Mimpi Pelik

Assalamualaikum semua. Aku cuma nak buat confession ni pendek saja dan tujuan aku buat confession ni sebab nak tahu maksud mimpi yang aku dapat ni. Harap ada yang dapat bagi tafsiran yang betul.

Aku dan mak aku dua2 mimpi benda yang agak pelik, agak menakutkan dan agak mengganggu pada sehari sebelum aku dapat keputusan final sem.

Pada malam tu mak aku mimpi aku berada di sebuah bilik yang gelap tengah mencucuk2 daging dalam keadaan marah sampai daging tu busuk lepastu aku buang dan buat pada daging yang baru. Aku buat berulang2 kali.

Itu saja mimpi mak aku dan tiada sambungan atau huraian.

Aku pula mimpi di waktu pagi masa aku terlelap dalam pukul 8.30 pagi lebih yang aku keluar dari bilik tidur aku untuk pergi ke bilik air tapi aku tak tutup tingkap bilik.

Bila aku nak masuk bilik, aku tengok bilik aku dimasuki oleh anak monyet. Anak monyet tu kecil saja dan agak comel tapi ganas juga.

Dia kejar aku sampai aku lari ke ruang tamu dan balkoni rumah. Sampai situ aku tarik pakar laju2 tapi aku tak ada kunci jadi anak monyet tu sibuk nak tarik pagar tu dan aku terpaksa tahan dengan tangan.

Lepastu aku tutup pula sliding door tapi masih tak dapat nak kunci sebab aku di luar bukan di dalam.

Aku menjerit2 cemas di balkoni meminta tolong berkali2 sambil tolak kepala anak monyet bewarna coklat biasa tu.

Rumah aku ni tingkat 2 jadi ada anak jiran aku lelaki yang berumur 20an memanjat dinding, atap dan besi balkoni untuk panjat masuk ke balkoni aku. Bila dia dah masuk dan nak tolong aku, aku pun dah terjaga dari tidur.

Okay habis part mimpi…

Lepastu beberapa minit lepastu mak aku masuk bilik dalam pukul 9 pagi dan bagi tahu aku dan aku pun bagi tahu yang sama sambil tangan menaip nak masuk dalam laman web universiti sebab nak check result. Akhirnya result keluar juga selepas loading berkali2.

Result aku tak cantik sangat mcm yang selalu orang nak tapi tak teruk sangat. Result aku biasa2 saja tapi bukan sekadar lulus. Result aku lebih dari average, sikit lagi nak capai tahap cantik tu tapi tak capai.

Aku tak tulis sini berapa pointer aku dapat sebab aku takut nanti ada kenalan aku baca pula confession aku ni jadi maaf aku tak boleh tulis.

Cumanya aku dapat lebih dari jangkaan aku. Aku ni memang jenis yang suka kira berapa keputusan yang aku akan dapat berdasarkan cara aku jawab exam atau buat assignment.

Selalunya aku dapat markah yang sama macam jangkaan, jarang nak tersasar tapi pernah jugalah tersasar sebab kitakan manusia biasa.

Agak2 apa maksud di antara mimpi aku dan mak aku? Mimpi yang buruk ke? Mimpi yang bahaya ke? Mimpi sekadar mimpi ke? Mimpi ada orang jahat dan nak buat aniaya ke atau aku yang jahat? Mimpi sebab penat sangat atau stress ke?

Aku ni jenis yang jarang mimpi tapi mak aku jenis yang selalu juga mimpi. Tapi boleh dikatakan yang mimpi kami berdua kali ni agak pelik yang melibatkan aku sebagai watak utama. Kenapa aku?

Mak aku kata bagi dia mimpi tu agak pelik dan menakutkan, bila dia cakap mcm aku pun takut juga. Tapi bila aku kata takut dia cakap takdelah takut sangat dan dia anggap mimpi tu akan terbalik.

Mak aku kata yang ada orang kata bila kita mimpi seronok nanti ada benda buruk nak berlaku tapi bila kita mimpi benda yang buruk sangat nanti benda tu terbalik.

Betul ke macam tu ataupun cuma nak sedapkan hati je? Hakikatnya kita nak benda2 yang elok saja berlaku tak kiralah di alam mimpi, alam nyata dan alam akhirat sana. Jadi korang rasa apa dan macam mana?

Aku takut sebenarnya walaupun dah dapat result elok sebab berdasarkan mimpi mak aku tu, aku ni macam seorang psiko saja tapi berdasarkan mimpi aku tu, aku ni macam dalam bahaya.

Patutnya kalau aku nak dapat result yang elok kan lagi bagus kalau mimpi tu pun seronok2. Apa2 pun dua2 pelik dan agak serentak sebelum aku dapat result final sem.

Aku harap korang boleh komen. Nanti kalau sesuai aku akan buat confession sambungan.

– Si mimpi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/subm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *