Mimpi Ngeri Taska

Salam..terima kasih buat admin yang sudi siarkan luahan hati saya ni.

Saya Mimi, dah berkahwin dan ada seorang anak lelaki berumur 4 tahun. Tinggal di KL. Saya ada terbaca pasal luahan seorang saudari yang kata nya sempat kerja sehari je kat taska. Ini pulak pengalaman saya bekerja 2 bulan di taska yang bagi saya sangat susah saya nak lupakan. Taska ni tak ada la dera kanak² tu semua. Saya nak bagitahu awal² yang cerita saya ni sangat la panjang. Tapi, saya just kutip part² yang terkesan dalam hati saya.
Okay, mata saya berair setiap kali teringat pasal hal ni.

Tahun lepas, suami balik dari kerja dan tanya saya nak tak kerja dekat taska dan pemilik taska tu bagi BAWA ANAK. Suami pemilik taska tu kawan suami saya. Allah, saya gembira sangat masa tu. Yelah, tak semua kerja terima pekerja yang bawa anak kan. Beberapa hari lepas tu, suami bawa saya ke taska tu dan berjumpa dengan pemilik taska iaitu Puan Nina dan saya diterima bekerja. Masa tu ada 3 orang pekerja di taska tu. Yang 1 Kak Idah, sebagai orang kanan dan juga rakan kongsi kepada Puan Nina. Yang ke 2 Kak Liza, adik kepada Kak Idah. Dan yang ke 3 Kak Bedah, selaku guru pada budak² berumur 3-5tahun. Kak Bedah ni dah agak berusia. Kak Bedah ni cuti panjang masa saya kerja ni sebab dia sakit dan kemudian berhenti kerja. Dalam dua bulan bekerja dekat taska ni banyak dugaan yang saya dapat.

Bulan pertama

Pada hari yang sama saya diterima bekerja dan Puan Nina bagitahu saya yang dia tak akan kenakan bayaran untuk anak saya. Maknanya saya akan dapat full rm900 sebab pada mula nya dia nak potong rm100 untuk makan minum anak saya dan etc. Mula² saya ditugaskan menjaga budak² berusia 3-5 tahun sebab nya anak saya masih baru di taska tu jadi dia nak biasakan anak saya dengan suasana taska tu. Saya bersyukur sangat masa tu. Masing² saling membantu. Tak sombong walaupun saya masih terkial² buat kerja.

Beberapa hari lepas tu, masuk lagi seorang pekerja baru yang mana dia pernah bekerja di taska yang berdekatan. Saya namakan dia Kak Mar. Kak Mar ni dah berusia 29 tahun tapi dia seorang yang ‘lambat pickup’, selalu kerja nak kena orang suruh dan ulang berkali². Kak Mar ni rupanya anak angkat kepada Kak Bedah. Puan Nina letakkan dia dalam bilik baby memandangkan Kak Liza berseorangan di bilik baby. Hari2 berganti hari saya pun dah sebati dengan karenah kanak² yang saya jaga.

Sampailah suatu hari, saya dengar Kak Mar ni kena marah. Rupanya Kak Mar ni dia tidur dalam bilik baby, dan kebetulan Puan Nina nampak. Salah seorang baby dalam bilik tu dah menangis sampai merah² muka tapi Kak Mar ni tak jugak sedar. Teruk Kak Mar kena marah hari tu. Dan mula la episod duka Kak Mar ni. Saya ditukarkan ke bilik baby dan Kak Mar ambil alih tugas saya. Setiap hari ada saja yang tak kena di mata Puan Nina dan Kak Idah termasuk lah Kak Liza. Sebulan saja Kak Mar bekerja kat taska tu memandangkan dia kena boikot dengan Kak Idah dan Kak Liza. Cuma saya je yang selalu bersembang gelak² dengan dia. Lepastu dia berhenti kerja. Itu sangkaan saya la..rupanya Puan Nina yang berhentikan dia.

Bulan kedua

Selepas Kak mar tak ada saya teruskan kerja macam biasa. Suasana tenang semula sampai la satu hari tu anak saya demam panas. Lebih dari seminggu anak saya kejap demam kejap baik kejap demam lagi. Klinik hospital semua saya pergi tapi tak jugak elok.Suhu badan masa tu memang tinggi. Dan bermula lah masalah saya. Minggu tu minggu gaji tapi Puan Nina bagitahu saya yang gaji mungkin lambat sikit dapat. Disebabkan terdesak saya mintak dulu separuh gaji saya sebab demam anak saya tak kebah² dan saya panik. Suami saya kerja buat rumah orang jadi gaji dia memang on off masa tu. Tengok pada keadaan saya Puan Nina bagi gaji saya haritu guna duit dia. Katanya lah. Dalam panik saya, Allah beri dugaan besar pada saya dengan berita ibu mertua saya masuk hospital kerana pendarahan usus. Sebelum tu mak mertua saya balik ke rumah anak dia di pantai timur. Dan pada waktu tu jugak mak saya pula berada dalam ICU kerana sakit buah pinggang.

Dalam keadaan anak yang tidak sihat, saya berulang alik setiap hujung minggu untuk melawat ibu mertua di hospital. Masa ni saya dah dapat balance gaji saya. Dalam hati saya Allah saja yang tahu. Hari² saya menangis mengenangkan ibu saya di kampung (kg saya bukan dalam malaysia) yang sedang tenat. Saya tidak berduit masa tu. Saya baru sebulan bekerja tak boleh nak buat pinjaman dengan Puan Nina sedangkan gaji saya pun belum dapat habis lagi. Macam orang sasau saya waktu tu. Dengan tekanan dari adik beradik yang memaksa keras saya balik ke kampung untuk berjumpa ibu, anak saya demam yang berpanjangan, dan kuasa veto sang suami yang berkeras nak melawat ibu dia setiap hujung minggu. Saya rasa lost masa tu. Tiada siapa yang faham saya hanya air mata je teman saya.

Minggu yang kedua saya bekerja, saya terpaksa minta cuti sebab ibu mertua saya dibedah pada haritu. Dan haritu terbongkar la rupanya anak saya di’damping’ sesuatu di taska. Setelah berubat, anak saya kembali sihat cuma dia tetap berdegil nak ikut ayah nya ke tempat kerja.

“Adik tak nak ikut mama pergi sekolah. Sekolah adik ada hantu”.

Haritu saya ke taska dan bekerja macam biasa cuma keadaan fizikal dan mental saya sangat lemah masa tu sebab saya demam tambah pula tak cukup tidur dan makan. Jimat duit punya pasal sebab nak balik jumpa ibu saya. Masa saya sampai pagi tu, saya rasa pelik sebab Kak Idah dan Kak Liza buat² pekak bila saya tanya apa² dan muka semestinya masam bagai kelubi. Saya tak tahu lah kenapa diorang layan saya macam tu padahal minggu lepas elok je bercakap dan makan bersama. Tengahari tu Puan Nina datang ke taska dan terus ke bilik dia. Tak lama lepas tu dia datang dan terus sound saya cakap boleh tak buat kerja serius sikit dan blablabla.. Saya terkedu. Apa salah saya? Dan saya menangis.

“Awak jangan ingat awak je ada masalah tau. Orang lain pun ada masalah jugak. Jangan fikir diri awak aje.”

Saya terkedu dan sebak. Air mata terus berjurai masa tu. Puan Nina terus masuk bilik dia dan tutup pintu sekuat hati. Dan haritu saya diboikot habis²san dengan mereka bertiga. Selepas waktu kerja saya mengadu dengan suami. Suami saya suruh berhenti kerja memandangkan anak saya pun tak nak pergi ke taska tu dah. Tapi saya rasa nak teruskan kerja juga sampai hujung bulan sebab rugi la lagi dua minggu cukup sebulan. Sejak haritu saya dapat rasa yang diorang dah start layan dan boikot saya sama macam Kak Mar kena dulu. Tertekan kot kerja dalam keadaan macam tu. Saya kena jaga baby 9 orang sedangkan Kak Liza yang sepatutnya bersama saya dalam bilik baby buat² sibuk di luar dengan alasan nak buat susu dan etc. Hari last kerja saya cuma telefon Puan Nina yang saya nak berhenti. Dan dia terima sambil sindir² saya. Beberapa hari lepas tu saya whatsapp dia mengenai gaji saya. Hampir dua minggu Puan Nina berdolak dalih dengan saya pasal gaji. Hingga satu hari tu dia minta saya call salah satu parents kat taska tu which is saya tak jaga pun anak parents tu untuk mintak duit dan bank in kat saya sebab parents tu belum bayar lagi bulan tu. Gila apa? Kalau nanti diorang nak claim saya menipu bulat² je saya kena. Saya minta dia deal sendiri dengan parents tu dan minggu tu saya dapat gaji saya rm300. Dua minggu lepas tu saya call lagi desak dia suruh bayar gaji saya dan dia setuju saya datang ke taska untuk ambik gaji. Bila sampai kat taska saya tekan bell dan beri salam. Tapi seorang pun tak keluar masa tu. And guest what, ada parents yang datang nak hantar anak tengahari tu dan Kak Liza keluar dengan muka selamba tanpa pandang pun saya yang duduk kat tangga taska tu terus cakap kuat² katanya bell tu rosak, kena beri salam kuat² baru dengar dan tutup pintu bila dah ambik budak tadi. Habis tu yang saya duk beri salam sampai suami saya pun goncang² pintu gril besi tu takkan tak dengar. Suami saya marah² dan call suami Puan Nina dan minta penjelasan pasal janji Puan Nina. Dan kami balik. Sejam selepas tu Puan Nina call saya dan sindir² saya kenapa nak libatkan suami dia blablabla sampai suami dia marah dia. Sampai² saje saya kat taska tu kak Liza buka pintu sambil jerit² kat Puan Nina..

“Niii..dah sampai dah..keluar lah Puan Nina oii..”

Sambil jeling² saya dan suami. Saya jumpa Puan Nina dan masa tu kak Idah pun ada sekali. Guest what, gaji saya dapat hanya rm300. Alasannya, saya selalu datang lambat, saya berhenti tak bagi surat resign dan blablabla.. Dan potong gaji sebab saya bawa anak dan nak bayar duit guru mengajar yang mana anak saya sempat belajar 2-3 hari je sebab dia mengamuk tak nak pergi taska. Itu pun belajar dalam masa 2 jam saja sehari. Gaji saya dari rm900 saya dapat rm600 je. Sampai sekarang saya tak boleh lupa apa yang diorang buat dekat saya. Doa saya semoga Allah balas pada mereka bertiga. Pada yang membaca luahan hati saya ni sedekahkan lah Al fatihah untuk arwah ibu saya. Sungguh. Sampai sekarang saya terkilan.

– Mimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit