Assalamualaikum, nama aku Abil (bukan nama sebenar). Aku hanya ingin bercerita tentang mimpi2 pelik aku. Aku akan direct to the point.
Kadang-kadang, aku boleh melihat makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia semasa tidur. Badan aku akan dikunci, dan aku akan nampak sesuatu. Kalau tak nampak kelibat pun, aku akan dengar bunyi bingit dan badan aku tidak dapat bergerak.
Tersedar daripada tidur, aku berpeluh-peluh dan letih seolah aku tak tidur pun diganggu benda-benda tersebut. Kadang aku rasakan jasad aku saja yang terbaring, roh aku keluar entah kemana.
Titik permulaan aku mendapat mimpi yang pelik-pelik ini setelah aku bermimpi akan seorang atuk tua yang memakai jubah putih.
Atuk itu datang dengan membaca sebaris ayat yang seakan ayat al-Quran. Namun, aku tidak pasti akan ayat tersebut adakah benar ayat al-Quran atau selain daripadanya.
Wallahu a’lam.. Kerana selepas aku terjaga daripada mimpi, aku langsung lupa akan ayat tersebut. Walaupun dalam mimpi atuk tu tanya aku boleh baca tak? Aku jawab boleh. Kemudian, dia tanya lagi kamu boleh ingat ayat ni? Aku jawab boleh.
Kemudian aku buka genggam tangan ada tiga biji batu berwarna biru yang bercahaya dalam genggaman aku. HAHAHA.. aku sendiri tergelak bila mengenangkan mimpi tu sebab aku rasakan ia mengarut.
Aku pun tak tahu macam mana aku boleh jawab ‘boleh’ tu. Aku kan mimpi saja. Setelah sedar, badan aku dikunci dan aku mendengar suara yang teramat bingit. Itulah kali pertama aku mengalami keadaan seperti tu.
Bahkan, aku boleh merasai ada sesuatu yang cuba memasuki tubuh aku daripada kepala.
Setelah bersusah payah baca segala ayat al-Quran, benda tersebut lepaskan. Badan dah berfungsi, aku kejut sepupu aku dua orang yang tidur disebelah aku. Dengan panik aku teriak “Bangun! Bangun! Lari!” Maka, lintang pukang lah kami berlari keluar rumah.
Dah bertenang diluar rumah baru sepupu aku tanya apahal kau. Aku cerita la aku kena tindih. Maka, kami pun terpaksa berhuhu melepak di luar rumah sehingga umi aku balik daripada menoreh kerana kesemua kami penakut nak masuk rumah. HAHAHA..
Selepas mimpi tu, aku kerap kena tindih dan akan nampak kelibat. Pada awalnya, aku cuma anggap perkara tu biasa. Namun, ditakdirkan aku dapat menyertai latihan PLKN di salah sebuah kem di Perak. Aku kerap diganggu dengan melihat kelibat lalu lalang di tengah-tengah dorm.
Ahli dorm kami tidak ramai, jadi katil yang digunakan hanya separuh daripada jumlah katil dalam dorm tersebut. Separuh daripadanya dibiarkan kosong dan aku lah orang paling last yang mendiami katil paling tepi selepasnya adalah katil kosong.
Suatu malam, aku terbangun daripada tidur, dan ternampak kelibat seorang perempuan sedang duduk menghadap dinding membelakangi aku di katil paling hujung di dalam dorm tersebut. Rambutnya panjang dan berpakaian putih.
Esoknya, aku pun membawang lah dengan diorang tentang mimpi aku semalam.
Tiba-tiba salah seorang rakan kami cuak memberitahu dia ada meninggalkan cadar yang terkena darah haidnya kerana tidak sempat cuci di locker sebelah katil yang aku lihat kelibat perempuan berambut panjang tu.
Makcik-makcik bawang yang tadinya riuh dah jadi sepi. Semua dah tak jadi nak kupas bawang. Tiga bulan juga la aku ternampak kelibat lalu lalang ditengah dorm berserta angin yang dingin di tengah malam.
Di penghujung latihan, beberapa orang rakan aku juga sempat melihat perkara yang sama yang sebelumnya aku saja yang kena. Diorang mengatakan aku mempunyai sixth sense. Malas aku nak fikir. HAHAHA..
Kemudiannya, balik daripada kem aku dapat tawaran belajar di salah sebuah universiti tempatan. Perkara yang sama juga berlaku. Aku akan kerap diganggu ketika waktu asar ke maghrib dan pada waktu tengah pagi.
Ada satu peristiwa, aku nak usik kawan baik aku ni, aku saja-saja la snap gambar dia menggunakan telefon bimbit aku di dalam bilik seorang lagi kawan kami. Pada masa tu waktu maghrib, kawan aku tengah bersiap-siap nak pergi ke bilik air nak ambil wudhuk.
Esoknya, baru aku tunjuk gambar tu kepada kawan aku. Gambar tu langsung tak jelas seakan tangan aku tengah shaking semasa snap gambar tu. Semuanya blurr kecuali satu kelibat p*c*ng ni jelas terpampang dalam gambar tersebut.
Kami meneliti gambar tersebut dan menunjukkan gambar tersebut kepada beberapa orang senior dari Fakulti Islamic kerana takut kami dah gila. Hahaha. Dan memang betul bukan mata kami yang rosak, mereka juga melihat benda yang sama dalam gambar tersebut.
Maka, tidurlah kami bertiga berhimpit di atas sebuah katil single kerana takut nak tidur di bilik masing-masing. Tak pasal-pasal aku terpaksa berhimpit dengan dinding malam tu.
Kawan aku yang tepi sebelah lagi terpaksa tidur dengan menongkat sebelah tangannya ke lantai kerana bimbang akan jatuh katil. HAHAHA.. Senior advice aku supaya delete gambar tersebut for the sake of us.
Seram juga la bila kawan aku yang dalam gambar tu, dia suka minta telefon aku semata nak tengok gambar tu. Tengok saja takpe la, ini siap bagitahu dia nampak mata p*c*ng tu merah dan sengih dekat dia. Maka, aku pun delete.
Sebenarnya, aku kerap juga melihat kelibat p*c*ng di sesuatu tempat dan mimpikan mayat. Tapi, aku tak pernah melihat rupa mayat-mayat tersebut. Aku ada bermimpi melalui suatu kawasan dan mayat-mayat bergelimpangan, dan aku lalu saja.
Aku pernah bermimpi melihat sekujur mayat di dalam kubur dan aku dapat merasakan tubuh mayat tersebut tengah sedih dan meminta tolong daripada aku. Tapi, tak juga cakap tolong apa. Aku cuma baca al-Fatihah saja lah. Lepas tu, macam biasa aku buat-buat seolah tiada apa.
Kadang-kadang aku kerap bermimpi sebuah rumah kosong. Rumah tu besar dan cantik. Dinding dan tirainya berwarna putih.
Aku berjalan melilau di dalam rumah tersebut sehinggalah tiba di suatu bilik dan berjumpa seseorang yang terbaring seolah dirasuk sesuatu, mata dia berurat merah dan marah.
Ditepi orang tersebut ada atuk tua tu. Aku hanya berjalan dan pergi duduk di tepi orang tersebut dan membaca beberapa surah seperti surah Yasin dan Ayatul Qursi lantas menyebut Allahu Akhbar banyak kali dan menarik keluar sesuatu daripada badan orang yang kena rasuk tadi.
Aku seolah boleh merasakan ada satu aura yang keluar daripada badan orang tersebut. Apabila tersedar daripada tidur, seperti biasa aku akan berasa letih dan berpeluh-peluh dan kebingungan. HAHAHA..
Aku kerap juga bermimpi ular. Tetapi aku hanya melihat ular tersebut membelit atau mematuk orang lain, bukan aku. Kadang, orang-orang yang aku kenal. Aku juga kerap bermimpi dunia seolah-olah telah berakhir.
Aku melihat langit menjadi merah yang merekah, bumi merekah dan mengeluarkan api, angin-angin meniupkan percikan api, puting beliung besar di merata tempat.
Aku pernah pergi berubat. Tapi, tak ada apa pun jadi pada aku. Kalau s*k* mesti aku dah meronta-ronta saat kena baca ayat al-Quran dengan ustaz tu.
Sampai sini sajalah mimpi yang aku boleh ceritakan. Aku hanya bermimpi. Aku bukan jenis tengok movie bukan-bukan pun. Kalau tengok pun KDrama saja. HAHAHA. Aku hanya buat seperti tidak ada apa-apa berlaku. Tetapi mimpi-mimpi begitu kerap juga datang.
– Abil Labin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit