Mimpi

Assalamualaikum semua, saya saja nak meluahkan ‘confession’ saya ini, kerana saya merasakan tiada siapa yang dapat dengar cerita saya ini. Jadi, saya mengambil keputusan untuk kongsi cerita di sini.

Jadi beberapa bulan yang lalu, saya telah mengenali seorang teman di media sosial. Kami berkawan baik setelah mengenali antara satu sama lain pada bulan itu.

Sehingga dia mengambil keputusan untuk menjadikan saya sebagai teman sehidup semati untuk masa akan datang.

Pada suatu hari, dia menjelaskan tentang cerita masa lalu dia yang dia pernah melakukan kesilapan dan dia memberitahu saya dia bukan seorang yang baik.

Setelah dia bercerita pada waktu itu, saya merasakan terkejut akan cerita yang dia cerita kan kepada saya.

Pada waktu yang sama, saya memberitahu dia tentang perkara itu adalah salah dan menanyakan adakah dia telah bertaubat dengan hal yang dia lakukan.

Sebaliknya, dia memberitahu saya, “semua orang pernah membuat kesilapan, itu antara Tuhan dengan saya yang tahu”.

Terdapat beberapa perkara yang dia nyatakan ke saya, tetapi saya tidak ingat.

Benda yang penting saya ingat adalah dia tak akan menceritakan hal dia walau setitik kuman kepada saya walaupun saya telah meminta maaf kepadanya.

Sejak pada itu, hubungan kami menjadi renggang semakin lama semakin renggang. Saya pernah menanyakan tentang hubungan kami, “hubungan kita ini adalah seperti apa?’ dia pernah menjawab “dia ikut”.

Jadi, saya berfikir mungkin dia ikut kalau saya menganggap dia teman lelaki saya jadi dia akan mengaku mungkin.

Kemudian beberapa bulan selepas itu, saya menanyakan lagi, “apakah hubungan kita ini adalah sekadar kawan? kerana saya tidak ingin memberi dan diberi harapan palsu terhadap masa depan nanti”.

Dia menjawab “buat masa ini saya selesa sekadar kawan. saya ingin memberitahu kamu bahawasanya dalam hidup saya, saya mementingkan keluarga, pekerjaan dan pembelajaran saya”.

Pada saat itu, saya tersentap kerana seolah – olah dia tidak menganggap saya siapa – siapa selama ini dan seolah – olah dia membuat garisan supaya saya tidak melintasi garisan kehidupannya.

Dalam pada itu, seolah – olah saya hendaklah berundur satu langkah kebelakang.

Kata – katanya agak tersentap sehingga saya berdoa kepada Allah “sesungguhnya jika dia jodohku kau dekatkan la hubungan kami seperti dahulu, jika bukan jodohku kau jauhkan la sejauh mungkin”.

Seperti yang saya doa kepada Allah, hubungan kami semakin jauh dan jauh, sehingga setiap waktu saya menegur dia di dalam aplikasi whatsapp dia enggan membalas mesej saya.

Jadi, saya menganggap kan mungkin dia sibuk atau tidak ada waktu melihat telefon bimbit nya.

Tidak lama selepas itu, saya bermimpi dalam tidur.

Dalam mimpi itu, saya memimpikan dia dalam keadaan menangis sambil memegang tangan nya. Tetapi dia melepaskan genggaman tangan saya dan berlalu pergi.

Setelah bangun dari tidur, saya merasakan sangat sedih kerana mengingatkan kembali tentang mimpi itu.

Setelah 2 minggu telah berlalu. Saya mengambil keputusan untuk menanyakan khabar tentang dia di aplikasi whatsapp.

Dia meminta maaf kepada saya kerana tidak menegur saya seperti selalunya. Kami berbual tentang hal kehidupan kami sepanjang hari yang tertangguh untuk kami mesej antara satu sama lain.

Pada waktu yang sama, dia meminta maaf lagi kepada saya dan menanyakan soalan yang sama yang pernah saya menanyakan beberapa bulan yang lalu,

Tetapi terdapat perubahan sedikit tentang ayat tersebut. Iaitu “apakah kita masih kawan? kerana saya tidak ingin memberi dan diberi harapan palsu terhadap masa depan nanti”.

Saya merasakan agak ragu – ragu dengan pertanyaan dia, dan dia memberitahu dia telah menemukan seorang gadis yang dipilih oleh ahli keluarganya.

Saat itu, saya merasakan sangat terkejut dan ingin menangis, kerana saya pernah menyatakan janji pada dia.

Saya akan tetap memberikan sokongan moral, mental dan kesihatan untuk dia terus semangat meneruskan pembelajaran dia sambil kerja,

Kerana saya tahu kerja sambil belajar adalah paling mencabar, seperti mana peranan seorang teman wanita pada saat itu.

Saya tidak sangka dalam kesibukan dia. Dia ada waktu dalam mengenali gadis lain sementara saya menunggu dia untuk 4 tahun akan datang, untuk melihat perjalanan kita sama – sama.

Saya sangat terkilan tentang keputusan dia secara mendadak. Selain itu, saya juga merasakan seperti Allah telah menjawab doa saya. Walau hal demikian, saya tetap sedih dengan hal tersebut.

Saya cuba untuk meneruskan perjalanan hidup untuk tidak memikirkan hal sedih itu. Saya berharap agar saya disamping orang yang lebih baik dari sebelumnya.

Sebagai penutup curahan hati saya, saya terjumpa penyataan di twitter.

Bahawasanya, “Allah letakkan seseorang dalam kehidupan kita ada sebabnya, dan menyingkirkan orang itu dari kehidupan juga ada sebab yang lebih baik”.

Dari pengalaman ini, saya dapat belajar tentang sifat manusia, belajar menerima hakikat. Semoga perjalanan saya dipermudahkan untuk mendapat pasangan hidup yang lebih baik.

– Seketul Manusia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *