Mimpi Tidak Terbangun

Assalamualaikum para readers. Thanks admin kerana postkan cerita aku ni. Sorry to burst your bubble cause ni bukan cerita hantu ye tapi harap dibaca

Nama aku lisa. Aku hidup dikatakan penuh dengan dosa. Bukan dosa sampai bunuh orang. Setakat sampai ambil dadah saja lah. Cerita aku bermula dengan mimpi. Sejak aku darjah 5 aku sering mengalami mimpi hari kiamat. Dalam setiap mimpi tu aku tengok semua orang2 sekeliling aku mati dan terseksa.

Tapi dalam kebanyakkan mimpi aku, aku harungi semua malapetaka dan dapat merasai semua benda mcm gempa bumi, gunung berapi meletup terkena muka ku, bangunan runtuh atas tu. Dan aku ni jenis tahu mengawal mimpi aku.

Maksudnya aku tahu mcm mana nak detect samaada aku mimpi atau tak. Aku tahu mcm mana nak bangun dalam mimpi ngeri mcm tu. Alhamdulillah tu kebolehan aku yg aku tahu. Senang je nak bangun dari mimpi ngeri. Dalam mimpi tu samaada kau harungi benda tu atau kau cubit diri kau dalam mimpi kau tu. It really works. For me la haha

Okay sambung. Then one day, aku dapat satu mimpi yg aku tak boleh bangun. The cubit2 thing tu tak berkesan. Aku tak boleh bangun. Di dalam mimpi itu..

Aku berada di kampung. Masa tu waktu zohor and aku tak fikir nak solat sebab aku dah siap2 nak keluar pakai cantik2 and all. Then keluar berita di tv satu bom atom akan dilepaskan di malaysia. Kebetulan aku nampak kapal terbang lalu atas rumahku. Tiba2 aku rasa nak terus solat zohor and aku sempat habiskan solat.

Aku melihat wajah ayah ku di luar rumah. Aku tanya ayahku “berapa masa lagi kita ada” ayahku merenung wajah aku dan ahli keluargaku yang lain. Dia berkata “bersedialah semua” dengan muka yang tenang. In 3,2,1… bom tu dilepaskan. Aku merasa semua kesakitkan itu dan pada waktu yang sama aku dapat lihat kematian orang yang aku sayang dan tanah musnah, kebakaran. Aku rasa semua itu. Tapi..tidak berakhir di situu..

Aku melihat matahari membakar bulan dan menarik bumi. Semakin panas membakar dan musnah bumi.. aku nampak bumi musnah dan aku berasa takut kerana aku tahu aku akan menghadap DIA tak lama lagi.

Aku takut tidak terkata dalam mimpi itu. Aku cuba utk bangun lagi tapi tak boleh! Kini aku berada di satu kawasan yang putih tiada apa2. Boleh dikatakan afterlife la kot. Aku nampak manusia berbaris utk masuk satu lorong ni. Aku pun beratur la sekali sambil selawat sebab dalam fikiranku,aku tahu aku akan masuk ke neraka. Aku yakin sebab DIA tahu semuanya. Aku berfikir “bolehkah aku nampak DIA sebelum aku masuk neraka”

Masa beratur, ada “pekerja2” ni bagi2 kad kat orang yg beratur termasuk aku. Orang belakang aku cakap “dik cuba tgk bawah tu, banyak orang terseksa” aku selawat lagi sebab takut gila weh! Aku tak sanggup ! Tapi aku tak rasa menyesal waktu itu sebab aku tahu menyesal tak berguna pun waktu itu! Aku tahu aku berada di kawasan di mana manusia akan diadili oleh DIA. Aku redha dan terus selawat.

Masa “pekerja” bagi kad2 aku. Aku dapat tgk semua benda buruk/jahat aku buat dalam hidupku. Aku menerima kad itu dgn hati yg redha. Aku nampak dan ingat lagi perkataan2 tersebut. Then ada dua laluan. Mcm dua laluan escalator la kan. Kanan ke syurga dan kiri ke neraka.

Yang aku peliknya semasa beratur. Ramai manusia bertolak2 ingin ke sebelah kiri kerana mereka ingat itu ada syurga dalam penglihatan mereka. Dua laluan escalator tu ada mcm detector la. Siapa layak masuk syurga atau neraka. Ada manusia di hadapanku baru nak masuk laluan kanan tapi loceng berbunyi. So dia kena tarik masuk laluan kiri. Haa mcm tu la detectnya.

Kini giliran aku plak. Aku ikut laluan kanan sebab aku fikir apa salahnya mencuba nasib. Dan….

Aku dapat! Aku berjaya!!! Walaupun aku ada nampak org berlari, naik kuda la naik kereta la pergi masuk syurga tu. Aku just jalan kaki je. Ye la maybe sebab dosa aku slows me down haha. Tapi aku sendiri pelik kenapa aku lepas.. aku tanya “pekerja” situ. Dia ckp “awak dpt 51% kebaikan masa kat dunia” aku pun pelik, mana dtg 1% tu haha. Dia pun tunjuk video sebelum kematianku. Iaitu aku sempat solat sebelum kiamat.

Aku terkejut sebab satu perbuatan dan 1% aku dapat masuk syurga!!! Tapi aku berhenti separuh jalan….
Aku menunggu seseorang yang aku cinta. Iaitu sahabatku…
Masa aku tunggu tu, aku tanya “pekerja2” sana,ada tak orang nama yusuf lalu sini. Dorg cakap “ada” then aku tanya lagi. “Dia lalu kiri ke kanan?” Aku berasa cuak tak terkata sebab aku sangat sayang kat dia sebab tu dalam mimpi pun aku still cari dia no matter what. “Pekerja” tu ckp “dia lalu kiri”

Aku terus rebah dan merayu nak berjumpa dengannya sebelum dia masuk sana….. pekerja tu pun panggil yusuf dan aku cakap “aku minta maaf sebab tak jadi sahabat yang baik kepadamu yusuf, aku minta maaf aku tak mengajakmu yusuf. Tolong jangan pergi. Aku sayang kau. Aku minta maaf, aku minta maaf”

Yusuf memandangku dengan senyuman yg sangat manis yg tak pernah aku nampak dan berkata “jangan risau, i’ll be with u when it’s over” dan dia pergi mcm tu je.. aku tgk dia masuk ke laluan kiri tu, rasa sedihnya tak terkata weh tgk org kita syg masuk neraka. Aku tgh taip ni pun dah berair mata memikirkannya…

Lepas yusuf masuk, aku masuk laluan ku ke syurga. Aku start cari keluarga ku. Aku nampak ibuku tgh tgk tv bersama arwah kakaknya. Wajah ibuku sangat muda mcm umur 20an tapi dia kenal aku! Dia siap cakap “kak! Baru sampai ke? Lamanya haha ayah lepak dgn kawan2 dia kat kedai” aku rasa sangat gembira keluarga ku semua ada. Aku lihat sorg2 keluargaku, dorg tgh happy gila nak mampos sampai aku rasa mcm tiada beban di bahuku. Aku dot berjumpa arwah nenek dan atokku. Aku nak peluk dorg tapi….

Aku terjaga dari mimpiku. Aku blurr. Aku teringat balik mimpi2ku itu… aku terus menangis mcm paip sinki terbuka. Roomate aku pun pelik aku bangun terus menangis. Aku tak tahu rasa happy atau sedih tapi aku tahu rasa bersyukur

Aku bersyukur mendapat hidayah dpd Allah S.W.T utk berubah. Dan mimpi itu tetap menjadi ingatan segar bagiku walaupun dah berbulan lamanya. Aku sedar skrng aku mesti menghadapi ujian di dunia ini untuk ke tempat itu.

Terima kasih ya Allah.

– -lisa-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit