Mimpi ngeri MLM dan skim ponzi
Assalamualaikum wbt..
Terima kasih kepada admin sekiranya luahan hati yang telah lama berada di lubuk hati aku yang paling dalam ni disiarkan .aku rasa macam nak tulis panjang , kalau korang rajin baca la yek. hahah.
sebelum nk teruskan confession ni, aku kenalkan diri dulu. Nama aku Roy. Tengah belajar kat salah satu universiti swasta di bahagian utara. skrg ni baru je nak masuk final year. okay la, aku sebenarnya nak cerita pasal MLM kat universiti ni setelah berbagai-bagai pengalaman buruk yang terjadi kat aku sendiri dan kawan-kawan yang aku kenal.
Walaupun mungkin sebelum ni pernah ada confession pasal MLM , aku tetap nak share jugak pasal bende ni xkan habis selagi penipu-penipu ni masih berkeliaran.
Tujuan aku share ni sebab aku nak bagitau kat student-student universiti especially yang baru nak masuk ke alam universiti yang penuh dark side ni untuk alert dan tau pasal MLM ni dan elakkan daripada terlibat dengan bende-bende menyusahkan macam ni.
aku sebelum ni pernah terjoin satu MLM ni. Ajakan daripada member . Mula-mula dia akan ajak kau bersembang . tanya pasal family kau. ayah kau keje apa semua.
Diorg punya brainwash memang kaw kaw punya la. sebab tu aku boleh terjebak . Upline-upline ni selalu la bagi ayat. “taknak tolong mak ayah ke?”, “taknak bawak mak ayah gi haji ke?” .
Aku ni jenis yang kalau ada peluang, aku nak tolong mak ayah aku sebab family kitorang memang orang susah. Aku ni dah la anak sulung so, mcm triggered la bila dia cakap camtu kan. hahah.
nama program amatlah suci sampai ramai yang takkan expect bende tu MLM. Nama dia A*UM. dan masuk dengan yuran sebanyak Rm 6600 pakai duit yuran universiti aku .
Aku masuk sebab expect akademi ni akan tolong aku untuk jadi usahawan berjaya la kan then boleh bayar balik modal 6600 tu. firstime aku pegi kelas yang diorang anjurkan.
aku ingatkan diorang nak ajar pasal keusahawanan. end up, diorang ajar camne nak dapatkan downline. dalam hati aku, aku cakap la what the hell an.
kata akademi perintis usahawan malaysia tapi ajar cari downline. aku nak je amek balik duit rm6600 tu tapi dah x boleh sebab lebih 10 hari. so, aku pon decide nak cari downline 3 orang pastu blah dri akademi entah pape tu.
Aku try hard last last aku realize yang aku takkan tamatkan bende ni kalau aku dapat downline. So the reaction chain akan berterusan bila downline kau akan cari downline dia sampai laa abes chain tu yang tak tau bila akan habis dan taknak orang lain jadi macam aku.
Btw, dalam akademi tu downline takkan di panggil downline tapi dipanggil Partner . kononnya sebab taknak ada kene mengena dengan MLM walaupun sebenarnya akademi tu memang MLM pun.
Kitorang dijanjikan akan jadi pengurus project la apa laa yang akan ada income tetap rm5k sebulan kalau dpt pangkat apprentice. And sebulan sekali diorang ada buat seminar which is kene bayar rm100-150 seorang.
Tapi dulu masa mula-mula aku masuk upline aku kata free. Bestnya tipu orang kan?
Aku dah nak dapat sorang Partner lah kan tapi aku xnak sebab bende ni MLM tapi ramai x realize. Aku bagitau la dia . Bende ni tak betul. In the end dia tak jadi masuk pon. Nasib kau baik bro.
Dan aku pon keluar dari bende ni. Lastly akademi ni dah berkubur pon lepas dah didedahkan dalam berita harian, ramai dah member aku keluar dari bende tu. masuk bende tu bukannya boleh lunaskan hutang pon, makin berhutang ada la..
Nak naik pangkat apprentice tu kne cari ramai gak la partner and kalau tak dapat partner pon boleh je bayar 6600 sendiri utk kira sebagai satu partner.
Aku pon ada dengar ada yang sanggup jual emas, pakai duit simpanan ASB ,lifetime saving dan ramai jugak yg pakai yuran pengajian untuk masuk bende ni.
Dan sekarang ni disebabkan aku masuk bende tu, aku dah tak cukup duit nak bayar yuran pengajian aku yang berbaki 2 sem lagi ni. Aku menyesal kenapa boleh terjebak dulu.
Walaupun akademi tu dah macam senyap je tapi sebenarnya masih lagi ada. Ahli pon tak ramai dan aku pon tak faham kenapa masih ada lagi orang yang bebal still nak stay dengan bende tu. kene pukau ke?
Nak tau MLM atau scam ponzi ke tak ni senang je..
1. Ada pairing atau cari orang untuk join bawah korang . tak kisah laa dia jual mesin basuh ke , jual minyak kelapa dara ke.. once dia ada cakap pasal rekrut orang, MLM la tu.. Skim piramid.
Well ada jugak yang cakap kitorang ni bukan piramid tapi bentuk bulat. dah Sama jela kalau korang rearrange pon bentuk piramid jugak.
2. Menjanjikan keuntungan tetap. Kalau diorang gebang cakap keuntungan tetap, itu maknanya scam laa tu. mana ada perniagaan dpt untuk tetap, maybe akan ada kurang atau lebih dalam income bulan tu. Contoh scam ni ialah syarikat A*ba jual kopi.
3. Bila suruh explain dia ajak pegi HQ. yang ni hati-hati la. bila diorang ajak gi HQ maknanya diorang nak brainwash korang la tu. Nanti akan jemput diorang punya leader-leader kasi brainwash otak korang biar termakan janji-janji manis diorg.
4. Masuk surat khabar atau tv tak semestinya bukan scam. Ada jugak MLM yang promote sampai masuk tv or surat kabar. well kene noted yang diorang masuk tu bukan sebab betul pon skim diorang .
Senang je nak masuk surat khabar or tv ni just bayar je certain amount. thats it. dah boleh nak masuk mana-mana page. kalau nak masuk first page, bayar laa lebih sikit.
5. Dato’ atau Dr palsu. ni pun dah banyak dah kat dalam malaysia. bukan doktor pon tapi acah doktor. Dan dengan title Dr or Dato’ ni laa diorang promote MLM or skim ponzi diorang untuk tarik lebih ramai mangsa.
Sama la macam kes akademi tu. bukan Dr betul pon. Title dato’ tu pun dari satu negeri ni. Boleh beli.
6. Tayang kereta mewah. Nah , ni pon femes. Upline yang kaya semua pakat la nunjuk kereta diorg kononya marketing la. kereta-kereta mewah ni la modal puak-puak MLM or skim ponzi untuk promote so called biz diorang.
7. Produk yang dijual harganya mahal nak mampus. Contoh kau masuk satu MLM ni. jual minyak gamat mahal compared to yang dah ada kat pasaran. MLM la tu.
Harga mahal sebab nak bagi profit margin besar untuk bagi makan kat upline dan founder MLM tu. kahkah
MLM ni untung untuk orang yang mula-mula masuk je. once market dah tepu, haaa macam2 la jadi pastu. income tak masuk lah, sistem problem lah. macam-macam la leader korang nak gebang.
Aku harap lepas ni jangan la ade lagi yang gatal-gatal nak masuk. Tak kira la student ke, dah kerja ke, kerja gomen ke. sekarang ni lagi macam-macam MLM yang membiak. Ada jgk yang korang tak nampak macam MLM tapi sebenarnya MLM.
Korang tag la adik-adik atau member member korang yang baru nak masuk universiti tu. supaya alert dengan bende-bende macam ni bila dah masuk U nanti.
Kawan aku ada yang tak habis study sebab masuk MLM ni. End up keje kat negara orang nun diseberang.
Tag sekali member-member yang tengah buat MLM biar diorang panas .kahkah. nasihat sikit member tu kalau sayang member kamu.
Sekian luahan hati.
– Azroy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit