Mimpi Tentang Nenek

Assalamualaikum. Terima kasih Admin sudi siarkan penulisan aku. Aku Feeya, nak reply artikel ni (https://iiumc.com/Saka-7-Puteri-Bunian/). Aku tak pasti apa yang aku alami ni sama ke tak dengan Syasyaa. Benda macam ni aku percaya tapi 50-50 sahaja. Percaya boleh tapi jangan sampai taksub. Aku share story aku pulak k.

Arwah nenek aku meninggal 4 tahun lepas. Masa dia nazak aku sempat jumpa lah.. Memandangkan aku cucu kedua yang rapat dengan dia dan cucu pertama tiada kat Malaysia, jadi agak sedih jugak berada di sebelah arwah tengah nazak tu.

Aku ingat lagi, arwah ada cakap sesuatu sebelum pergi tapi aku tak faham soalnya arwah cakap sangat laju dalam keadaan berdengus dan bukan dalam bahasa pun rasanya. Jadi aku ignore. Muka arwah senyum je memang aku ingat setiap satu moment terakhir dengannya.

Seminggu selepas arwah nenek pergi, aku mimpi arwah.. Kerap mimpi dia senyum tengok aku. Aku agak aku rindukan nenek je.. hari2 aku sedekahkan al-fatihah dan doakan dia.. Ada satu mimpi nenek bagi barang kat aku. Tak jelas barang apa tapi memang nenek senyum dan bagi barang kat tangan aku.

Aku ambil dan terus tiada lagi mimpikan nenek. Mungkin dalam 3 bulan sekali ada mimpi tapi tidak lagi hari-hari dapat mimpi. Aku ada bagitahu mak pasal mimpi ni tapi mak cakap mainan tidur je. Aku ignore jela lagi.

4 tahun berlalu , which is tahun ni lah. Aku pergi berurut kat kampung suami tapi nenek tu bagitahu mak mertua aku yang ada puteri ikut aku. Mungkin sebab ni aku susah nak lekat zuriat. Dan dia ada cuba buang or halau puteri tu. (Aku tak pasti betul ke tak ayat aku ni, haha. tapi korang faham kan). So aku agak mungkin aku tertegur kat mana-mana kot ada benda nak ikut, aku ignore lagi.

Satu hari tu aku ikut pakcik aku pergi berubat anak dia, sekali orang yang berubat tu tanya kat aku nak scan ke? Aku pun blur, belum sempat jawab dia dah scan. Dia cakap ada sorang puteri kat belakang aku, cantik, baik, dia jaga aku, tapi tak pasti dari mana datang.

Ah sudah, takkan puteri yang sama kan? Bukan dah hilang ke hari tu? Banyak persoalan dalam otak aku masa tu. Tapi aku parking dulu. Haha. Orang tu tanya aku, awak ada selalu mimpi kan? Aku pelik mana dia tahu aku memang selalu mimpi macam dejavu. Selalu aku mimpi, mesti akan terjadi dan aku boleh pilih pengakhirannya sebab aku dah tahu dari mimpi ending nak jadi apa kan. So bila aku lalui, aku akan stop kejap dan tak jadi lah ending macam dalam mimpi.

Jadi aku jawab kat orang tu, memang selalu dapat mimpi. Orang tu kata, mimpi awak selalu jadi kenyataan kan? Selalu awak dapat petunjuk dari mimpi. Selalu mimpi tu awak akan tahu dulu baru jadi kat kehidupan seharian awak. Ergh mana dia tahu wei? Aku dah start nak amik tahu, nak cari gali apa kene mengena benda ni dengan puteri ni.

Tambah orang tu lagi, siapa yang tengok awak akan rasa cepat kesian, rasa sejuk mata memandang dan rasa awak ni cantik manis sangat. (Ini betul ye walaupun aku ni muka pecah rumah pun). Awak ni ramai peminat, jaga-jaga ye encik suami. Suami aku pun jeling je kat aku. Haha.

Orang tu sambung lagi, tapi puteri ni tak kacau awak pun. Dia nak jaga je nak tengok2. Awak kalau tengok sesorang tu, mesti awak dapat agak orang tu ada niat baik or jahat, dan awak cakap semua betul. Instinct awak kuat.. puteri ni cantik. Aku terus stop kan perbualan.

Minggu tu aku cerita benda ni kat kakak sulung aku. Lepas tu dia gelak, dia kata dah tahu ni arwah nenek punya. Dia cari cucu cicit perempuan yang kuat mengaji, rajin beribadah lah kiranya. Tapi aku takde lah warak sangat, pelik jugak kenapa aku kan.

Jadi dah 3 orang dah cakap benda sama. Memang puteri ni wujud. Aku dah start kena amik tahu benda ni. Walaupun aku sememangnya malas nak pikir benda2 ghaib ni. Kakak aku cakap, kalau nak tahu detail kena tanya ayah pasal dia cuma tahu nenek memang ada puteri ni. Tapi semua orang diam tak nak cerita.

Aku tanya ayah aku, mula-mula ayah cakap tak ada apa , nenek tak ada apa-apa. Mungkin dia tak nak aku fikir kan benda tak penting. Aku terus bagitahu yang seminggu lepas nenek meninggal aku mimpi nenek bagi barang dan aku ambil barang tu. Ayah aku marah pulak, dia kata apasal ambil? Kalau dah ambil kena jaga jela.

Aik mana lah aku tahu ambil ke tak ke. Haukk betul lah. Ayah aku cakap ni bukan saka, dia puteri nak jaga je. Tak payah fikir sangat. puteri ni pergi kat semua anak cucu bukan stay kat aku je. Cuma jangan makan seafood. Rajin mengaji je.. benda sekarang ni, aku memang hantu seafood dan aku bukan warak sangat pun. Tak de jadi apa pun kalau aku melantak seafood?

Pastu sampai sekarang ni aku ignore pasal ni.. aku pun tak tahu nak kene berubat ke tak sebab aku hidup memang takde benda pelik berlaku pun? Aku pun tak tahu ada kene mengena ke aku tak dapat anak lagi sebab ni ke bukan? Tapi kalau ikut cerita Syasyaa, benda ni tak bagi kita kahwin kan/ takde laki nak jadi dengan kita. Aku dah kahwin elok pulak?

Ergh aku pening kalau nak pikir kewujudan benda macam ni.. aku ni dah lah jenis buat hal sendiri je.. ada siapa tahu ni saka ke macam mana? Suami aku cakap jangan pikir, lagi pikir lagi dia datang. Nak ke dia datang? Eh? Macam citer hantu pulak kan.. So apa pendapat korang?

– Feeya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *