Masalah betul aku ni. Asyik mimpi alien yang sama berulang kali. Nak kata aku kaki movie tu biasa la tapi takde la berkisarkan alien saja semata. Tapi pelik mimpi ni macam takde mimpi lain ke nak jengah?
Mimpi ni bermula macam aku masa kecik main lari-lari depan rumah. Cuaca macam malam, yang disinari bulan tu tau. So terang la kan.
Aku main menyorok-nyorok dekat pokok bunga golden trompet tu (macam loceng warna kuning tula) tiba-tiba aku terpandang dekat langit, banyak lampu warna merah kecik2 tau.
Aku pelik. Ni apa pulak ni. Sikit sikit aku nampak lampu tu makin dekat.
Kau orang tau tak bila dah dekat tu macam mana rupa dia? Dia macam bawak jentera-jentera tau. Jentera apa? Entah la.
Tapi macam bentuk petak-petak dan berwarna silver. Ada yang kecik ada yang besar, kalau besar tu aku rasa lebih besar dari rumah aku dan tak ada bunyi sikit pun.
Kira jiran-jiran ke apa aku tak dengar menjerit atau bunyi bising lain. Aku terus menyorok, nak berlari masuk rumah pun takut. Aku punya jantung ni berdegup laju dia sampai aku terjaga pun aku berdebar. Haa takat tu jela mimpi tu.
Tapi dia berulang-ulang sampai aku dah cukup kenal selok belok dia. Aku selalu ceritakan mimpi ni dekat suami aku. Tapi dia cakap aku taksub sangat dengan star wars sebab tu aku mimpi macam tu. Lahhh kesitu pulak dia.
Mimpi kedua ni, ha mimpi ni special. Dia memang sentiasa ada bila aku nak dilanda sesuatu,selalunya masalah lah. Mimpi dia aku nampak rumah putih macam tepi laut.
Aku masuk, aku turun tangga. Aku nampak pantai luas terbentang. Dengan deruan ombak. Pantai ni panjang macam takde penghujung.
Aku akan turun dan jalan-jalan. Tiba-tiba hari yang siang jadi malam dan ada bulan. Laut pun jadi tenang. Nanti aku akan berdiri pandang bulan. Rasa macam aku terpana gitu.
Tak tahu la berapa lama aku kat situ, tapi aku tersedar ada perempuan bertudung cari aku. Dia sebut nama aku dan cakap “dah jumpa!”.
Macam ada misi mencari aku pulak. Aku pun dibawak naik dan keluar dari rumah tu. Lepas tu aku tak ingat dah pasal pantai tadi, dan semua orang macam bersyukur aku selamat. Aku pun terjaga.
Yang ni suami aku cakap, Allah nak bagi peringatan jangan boros dekat shopee. Ehh apa kaitan??
Mimpi ketiga ni, haa ada lagi tak abis lagi citer mimpi aku. Okay mimpi ketiga ni paling happy. Tapi taktau la apa dia nak bagitahu.
Aku selalu mimpi tengah cyling kawasan menghijau, ada air bertakung atas rumput paras buku lali yang jernih. Korang tau ada apa dekat air tu?
Haa ada anak itik warna kuning yang comel-comel. Bukan sikit ya, banyak. Dah macam emas aku tengok. Aku pun pelik mana datang anak itik banyak-banyak ni? Haa tu saja.
Pendek dan mantap macam.. ha takde macam apa-apa kang laki aku tersedak. Tapi mimpi gini selalunya ada berita gembira nak sampai.
Mimpi ke empat. Okay ni last. Mimpi ni pasal parit. Sepanjang tepi jalan gitu lah. Aku taktahu la pasal apa aku menjengah dalam air parit tu kan.
Tapi dalam nya ada apa aku sendiri pun geli bila nak cerita. Yang pasti bukan taik, tapi aku nampak ikan yang terlampau banyak.
Ikan yang banyak sampai berlaga-laga badan dia. Aku hairan ya, dari mana ikan ni datang?
Suami aku lagi jadi mangsa, dan dia akan bagi komen pasal mimpi aku sebab kalau aku citer dia tak respon aku merajuk jadi dia komen la apa patut.
Dia cakap sebab aku tak suka makan ikan keli dan bila aku pergi pasar aku terpandang bekas yang orang jual ikan keli banyak-banyak tu aku geli sampai terbawa dalam mimpi.
Tapi dammnnn.. macam dia imprint dalam kepala aku ni siap boleh mimpi banyak kali.
Kira empat mimpi ni memang setia datang dekat aku tau. Aku dah tau dah jalan citer dia. Takde mimpi baru dah.
Tah la apa petanda aku taktau lah. Aku anggap tu mainan tidur saja. Ni aku tergerak nak bercerita ni sebab tengah tidurkan anak aku lepas makan tengahari.
Perut kenyang mata pun layu. Jadi tulis la sekejap baru tidur. Tapi itulah mimpi.
Ahhh ye lagi satu. Yang ni for real aku taktahu la kot ada sapa-sapa lagi macam ni kan.
Kalau mata aku sebelah kanan ni yang terkedip2 (kelopak mata bergerak) selalunya ada perkhabaran gembira aku nak terima. Kalau sebelah kiri ni bergerak, fuh alamat nya ada la yang tak kena.
Benda ni memang selalu terjadi dari zaman aku budak-budak sampai dah jadi mak orang ni. Kalau korang cakap coincidence saja, memang tidak. Sebabnya, aku tau lah. Aku yang alami ahh gitu.
Serious ya, contoh terbaik aku boleh bagi kan. Mata kanan aku ni berkedip berhari-hari sampai setiap 5 min mau jugak lah.
Rupanya aku dapat berita dapat permenant kat tempat kerja aku. Dan satu lagi contoh terbaru ni aku nak pasang la aircond kat rumah ni.
Planning baik la sebab ada tetamu nak datang kan. Aku nak apply cuti nak jalan-jalan, aku nak beli sheer curtain baru.
Tapi berhari-hari la mata sebelah kiri aku ni berkedip. Aku stress ya. Apa lagi ni. Kalau aku bagitahu kat suami aku hal ni dia pun turut cemes.
Sebab masa mula-mula aku cerita dia tak percaya. Tapi dah banyak kali terjadi dia pun pelik kenapa kelopak mata aku ni bertindak begitu sekali.
Okay, aku macam dah rasa jangan la ada apa-apa. Korang tau apa jadi? Emmmmm… langsir aku beli rupanya salah ukur.
Aku beli sebelah saja. Sebelah lagi aku tak beli. Rod pun sama, yang pendek aku terbeli. Dasar tak reti ukur pakai beli saja.
Lepas tu aku jadi kontak rapat boss pulak. Ya Allahhh… aku plan baik punya dengan tetamu aku tu ya. Tapi alhamdulillah aku negative lah.
Dah kena kuarantin. Lepas tuu.. haa ni paling anat skali. Nak pasang aircond tu kena deposit RM500 dekat management. Dalam 3 working days after bayar baru boleh pasang aircond. Hahaha..
K tu jela aku nak citer kat korang semua. Aku pun dah letih menaip ni. Nak tidur dah. Best ya tidur petang ni. Nikmat apa korang dustakan.
Esok isnin sampai jumaat kerja. Weekend la baru merasa tidur siang wa cakap lu.
Bye ratatata..
– Aileen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit