Minat dan Passion Pelik II

Salam semua. Saya tahu mungkin ada di kalangan anda yang kenal saya melalui post saya yang pertama tapi tak apa kalau tak ingat saya sebab post saya yang pertama tu adalah beberapa tahun dulu.

Mungkin ramai yang dah lupa pun takpelah. Tapi kalau nak kenal saya melalui post yang pertama tu boleh rujuk link di bawah ni,

https://iiumc.com/minat-dan-passion-pelik/

P/s: Post ini mungkin agak mengarut bagi sesetengah orang, sila baca dengan hati terbuka. Terima kasih.

Sejujurnya saya agak terharu sebab ramai reponden yang memberi respon yang kelakar dan unexpected terhadap post pertama saya dan terhadap minat saya tu. Tak mengecam dan tak pandang serong.

Yelah lelaki minat dan sangat-sangat passionate pasal rambut panjang.

Bukan minat biasa-biasa, siap beli aksesori rambut bagai, siap ada channel youtube sendiri tentang rambut.

Tapi saya akui sebenarnya tahap minat saya tu agak ekstrem untuk seorang lelaki. Mungkin ianya biasa sahaja kalau saya ni perempuan.

Tapi sejak saya berkenalan dengan seorang perempuan ni (bukan tentang minat saya ni), saya perasan minat saya tu masih ada, dan saya selalu share dengan dia tentang macam2 hal, termasuklah minat saya yang pelik ni.

Awal-awal, dia kata dia pun minat juga, cuma dia mengaku dan saya pun nampak yang minatnya tak se-ekstrem saya. Saya tak kisah. Sebab kami share juga tentang macam2 benda lain.

Dipendekkan cerita, akhirnya kami menjadi lebih rapat dan kami ada perancangan nak serius hingga ke jinjang pelamin. Kami dah berkenalan dalam setahun enam bulan dan dah serius dalam setahun 4 bulan.

Cuma yang saya agak terkilan, saya selalu cakap dengan dia, kenalkan lah saya atau beritahu lah keluarga dia tentang saya. Tapi sampai sekarang, hanya adik perempuan dia sahaja yang tahu tentang saya.

Ibu bapa dia, adik-beradik lelaki dia yang ramai, dan kakak2 dia, semua tak tahu tentang saya. Itu sebab setiap kali saya hantar dia balik rumah lepas saya ambil dia balik kerja.

(Kami tak selalu jumpa, dalam 2,3 kali sebulan), dia selalu minta saya hantar dia jauh sikit dari rumah sebab taknak jiran2 dan keluarga dia perasan.

Saya kecewa sebab sekurang-kurangnya beritahu lah ibu tentang keberadaan saya tapi tak. Malahan saya dah beritahu ayah tentang dia ni. Menunjukkan saya nak serius dengannya.

Alasan dia kenapa dia taknak kenalkan saya lagi dengan ahli keluarganya adalah, RAMBUT SAYA. Yes, our protagonist.

Dipendekkan cerita, dia kata dia takkan bawa saya jumpa ahli keluarganya selagi saya tak potong rambut. Jangan beri nasihat “ikat je rambut” atau “sanggul rambut bagi kemas”.

Bagi kalian yang open-minded memang dijangka akan beri nasihat macam tu, tapi hakikatnya, saya memang selalu sanggul setiap kali keluar ke tempat2 awam, seperti yang saya cerita di post yang lalu.

Saya tak selesa nak lepaskan rambut macam Noh Salleh atau rock stars tu semua.

Bagi saya, biar saya seorang yang enjoy the pleasure of having long hair by myself, atau dengan orang2 tertentu yang sama passionate tentang rambut panjang, dan juga dengan pasangan in future.

Saya rasa walau macam mana saya sanggul kemas, berpakaian kemas seperti setiap kali ke pejabat, tapi bagi dia, ahli keluarga dia tetap tak akan terima saya. Atas sebab itu, lama-kelamaan saya dah kurang share dan bercerita tentang minat saya ni dengannya.

Sekarang saya banyak dengar apa yang dia nak bercerita, apa yang dia share, masalah dia di pejabat, dan akhir sekali baru saya akan cerita tentang minat saya juga, tapi minat saya yang lain, yang tak pelik (bidang kerja saya, techs, kereta, arts and stuffs, etc).

Tapi saya akan kurang dah bercerita dah tentang minat rambut saya yang pelik itu. Sebab entah kenapa, setiap kali timbul cerita tentang tu, kami akan berbalah, sentap, perli2 semua.

Tapi dia lebih banyak diam. Saya yang banyak perli2. Tapi takde sampai tahap maki-hamun atau tengking menengking sebab itu bukan saya. Tapi akhir sekali, tiada kata putus juga.

Lama-kelamaan saya akan minta maaf sebab saya buat masalah dan kami jadi okey macam biasa. Dan dia akan kembali bercerita hal-hal dia, masalah dia, sakit-sakit dia, masalah dia di pejabat, dan sebagainya.

Kadang-kadang sampai satu tahap, saya dah tak minat dah nak cerita apa-apa dah pasal diri saya sendiri sebab kadang-kadang saya rasa tiada apa dah yang menarik tentang saya.

Minat pelik saya tentang rambut tu saya masih teruskan, tapi sendiri-sendiri sahaja. Tengok haircare atau hair growth tutorials di youtube, Instagram dan sebagainya.

Share tentang passion saya dengan mereka-mereka yang sama passionate tentang long hair stuffs juga. Saya dah tak share dengannya sebab saya tahu kami akan bergaduh.

Dia juga tak share tentang penjagaan atau masalah rambutnya juga sebab dia memang tak minat. “memang minat tapi tak mendalam macam minat awak”, katanya. Maknanya tak minat lah tu sebenarnya.

Saya memang tahu saya akan potong rambut ni, cumanya tak tahu bila. Sampai satu tahap, saya ke unit kaunseling di klinik kesihatan kerajaan, untuk nak minta pendapat dan pandangan tentang minat pelik saya ni.

Adakah ianya pelik yang ekstrem? Adakah ianya mental disorder? Adakah ianya sejenis fetish?

Sebab saya bukan passionate atas sebab sexual disorder atau apa. Jijik sekali kalau difikirkan. Tapi pegawai kaunseling tu kata tak sampai tahap itu dan dia tahu susah kalau saya nak buang secara drastik minat saya ni.

Dia kata, minat saya ni tiada masalah dan sepatutnya teman wanita saya ni sama-sama menyokong minat saya ni, CUMA, bukan pada saya,

Tapi pada dia (teman wanita) sebab dia perempuan, sebab minat tentang rambut ini lebih sinonim dengan perempuan. Saya akui itu. Tapi masalahnya, saya tahu dia tak minat sepenuhnya dan tak sedalam minat saya ni.

Langkah terakhir yang mungkin saya boleh buat ialah pergi jumpa ustaz dan mana-mana pusat perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Saya pun baru terfikir cara ni.

InsyaAllah mungkin dengan cara ni, minat pelik saya ni akan pudar dan hilang, dan seterusnya, saya boleh terbuka nak potong rambut ni,

Dan tiada expectation yang mengarut terhadap rambut bakal pasangan hidup saya tu nanti insyaAllah. Dan yang paling penting mungkin menjadi seperti manusia yang normal.

Sekian sahaja confession saya yang mengarut ini. Terima kasih. Sebarang komen dan pendapat amat dialu-alukan.

– LHPassion (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *