(Kisah benar. Tiada tokok tambah).
Terdengar suatu ceramah agama oleh seorang Ustaz bahawa seorang anak ingin menziarahi roh Ayahnya yang sudah meninggal dunia.
Si anak membuat solat Hajat selama 43 tahun. Akhirnya Allah izinkan beliau untuk bertemu si Ayah.
Si anak terkejut mengapa keadaan Ayahnya sungguh menyedihkan. Dalam mimpi tersebut si Ayah telah dipimpin oleh Moyangnya.
Rupanya kerana semasa hayat si Ayah, Allahyarham telah membuat rumah memasuki (mencerobohi) tanah jiran sejengkal. Hanya sejengkal.
Tanpa si Ayah dan si jiran sedari. Secara tidak sengaja. Segala amalan dan sedekah yang ditujukan kepadanya tersekat. Tidak sampai.
Keesokan harinya si anak pergi ke Pejabat Tanah, buat semakan dan Pelan Ukuran ke atas Tanah ayah tersebut. Yes didapati benar si Ayah telah memasuki tanah jiran sejengkal.
Si anak terus berjumpa dengan jiran memohon agar dihalalkan atau membuat tawaran untuk membayar duit bagi pihak Ayahnya. Jirannya kemudian menghalalkannya. Alhamdulillah.
Si anak kemudian membuat solat hajat lagi dan Allah izinkan beliau untuk melihat keadaan Ayahnya secara terus.
Si Anak kemudian melihat ayahnya dalam keadaan hanya sedikit baik dari sebelum ini dan ayahnya berkata “Ayah masih belum terlepas..”
Si Anak kemudian membuat tahlil arwah, mengajak ahli keluarga berkumpul,
Membacakan Quran dan mendoakan untuk arwah Ayahnya dan bermacam-macam cara si anak lakukan untuk membantu ayahnya agar dijauhkan dari seksaan kubur.
Tak lama selepas itu, keadaan Ayahnya semakin baik. Ayahnya memakai Jubah putih dan bersongkok.
Lihat, betapa besarnya dosa menceroboh tanah Jiran dan/atau mengambil hak orang lain di mata Allah.
Sedangkan dalam kes kedua-duanya (si Ayah dan si Jiran) tidak menyedari. Dan jumlah yang dicerobohi hanyalah sejengkal kawan-kawan.
Kes ini mengingatkan saya tentang suatu kes yang pernah saya buat di Mahkamah Tinggi di mana si A telah membuat renovation melebihi 2 meter ke atas tanah si B.
Si B telah meninggal dunia Waris-waris si B telah membuat Pelan Ukuran untuk mengetahui sempadan tanah bagi tujuan penjualan.
Waris B telah membuat beberapa rundingan damai dengan A dan menasihatinya agar merobohkan bahagian bangunan yang melepasi sempadannya.
Namun si A tetap berkeras dan enggan berundur. Berlaku la perselisihan faham antara keduanya.
Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan Waris B. Di mana saya bertindak sebagai Peguamcaranya sewaktu itu.
Mahkamah telah memerintahkan agar A memberi pemilikan kosong ke atas tanah B dan lain-lain relief yang dipohon oleh B.
Semoga menjadi iktibar buat diri saya dan semua. Jangan sesekali mengambil hak orang lain secara sengaja atau tidak.
Jika dah terlanjur, pulangkan dan minta halalkan bahagian yang dah terambil. Agar urusan kita di alam lain dipermudahkan.
Oleh :
– Shada Mazan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit