Assalamualaikum.. Nama aku Bunga. Aku telah berkahwin hampir 20 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Aku bahagia dengan apa yang ada dengan aku sekarang.
Namun, gangguan mimpi pada aku datang terlalu kerap sehingga mengganggu aku.
Orang cakap mimpi ni gangguan syaitan. Tapi jodoh aku dengan suami aku pun asalnya pun dari mimpi sehinggalah aku percaya pada mimpi.
Masa aku bujang dulu,. muka aku orang cakap natural beauty tapi aku tak percaya pada aku rasa tetap buruk dan biasa.. mungkin jugak karakter aku ni peramah, lasak tambah aku jenis mesti dapat apa aku nak capai dalam hidup.
Sejak sekolah rendah lagi cikgu praktikal akan ambil aku sebagai adik angkat baik cikgu lelaki atau cikgu perempuan. Boyfriend pun ada. Siap berhubung surat berbalas surat dulu..
Sambung ke Sekolah menengah aku ada abang angkat dalam satu taman perumahan. Tiap kali rutin aku balik sekolah atau aku keluar rumah mesti abang angkat temani aku mana aku nak pergi.
Entahla mana-mana ada je tiba-tiba muncul sebelah aku.
Sampai satu masa keluarga aku berpindah daerah dan aku masih lagi datang ke perumahan lama aku dengan menaiki bas masa tu umur aku 15 tahun tak silap tanpa pengetahuan keluarga aku.
Aku jumpa abang angkat aku pun berdekatan kawasan rumah tapi tidaklah sorok sorok. Tempat terbuka yer.
Eh.. abang aku ada 3 orangla aku panggil abang A, abang D dan abang H. Jarak umur antar aku dengang abang angkat pun tak jauh dalam 3 ke 4 tahun macam tu.
Satu hari, abang A ada buat kenduri kahwin kakak dia. Aku pergi dengan gembira sebab ada alasan aku nak melawat abang-abang aku.
Kali ni Mak aku tahu. Aku ni jenis tak sampai hati nak bohong. Tapi habis kenduri tu aku terus balik abang A hantar sampai stesen bas.
Elok dia balik abang D pulak datang nak jumpa aku kat stesen bas yang sama. Sampai masa aku beli tiket nak balik. Ha aku ni jenis last minute.
Kebetulan kaunter tiket habis. Adush tapi aku fikir jugak rumah makcik aku ada kat sini. Aku relax je lah.
Aku bagitahu abang D, tiket aku balik dah habis. Terus dia offer nak hantar aku balik dan aku perasan ada helmet extra. Eh macam tahu tahu tiket aku dah habis.
Dan lepas dia hantar aku naik moto nak dekat 2 jam sampai rumah, malam tu abang D nak couple dengan aku.
Tapi dia bukan orang yang aku nak masa tu tapi aku terima sebab rasa serba salah. Masa aku couple pun aku ni banyak kali curang dengan dia.
Pernah on off hubungan sampai aku masuk universiti dan setelah 1 sem pengajian, aku cari abang D ni balik sebab teringat dia tolong aku ambilkan borang universiti siap hantar kerumah mak aku walaupun masa tu aku ada orang lain namanya Bulan. Aku suka Bulan masa ni.
Hubungan aku dan abang D ni PJJ tak macam aku dengan Bulan kerap jumpa di universiti dan dekatkan.
Satu hari abang D datang nak jumpa aku di universiti. Aku terima dan kami keluar ke bandar sehinggalah aku dia bawa ke R&R bermalam kat gazebo kat situ.
Aku dengan abang D ni tidak ada benda pelik pelik sebab dia sangat baik.
Keesokan paginya abang D tanya aku nak kemana aku cakapla kene balik dalam hati aku dah letih overnight dan aku rasa nak katil. Sampai aku di hostel last ayat aku cakap pada dia yang aku suruh dia balik dan tidur.
Lepas aku bangun dari tidur seharian tu, malam tu Bulan ajak aku keluar. Dan aku tukar sim kad telefon masa ni mampu pakai prepaid. Dan aku terus bersama Bulan selama aku belajar di universiti hampir 5 tahun.
Dalam 5 tahun aku dengan Bulan pun ada on off ada jugak couple dengan orang lain dari 3 ke 4 orang sampai ada sorang ni duduk di Ireland. Sanggup telefon aku hari hari dan kirim aku duit masa tu pakai western union. Tanpa pengetahuan Bulan.
Habis aku belajar, setahun aku bekerja aku dapat mimpi yang aku berkahwin dengan seseorang tapi bukan Bulan dan dia suami aku sekarang nama dia Complete.
Mimpi tu datang 3 kali berturut walau dalam hati sedih takut mimpi jadi kenyataan sebab aku sayang Bulan sangat masa ni aku nekad untuk tidak curang dan setia pada Bulan tapi aku kuncikan mulut untuk bercerita. Sebab anggap mimpi tu syaiton.
Dan akhirnya aku putus dengan Bulan, teruk jugak sampai otak aku dah tak berhubung nak bunuh diri gilaa waktu tu muncul.
Complete yang temani aku waktu aku sedih. Complete sabar sanggup bawak aku bercuti ambil berat walau dia tahu masa tu aku tengah berperang denagn perasaan sendiri.
Dan aku nampak Complete ni macam suka pada aku, kalau tak.. tak akan dia nk buang masa duit dengan aku. Serba salah dan tak sampai hati, jadi aku dan Complete kahwin.
Setahun usia perkahwinan aku dengan Complete, aku dapat message di FB dari abang D.
Dari message abang D gembira dapat cari aku dan offer nak jumpa. Aku nak tipu boleh je tapi aku tak sanggup dan aku berterus terang aku baru habis pantang dan akan kembali berkerja kemudian.
Dia hanya jawab sepatah ‘TAHNIAH’ yang aku anggap jawapan dia sedang kecewa dengan keterangan aku. Aku biarkan dan tidak terus menerus berhubung lagi. Setahun selepas itu abang D message aku lagi kali ini menjemput aku ke perkahwinan dia.
Aku rasa gembira dengan perkhabaran itu lantas aku memutuskan untuk pergi bersama Complete dengan anak. Sampai aku di majlis abang D, memori aku datang kembali waktu ini. Aku sempat berjumpa abang H dan isteri.
Abang A tak dapat jumpa tapi aku tak ambil tahu. Biarlah. Masa perarakan pengantin Abang D aku terus rasa berdebar dan panik. Habis makan aku ajak Complete balik sebab aku dah rasa tak stabil.
Kebetulan abang D baru naik pelamin aku berjalan keluar selisih pelamin yang dia sedang berdiri aku cuba menoleh ke arah abang D dan aku lihat dia sedang melihat ke arah aku sambil tersenyum. Mungkin senyum berjaya menyakiti aku atau ikhlas mungkin dia dah move on.
Pandangan kami terus terpana seketika dan aku terus sedar Complete ada di depan sedang menyorong anak aku. Terus aku memandang kedepan dan berjalan terus.
Complete ada tanya aku siapa yang kahwin dan aku jawab abang angkat. Walau masa tu hati aku seperti di siat siat.
Aku teruskan perjuangan untuk melupakan.. Semuanya dah berlalu aku dan Complete ya Alhamdulillah segalanya baik baik sahaja.
Terkadang gaduh pun perihal anak dan keadaan rumah sebab aku ni pantang tengok rumah bersepah. Dan selama berkahwin ini jugak aku jarang bukak handphone Complete.
Pernah baru kahwin aku cek handphone Complete dan masuk pulak pesanan dari perempuan nama dia Big. Big ni tanya arah jalan je pun.
Tapi aku tak melenting terus aku buat tak tahu. Sejak dari tu aku jarang cek handphone dia. Dekat fb pun ada jugak aku nampak dia berbalas post dengan seorang perempuan aku anggap mungkin Ex dia jugak. Tapi aku takda perasaan masa ni. Biarlah.
Dalam tidur aku selalu ja didatangi mimpi yang tak diundang terutama dari Bulan tapi tidakla selalu. Mimpi tu aku berjumpa Bulan dan dia macam nak cakap sesuatu tapi tidak sampai. Jadi aku biar je mimpi tu berlalu.
Sehinggalah aku mengandung anak ke -4 aku di datangi mimpi oleh abang D tiba tiba. Sehingga aku sering teringat kan abang D.
Tapi aku boleh kawal lagi cuma aku mampu scroll FB milik abang D tapi aku tak dapat tahu perkembangan dia sebab FB dia tidak aktif. Profile pun letak gambar kartun.
Anak aku yang ke 4 dh pun berusia 3 tahun, Mimpi aku didatangai oleh abang D dan Bulan. Terlalu kerap bersilih ganti walaupun aku tak pernah teringatkan mereka lagi.
Hidup aku sibuk waktu rutin kerja dengan aktiviti anak-anak 4 orang. Setiap minggu penuh dengan balik kampung dan percutian. Sampai tiada ruang untuk berfikir yang bukan bukan.
Tapi sejak PKP masa aku banyak berada dirumah dan aku lebih memikirkan jalan ke Syurga. Aku dekatkan diri dengan Allah, pergi kuliah dan mengaji. Bulan puasa ada tidak pernah tinggah terawih di Surau. Malah berqiamulail dan bersahur di Surau.
Sedang aku sibuk memanfaatkan diri, Hadir Mimpi yand tidak diundang lagi tapi lebih lagi abang D dan Bulan silih berganti sehingga aku bangun dari tidur aku berdoa kenapa tidurku diganggu oleh mereka. Sehingga aku berdoa jauhkan mereka dari aku. Apa perlunya mimpi tentang mereka.
Tapi mimpi mimpi ini membuat aku rindu pada abang D tersangat. Aku rindu waktu aku dan abang D bersama dulu. Menganggu rutin kerja dan harian aku dengan ingatan mereka.
Aku rasa pedih dan sakit mengenangkan tindakan aku yang tinggalkan abang D dan Bulan yang memutuskan aku. Seolah olah baru semalam kejadian berlaku. Aku jadi murung hati aku sakit.
Setiap kali aku scroll FB abang D, mencari perkembangan dan percarian aku terjawab seolah olah mengetahui apa yang sedang berlaku ke atas aku. Aku jumpa FB wife abang D, dan ya aku jumpa abang D.
hati aku girang tak terkira. Aku dapat melihat dia setelah bertahun. Aku jadi lega. Namun aku rasa tak cukup andainya aku tidak dapat berhubung dengan dia. Tapi untuk apa. Allah, aku sudah jauh. Ya Allah, ampuni aku.
Tapi aku tidak berdaya. Hati aku sakit jiwa aku sakit. Aku mula menghubungi abang H yang aku tahu dia sangat rapat dengan abang D.
Aku meluahkan apa aku rasa pada abang H tentang apa yang aku alami, abang H menasihati dan aku terima bagi aku cukupla aku bertanya khabar tentang abang D melalui abang H.
Aku lega. Namun keesokanya abang H menghubungi aku dan aku banyak bercerita keadaan aku dengan abang D sewaktu dulu.
Akhirnya aku menghubungi abang D atas desakan abang H. Aku bertanya khabar dan aku memohon maaf atas apa yang berlaku dulu.
Lagi aku rasa bersalah teramat mengetahui dia tidak dapat menghabiskan pengajian dek kekecewaan yang dilalui. Dan itulah sekali aku bertanya khabar dengan message seharian dan aku harus nekad tidak menghubungi nya lagi.
Aku harus ikhlaskan. Walaupun aku sering teringatkan abang D. Aku cuba perbaiki hubungan aku dengan Complete agar masa aku tidak terluang dengan ingatan silam.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit