Assalamualaikum w.b.t, terima kasih banyak kepada admin kalau sudi update cerita saya.
Saya harap cerita saya sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada orang luar jangan mudah percaya dengan orang apatah lagi orang yang belum tentunya menjadi jodoh kita.
Secara ringkasnya saya seorang wanita, berusia 27 tahun, bekerja sebagai pengurus yang berjawatan tetap.
Secara lahiriah nya saya tiada masalah kewangan yang rumit. Saya bukan jenis orang yang boros, dan saya seorang yang berjimat cermat serta suka menyimpan.
Cerita saya bermula apabila saya masuk BaitulJannah, website mencari jodoh, saya tak salahkan website tu, mungkin itu hanya perantaraan takdir saya bertemu dengan Irfa (bukan nama sebenar).
Saya join sebab mungkin dah 27 tahun, kekasih hati pun masih samar-samar.
Dulu masa saya belajar, saya ada seorang yang istimewa, tapi disebabkan jarak kami, seorang di utara, seorang di selatan.
Jadi kami ambil keputusan untuk berpisah kerana dia enggan berpindah ke selatan bersama saya, dan saya pun enggan ke utara meninggalkan ibu saya memandangkan ayah saya sudah meninggal dunia.
Jadi kami berpisah, dan dia pun sudah berkahwin dengan wanita pilihannya yang juga dari utara. Saya pula masih menanti jodoh saya.
Berbalik kepada perkenalan saya mengenali Irfa. Irfa seorang pemuda yang menarik dari segi penampilanya, berumur dalam lingkungan awal 30 an.
Mungkin penampilannya membuat saya tertarik pada mulanya.
Di BaitulJannah, kita dibero limit di mana kita kena selalu berhubung melalui website tersebut dulu, sebelum dapat meminta media sosial atau personal details yang lain.
Sebelum mencari jodoh, kita boleh set kan kriteria-kriteria yang kita cari seperti level of income dan sebagainya.
Saya berkenalan dengan beberapa orang, tetapi Irfa yang membuka hati saya, dan kami kerap berhubung sehingga kami bertukar laman sosial.
Bermulanya kami selalu chat di Messenger dan berbalas mesej di telefon.
Pada mulanya saya tidak tahu perihal berkaitan Irfa sehingga dia berterus terang bahawa dia seorang duda anak 1.
Saya terima dengan hati terbuka, mungkin ini jodoh saya, kalau dah jodoh saya tak kan saya nak tolak. Saya pun bersedia untuk menjadi ibu instant sekiranya memang itu yang telah tertulis untuk saya.
Saya pernah bertanya sebab apa perceraian mereka. Irfa hanya menjelaskan bahawa perceraian mereka ialah kerana tiada lagi persefahaman.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, saya mula mengenali Irfa. Irfa merupakan anak bongsu dari adik-beradik yang ramai, seingat saya berbelah adik beradik dia. Yang sulung pun sudah berumur 60 an.
Ibu bapa Irfa sudah meninggal, jadi Irfa hidup sendiri, dan hanya pulang melawat kakaknya pada hujung minggu apabila berkesempatan.
Irfa bekerja sebagai technician sahaja, jadi pendapatannya lebih kurang berbanding saya.
Irfa juga jenis seorang yang suka menambah komitmen.
Dia pernah memberitahu saya dia ingin membeli Play Station dan television semata untuk bermain game pada weekend. Play Station dan television yang dibelinya adalah secara installment.
Dan gaya hidup Irfa memang sangat mewah walaupun dia seorang yang tidak banyak duit, tetapi dia suka menambah komitmen liabiliti.
Saya pernah berbincang denganya soal kewangan masing-masing memandangkan kami merancang untuk berkahwin dan serius. Akan tetapi, segala nasihat saya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Saya juga dipertemukan dengan kakaknya, menunjukkan bahawa dia serius dengan saya. Jadi saya pun terima baik buruk dia.
Maaf andai saya ini bodoh, dan saya rasa berdosa kerana dia mengajar saya kearah benda-benda yang murka dan tidak elok.
Kami selalu melakukan hubungan intim, dan berakhir dengan saya rasa bersalah kerana saya tidak pernah berbuat demikian dengan sesiapa melainkan dia, kerana dia orang pertama.
Saya rasa saya menzalimi diri saya, akan tetapi saya sukar untuk hindar daripada dia, mungkin kerana terlalu sayang dan percaya bahawa kami akan berkahwin tidak lama lagi.
Klimaks hubungan kami ialah apabila Irfa dibuang kerja, dia dibuang kerja kerana sering ponteng kerja dan masuk lambat.
Dia juga terlibat dengan kemalangan dan motor dia rosak, jadi dia memilih untuk membeli motor baru, dan dia meminta saya untuk meminjamkan dia duit bagi down payment.
Saya yang tidak bijak dan naif, memberi dia duit sebanyak RM1000 untuk motor dia.
Dia juga minta tolong saya meminjam lagi wang saya RM1000 untuk urusan perpindahan rumah baru memandangkan dia dibuang kerja dan bertukar kerja baru yang tiada basic salary, yang bergantung hanya pada komisen.
Saya menurut dan meminjamkan wang saya, dan dia berjanji akan membayar wang saya semula. Saya selalu bagi nasihat kewangan dekat dia, tapi seperti biasa dia ego dan tak dengar apa yang saya kata.
Lama kelamaan hubungan kami menjadi hambar. Dan saya pun jenis seorang yang selagi orang tu tak mesej saya, saya tak akan mesej melainkan urusan penting-penting sahaja baru saya mesej dulu.
Bulan berganti tahun, saya dan Irfa macam tu sahaja, dia tak contact saya, saya cuma contact dia remind suruh bayar duit saya saja. Kadang-kadang berbalas, kadang-kadang hanya bluetick.
Mungkin RM2000 tu saya tak akan dapat kembali ke?
Disitu saya mula mengenali orang baru, di mana tunang saya sekarang, saya cerita dengan dia apa yang dah saya lalui dari A-Z, tunang saya tak pernah sentuh saya, dan dia pun terima apa yang dah terjadi dekat saya.
Doakan perkahwinan saya dipermudahkan pada hujung tahun ini.
Lepas saya dah putus, baru saya tahu yang Irfa jenis culas memberi nafkah rupanya kepada anaknya. Sedangkan diri dia pun kusut dalam kewangan.
Jadi saya rasa keputusan berpisah dengan dia adalah jalan yang terbaik.
Saya keep remind dia duit saya, seperti biasa dia cuma janji palsu, bagi tarikh sekian sekian kemudian tak masuk pun account saya.
Apa yang saya dapat baca Irfa ni jenis hati kering, flex kemewahan di sosial media, mula berjinak jadi youtuber.
Saya rasa nak set up camera dan sebagainya pun kena ada duit yang banyak jugak, tapi kenapa dia tetap tak bayar duit saya walaupun seratus setiap bulan pun saya tak kisah, yang penting bayar.
Salah ke kalau saya tak halal duit saya tu? Penat dah bagi hadis pasal hutang.
Kalau ada pembaca yang ada idea macam mana nak buat, saya harap dapat berkongsi pendapat.
Saya harap jangan kecam saya sebab buat perkara yang tak elok, saya sudah lama tinggalkan benda-benda tu, cuma saya terkilan dia buat saya sedemikian.
Terima kasih kerana sudi membaca.
– Alya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit