Assalamualaikum buat pembaca IIUM confession. Terima kasih admin jika sudi menyiarkan confession aku ni. Aku cuma nak berkongsi kisah aku bermimpi arwah ayah aku. Aku harap kisah aku ni dapat menjadi pedoman buat yang masih ada ayah.
Masa mula2 pemergian abah, aku sedih and tapi dalam masa yang sama aku redha dgn pemergian abah aku, Tuhan tarik nyawa abah aku sebab dia sayangkan hamba-Nya. Masa tu aku kecik lagi baru masuk darjah 6, still dok main tanah lagi, biasa lah anak org kampung.
Hari demi hari berlalu, aku rasa kesunyian dan aku semakin rindu kan seseorang. Ya aku pasti masa tu aku mula merindu abah aku. Lepas beberapa tahun kemudian, buat pertama kali aku bermimpi abah aku, dalam mimpi tu abah aku pakai lebai dan baju batik berwarna cerah. Abah aku membonceng moto dengan aku.
Aku masih ingat sampai sekarang aku peluk erat badan abah aku masa abah aku tgh membonceng tu. Bau dya seakan bau yang harum dan nyaman sampai sekarang aku boleh ingat bau nyaman tu. Lepas aku terbangun aku terus ucap syukur Ya Allah aku dapat jumpa abah aku jumpa abah aku, akhirnya aku dapat melihat wajah seorang bapa yang melahirkan aku walaupun di alam mimpi.
Lepas mimpi aku tu, aku sentiasa doa kat Allah supaya aku dapat jumpa abah aku lagi. Masa dekat matrik, aku paling sedih sebab setiap kali aku terpandang student2 matrik yang peluk dan salam ayah diorang , aku akan menangis dan sedih. Ya dalam masa tu jugak aku tersangat la cemburu dengan mereka yg peluk ayah mereka. Aku berdoa dekat Allah supaya aku ditemukan dengan abah aku, aku nak peluk abah aku sangat2 walaupun ia sekadar di alam mimpi.
Kali kedua aku mimpi abah aku, dalam mimpi tu, aku berada seolah2 macam kampung. Aku terlihat abah aku sedang berborak dengan kawan2 nya. Aku pun minta seseorang panggil kan abah aku masa tu. Masa abah aku datang kt aku, aku macam tak percaya abah aku masih hidup. Aku terus peluk erat dalam pelukan abah aku. Aku cakap kt abah aku “ayong rindu abah”, abah aku hanya tersenyum.
Dalam pelukan abah, aku menangis tersedu2 memang betul2 mcm lepas rindu gila nak mati and aku bau lagi bau harum abah aku. Aku pun terus bawa abah aku jumpa mak dan keluarga aku semua, lepas tu aku terjaga dari tidur. Lepas aku terjaga dari tido tu, and you know what, masa tu mata aku betul2 terasa bengkak yang amat, seolah2 aku btul2 menangis di alam realiti. Aku terus panjatkan kesyukuran.
Mimpi ketiga, tahun lepas, mimpi yg paling indah dalam hidup aku. Aku mimpi aku tunaikan haji dgn abah dan mak aku. Kami bertiga sama2 tawaf kaabah. Dalam mimpi ni aku ingat lagi, aku seolah2 dkt dalam bilik btul2 depan kaabah. Aku tanya mak aku kita kt mana, pastu mak aku pon cakap la kita kat mekah. Dengan abah aku pakai kain ihram bagai.
Selepas itu, abah mak and aku pergi tawaf. Kau bayangkan masa tengah tawaf tu kaabah tu sebelah aku je. Bapak mak aku dekat sebelah aku. Lepas tu aku trus terbangun. Aku terus menangis weyh.. Aku tak sangka Allah beri mimpi yg indah dekat aku. Walaupon tu alam mimpi, tapi aku sgt2 syukur seolah2 benda tu memang btul2 realiti.
Sekarang ni, Setiap hari aku berdoa dan berharap, aku dapat bawak mak aku tunaikan umrah dan haji, dalam masa yg sama buat badal haji lagi untuk arwah abah aku, doakan aku ye!
Pesanan aku buat yang masih ada ayah, please, hargai ayah korang semua, ambil hati dia, selalu tanya kabar dia. Memang lah syurga tak ada dibawah telapak kaki ayah, tapi ayah kita tu la yang menyara dan membesarkan kita dengan titik peluh dia, kadang kita tak tahu pon bertapa susahnya hidup dia diluar sana mencari sesuap nasi, yang dia tahu dia nak membesarkan anak2 dia dengan sempurna.
Sebab once dia dah tak ada, kau akan rasa losing sangat2. Jadi mcm aku ni, mimpi pon dikata realiti, setiap hari mengharapkan wajah abah aku dlm mimpi aku, dan mengharapkan abah aku hidup balik di dunia. Tapi semua tu takkan jadi, aku mampu berdoa supaya aku dapat memegang erat tangan kedua mak abah aku sama2 ke syurga.
– Yong
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit