Mimpi Lama Berkecai

Salam sejahtera semua. Sebelum itu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Admin kerana sudi menyiarkan confession aku. Aku adalah bekas pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Dari dulu lagi aku simpan niat untuk bergelar ‘budak asrama’. Aku merupakan seorang pelajar cemerlang UPSR sewaktu sekolah rendah dahulu. Aku ingin mencuba nasib jadi aku apply untuk beberapa buah SBP yang terkemuka di Malaysia.

Tapi, dukacitanya permohonan aku untuk kemasukan ke SBP gagal, begitu juga dengan MRSM. Jadi aku menjalankan kehidupan aku di sekolah harian seperti biasa. Aku bukanlah seorang pelajar yang konsisten, cikgu yang mengajar aku di pusat tuisyen pun pernah berkata kepada aku ” kamu ni tak konsisten cikgu tengok “. Kadangkala markah aku tinggi, kadangkala pula markah aku rendah. Memang lumrah la sebagai seorang pelajar yang pemalas macam aku ni, huhuhu.

Tapi syukur, aku mendapat keputusan cemerlang pula untuk PT3. Alhamdulillah! Pada waktu itu, aku hanyalah membuat anggaran, paling tidak pun separuh fuhhh time tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa bangganya aku dapat naik pentas untuk mendapat sijil pelajar cemerlang. Dengan berbekalkan keputusan yang aku ada, akhirnya aku dapat juga dipanggil sebagai ‘budak asrama’. Satu kebanggaan sebenarnya bagi aku kerana gelaran itu aku idamkan sejak dari sekolah rendah lagi. Tapi indah khabar dari rupa, aku dibuli. Ya pembaca sekalian, aku dibuli secara emosi oleh orang disekeliling aku, lebih khususnya oleh roommates aku sendiri.

Buli emosi ini kalau para pembaca dapat rasa, memang pedih sangat pedih. Aku menangis hampir setahun hanya kerana aku dicemuh, dihina dan dimaki oleh roommates. Aku merupakan anak yang manja. Sangat manja. I depend on other people to do it for me. Di rumah, aku hanya study, makan, main. Yang lain semua kerja mesin ataupun orang lain. Jadi bila aku kena macam ni, aku memang tak dapat handle. Sesuatu benda yang aku tak pernah rasa seumur hidup aku. Hampir saja aku berpindah balik ke sekolah harian. Tapi parents aku suruh bertahan. Aku masuk ke asrama penuh ni pun menggunakan second intake walaupun keputusan aku boleh dikatakan cemerlang. Jadi aku redha dan bertahan saja. Tetapi memori tetap tidak akan hilang.

Sewaktu kami disuruh duduk mengikut bilik, aku duduk paling hadapan dan selang beberapa jarak ( agak jauh ) baru mereka duduk. Betapa sedihnya aku rasa pada waktu itu. Aku laluinya hari-hari sampai la hari terakhir aku di asrama tersebut. ” aku tak sabar dia nak keluar dari bilik ni, bila nak keluar dari bilik ni ” tu adalah salah satu ayat yang dikeluarkan oleh salah seorang daripada ahli bilik aku sewaktu aku ingin berpindah bilik ke bilik yang lain. Tapi setelah aku berfikir panjang, malas pula aku nak tukar bilik sana sini hahaha. Maklumlah kedudukan katil aku strategik. Kipas hala kat aku, lampu menyala terang fuhh. “jijiknya tadi dia pegang kawan aku “. Hahaha, aku takkan lupa ayat berbaur kebencian tu.

Cuba para pembaca bayangkan perkara ni dilalui hari-hari sampai hati jadi kosong untuk rasa apa-apa pun. Pada tahun SPM, time tu aku sedang siapkan kerja folio yang sepatutnya dihantar pada hari yang sama tetapi biasalah aku ni bila je buat kerja on time kan :p. Jadi kena pula aku duduk semeja dengan salah seorang daripada ahli bilik aku. Sewaktu aku sedang membuat kerja, tiba-tiba dia kata ” ada orang tu perasan cantik blablablabla ( aku lupa, malas nak ingat ) “.

Padahal waktu tu, she had THE NERVE to even PINJAM MY BARANG. Mungkin sebab sebelum tu aku memang selalu pakai mask dalam bilik, itu salah satu cara untuk aku hilangkan perasaan stress exam aku. Setiap orang ada cara yang berbeza. Kenapa ingin menghina cara orang lain? Mungkin juga dia selalu nampak aku pakai toner dan moisturiser. Emmmm maaf tapi tu basic skincare routine kot…..

Di dalam bilik pula, mereka selalu menceritakan soal lelaki dan masa depan. Kahwin dan yada yada. Semua benda yang sepatutnya tidak dihiraukan!!! lagi-lagi tahun akhir di sekolah. Apabila aku ingin tidur, mereka pasang lagu kuat-kuat MENGGUNAKAN SPEAKER seperti aku ini tidak wujud. Apabila ingin pinjam barang, mula la mereka membuat suara lembut. Bila inginkan sesuatu, mula la mereka……… entah la.

Tetapi bukan semua perkara yang mereka lakukan berbaur kejahatan. Adakalanya mereka juga memberikan aku makanan ringan, membantu aku dalam menjawab soalan dan juga menegur aku secara baik. Tapi mungkin kerana kebanyakan perkara yang mereka lakukan membuatkan aku sedih, aku sampai tidak dapat ‘brain’ what they want actually. Aku menjadi seorang yang pendiam di dalam bilik (which certainly I am NOT outside the room). Aku dahagakan kawan. Sampaikan kebanyakan kawan aku merupakan juniors. Sadis. Tidak ada satu pun yang aku betul-betul rapat.

Sometimes aku ditinggalkan. Sadis lagi. Kawan baik dari sekolah lama menggelar aku “gedik, lupa kawan”. Hari-hari aku kira, bilaaa aku nak pulang semula ke rumah ni. Apa yang aku lalui sewaktu di Tingkatan 4 membuatkan aku lebih kental untuk lalui Tingkatan 5 walaupun masih lagi menerima hinaan sekali-sekala. Aku tidak lagi menangis seperti dulu. Aku lalui waktu persekolahan dengan memakai topeng untuk menutup betapa kosongnya perasaan aku. Menjadi orang lain, selalu tersenyum, selalu memberikan nasihat kepada kawan-kawan. Tetapi diri sendiri hampeh :”).

Tapi tidak bermakna sekolah itu dipandang teruk. Semua itu terletak kepada individu. Bagaimana mereka dididik dan diajar di dalam rumah, pembawaan mereka dalam kehidupan seharian, pergaulan mereka, kawan sekeliling. Apa yang mereka lalui inilah yang akan shape who they are in the future. Kepada para pembaca, carilah kawan yang baik. Jangan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang akhirnya membawa kepada kemudaratan. Fikirlah tentang perasaan orang lain tetapi pada masa yang sama janganlah jadi terlalu naif. Kita boleh lakukan kebaikan tetapi perlu atas batasnya juga. Sometimes in life, we need to be selfish you know? Especially perkara yang melibatkan emosi diri dan maruah.

Semua perkara yang aku lalui ini mengingatkan aku kepada satu “Allah does not burden a soul beyond that it can bear ” ( 2: 286 ). Mungkin apa yang aku lalui ini akan menjadikan aku seorang yang tabah di kemudian hari. Baguslah. Aku pun seorang anak yang manja. Bolehlah handle kalau masih lagi melalui perkara yang sama di alam universiti nanti. Maklumlah, ada pengalaman.

Jadi di sini aku berharap sangat para pembaca dapat bertabah dalam apa jua kesusahan yang kamu semua alami. Mungkin apa yang kita tempuhi sekarang inilah yang akan menjadi modal atau aset kepada kekuatan kita pada masa yang akan datang. Aku berharap para pembaca dapat doakan aku sentiasa dirahmati Allah, agar aku sentiasa tabah. Sekian <3

– Penulis cerita ini

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *