitu tapi banyak kali dah sampaikan aku tak nak bangun sebab nak selamatkan diorang. Aku tak dapat cam diorang, mungkin ahli keluarga aku.
Dan aku ada mimpi ular. Mula2 aku mimpi ular ni masuk bilik aku duk bwah katil. Jelas dalam mimpi ular tu warna hitam & besar. Belum sempat apa-apa jadi aku terjaga dengan mengejut. Sumpah demi ALLAH SWT aku ingat ular tu real. Lepas tu lama gila tak dapat mimpi mengarut gini. Tapi semalam lagi sekali aku mimpi ular.
Ular tu besar, warna hijau ala2 pucuk pisang, pandang je aku sambil buat bunyi hiss hiss. Dalam mimpi tu aku lari masuk rumah tapi ular tu ikut aku. Aku panjat kerusi ular tu ikut tapi tak serang aku cuma keluar bunyi je. Sebab aku takut aku bangun & terus goggle petanda mimpi ular. Tak jumpa apa yang aku cari. Harini banyak jadi benda2 pelik yang bt aku fikir pasal mimpi semalam.
Selama aku mimpi aku tak pernah bagitau sorang pun sebab ku tak tahu samada mimpi-mimpi ni cuma mainan tido atau ada gangguan. Aku pernah mengurut dgn sorang ustazah ni & tiba-tiba dia tanya aku pernah jadi benda pelik tak.
Time tu jgak aku cerita dari A-Z kat ustazah tu kebetulan mak aku ada time tu dia terkejut dengar aku cerita mimpi aku. Ustazah tu cakap ada benda yang orang2 tua zaman dulu kat aku tapi jangan risau sebab ‘benda’ tu tak buat ape2 pun. Aku pernah nak scan diri aku dari jauh tapi bila tanya ustaz darussyifa kat tempat aku ni katanya scan jarak jauh tu salah. Syirik.
So aku gogle lah alamat darussyifa tu. Sejam lebih jgak jarak pergi balik dari rumah aku. Satu hari tu aku keluar nak pergi darussyifa sebab aku nak sangat berubat tapi bila nak sampai tiba2 aku jadi takut & macam2 yang aku fikirkan. Last sekali aku patah balik (Ni sebelum aku mimpi ular malam tadi).
Jadi aku harap sangat kalau-kalau ada readers yang tahu & arif tentang ni boleh tolong bagi pendapat & pandangan.
– Miss Unknown
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit