Mimpi Menjadi Luka

Hi @ assalamualaikum ini pertama kali saya tergerak hati untuk membuat luahan walaupun saya adalah pembaca setia dekat sini.

Maaf kalau ayat saya berterabur sebab masa saya confesss ni jam dah nak ke angka 2 pagi hihi. Sebab utama saya tulis confession ni untuk tanya pendapat korang pasal apa yang tengah saya lalui sekarang ni.

Okay saya perkenalkan diri saya dulu, saya Rose (bukan nama sebenar) umur 21 tahun dan bekerja di sektor kerajaan.

Sebenarnya saya tak tahu nak mula dari mana sebab cerita yang saya nak sampaikan ni agak lama hampir 6 tahun lepas jadi harap korang boleh faham jalan cerita ni. Ini bukan lah kisah cinta hangat orang muda tapi lebih kepada persoalan yang tidak terjawab.

Okay dalam 6 tahun lepas semasa saya masih di bangku sekolah, saya minat dengan seorang lelaki yang agak kacak dekat sekolah. Beza kami dalam 3 tahun.

Okay kita bagi nama dia Rushel (bukan nama sebenar). Boleh dikatakan top student dekat sekolah tu jika nak dibandingkan dengan saya yang biasa biasa.

Pada awalnya saya hanya menaruh sedikit rasa minat sebab saya pasti dia takkan pandang saya. Tetapi bulan demi bulan kami makin rapat dari senior dengan junior kepada kawan dan akhirnya pasangan bercinta (cinta monyet).

Saya ringkaskan zaman bercinta tu. Nak dijadikan cerita semasa saya di tingkatan 4 saya terpaksa berpindah sekolah dari selatan tanah air ke pantai timur atas sebab kenaikkan pangkat ayah saya pada ketika itu.

Pada mulanya semua berjalan macam biasa, kami tiada masalah untuk berjauhan yela budak budak lagi takde fikir jauh pun. Masa tu pun dia dah mula buat kerja part time sebelum sambung diploma.

Hari berganti hari bulan berganti bulan hubungan kami semakin dingin. Ada je pergaduhan kecil yang membuatkan kami tidak berhubung sampai 2 3 hari disebabkan masa tu saya struggle untuk spm dan dia struggle untuk assignment dan exam.

Nak dijadikan cerita dan bermulanya titik penyesalan adalah bermula dari diri saya sendiri.

Saya tak tahu hantu apa yang rasuk saya masa tu saya rasa serabut dengan keadaan tu tambah pula hubungan kami yang semakin renggang, kami macam tiada komunikasi langsung dan masa tu saya ajak untuk putus.

Tetapi dia tentang keras keras sebab bagi dia kami cuma perlu sesuai kan diri dengan keadaan yang baru sebab kami tiada masalah dengan orang ketiga.

Saya masih berkeras untuk break dengan dia sebab bagi saya kami tidak akan kemana dan bagi saya ini hanya cinta monyet. Saya reka pelbagai alasan untuk break dengan dia. Sampai satu tahap saya block segala social media dia dan saya cuba hilang macam tu je.

Tapi dalam seminggu tu dia cari saya macam orang gila, dia contact family member and kawan rapat untuk pujuk saya tapi masa tu saya keraskan hati dengan keputusan saya dan akhirnya dia akur.

Selepas beberapa bulan dari peristiwa tu saya pun dah tamat sekolah menengah dan lulus spm dengan result yang agak membangga kan. Masa tu saya sikit pun tak ingat pasal dia. Walaupun saya tahu dia masih cari saya bagi saya biarlah hubungan tu berakhir dekat situ.

Dan sekarang selepas 6 tahun peristiwa tu berlaku. Saya ingat ini cinta monyet biasa tapi bagi impak yang besar jugak dalam hidup saya. Secara jujurnya dia sentiasa ada di dalam lubuk hati saya walaupun saya selalu menidakkan perkara tersebut yela cinta pertama kan.

Selepas kami putus, tipulah saya tak bercinta dengan mana mana lelaki. Tapi dia masih single sampai sekarang, saya tahu pun dari kawan kawan rapat.

Okay ini yang saya nak korang bagi pendapat. Selama beberapa tahun ni saya selalu mimpikan Rushel. Paling kurang pun sebulan 2 kali.

Saya pasti mesti akan ada yang cakap mimpi mainan tidur, saya pun cuba untuk fikir macam tu tapi saya hairan sebab dalam mimpi tu Rushel tak penah bercakap dengan saya, dia akan tengok saya dari jauh, senyum pun tak dan kadang kadang nampak belakang badan dia je.

Saya sebenarnya penat, saya tak tahu apa yang saya kene buat lebih lebih lagi bila semua yang terjadi ni buatkan saya rindu dekat dia. Saya masih ingat pandangan lembut dia yang penuh dengan cinta.

Saya tahu saya salah dalam hal ni tapi saya pun nak bebas dari semua ni saya taknak dibelenggu rasa bersalah ni. Cinta? Saya tak pasti dan saya takut dengan kenyataan tu. Ataupun sebab saya masih simpan semua barang dia?

Saya pernah nak buang semua barang dia dulu tapi saya kutip balik dan simpan sampai sekarang. Adakah saya perlu pulangkan semula semua barang dia? Saya rasa saya tiada keberanian langsung untuk berdepan dengan dia. Apa yang perlu saya buat?

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *