Hi. Saya just nak minta pendapat dan nasihat. Btw umur saya 23 tahun ni.
Pada waktu saya sekolah rendah, tak pasti darjah berapa tetapi saya mimpi seorang lelaki yang saya tak ingat mukanya sekali. Dan lepas je saya mimpi, saya akan rasa pilu and sedih sangat untuk pisah.
Saya ingatkan tu gangguan jin ke apa kan, so saya pun pergi darul syifa and berubat (waktu ni pun kami baru pindah rumah jadi memang kene ganggu sikit sebab rumah baru kan).
Memang betul selepas berubat saya dah tak mimpi lagi lelaki tu. Yang paling kelakar kan, saya ada buka blogspot orang cerita mimpi jodoh waktu ni, lepas saya tulis kat bahagian comment tanya pasal keadaan saya, orang tu cakap:
“Dik, awak kecik lagi ni tak perlu fikir pasal jodoh belajar dulu, tiba masanya baru betul mimpi awak tu.” tapi nak cari balik blogspot tu tak tahu kat mana.
Nak je reply balik chat akak tu cakap saya dah besar ni pun still terganggu dengan mimpi2 lelaki ni kak HERMMM -_-.
After beberapa tahun, which is waktu saya sekolah menengah, saya ada mimpi lelaki yang sama tepatnya waktu form 4 selama 2 atau 3 kali (not sure berapa kali)
Tapi jarak masa antara satu mimpi dengan mimpi yang lain tu rapat, lebih kurang dalam 3 hari sampai seminggu macam tu.
Saya rasa pelik sebab boleh mimpi macam tu lagi. Sebab rasa pelik sangat tu, first saya gi sekolah asrama yang bukan kat Malaysia
(Takkanlah jin tu ikut aku kan sebab dah berubat before this) dan waktu untuk mimpi tu datang balik agak lama juga (around 4-5 years).
Yang lebih pelik lagi, waktu tu saya dah amalkan solat isthikarah walaupun tiada pilihan-pilihan besar yang perlukan jawapan waktu tu tapi saya amalkan juga dengan niat agar semua pilihan yang akan saya pilih dalam hidup adalah pilihan yang tepat.
Okay, kita sambung.. lepas saya dah mimpi waktu form 4 tu dalam 3 kali macam tu, saya pun stop lagi mimpi lelaki tu. Sama macam yang atas, setiap kali lepas mimpi mesti sedih and rasa pilu sangat.
If not mistaken, mimpi terakhir adalah mimpi lelaki tu tak diterima family saya and terpaksa pergi.
Belum habis lagi ni, tiba-tiba waktu saya form 6 pula, saya ada mimpi lelaki tu sekali lagi, tapi memang sekejap je mimpi tu (like betul-betul sekejap) lepas tu saya terbangun.
Tapi sebab waktu tu saya busy, so saya buat tak tahu and terlupa terus. Jadi tak sempat nak rasa sedih or pilu tu dan ini adalah mimpi yang paling terakhir pasal lelaki yang tak dikenali dan tak nampak wajah.
Tiba-tiba tahun ni which is 2022, saya termimpi balik tentang seorang lelaki tapi kali ni muka dia agak nampak dengan jelas tapi saya ingat-ingat lupa muka dia,
Untuk makluman, saya still single and tak suka or crush sesiapa pun tapi boleh pula saya mimpi pasal lelaki.
Bila ingatkan balik waktu tu takde pun saya tengok cerita cinta ke apa tapi saya mimpi pasal orang lelaki.
Lepastu disebabkan saya terlalu single and available ni kan, kawan saya adalah suruh saya kenal dengan seorang lelaki dekat uni saya,
Bila saya solat istikharah tentang dia waktu doa tu nama dia pun saya lupa nak sebut (ada perasaan yang macam lelaki tu tak worth enough untuk saya doakan). Lepastu saya pun move on je lah sebab rasa buang masa.
Tiba-tiba, saya jumpa balik dengan kawan saya waktu sekolah menengah dulu, tiba-tiba jumpa tu dia cakap dia nak kenalkan saya dengan sorang lelaki lain pula,
Yang saya tahu dari lelaki ni, nama dia and pasal diri dia sikit-sikit je sebab kawan saya ni promote dia kat saya.
Dan saya tak pernah jumpa lagi lelaki tu dan kawan saya tu cerita pasal dia tu sekali je tapi saya rasa macam rindu, lepas tu nak doakan dia and saya care sangat tentang dia.
Satu lagi, saya jadi rasa nak perbaiki diri to become more beautiful muslimah gitu.
And perasaan saya sekarang ni macam sedih, pilu, sakit and rindu kalau teringat kat dia walaupun saya tak pernah jumpa, cakap, nampak or tahu apa-apa pasal dia.
Rasa yang sama macam waktu saya lepas mimpi-mimpi lelaki yang tak dikenali and tak ingat muka dulu.
Nak cakap muka dia sama dengan lelaki yang nampak dalam mimpi terakhir tu pun… hermm saya pun tak tahu sebab tak ingat and tak pernah jumpa.
So apa yang saya kene buat and apa yang terjadi kat saya sebenarnya ni???
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit