Minat KPOP Masuk Neraka?

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan confession aku dan terima kasih juga kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca. Aku harap korang dapat baca dengan fikiran yang terbuka.

First of all, KPOP. Ataupun full name dia korean-pop. Memang dah jadi satu trend dan satu kegilaan buat para remaja masa kini bahkan ada juga orang dewasa mahupun budak-budak kecil yang dah jadi addicted dengan kpop. Kpop, tak kisahlah k-drama, k-songs or etc asalkan ia adalah benda yang menjurus kepada hiburan. To be honest, aku pun salah seorang peminat kpop dan pernah menjadi seorang hardcore fan suatu masa dulu. Note book aku penuh dengan gambar artis korea, lirik lagu. Laptop aku jangan ceritalah memang most things adalah korea, tak kisahlah sama ada drama, music video, variety shows, pictures dan banyak lagi.

Dan aku sebenarnya tulis confession ni untuk cerita sikit pengalaman aku sepanjang minat korea dan aku harap kpoppers ataupun bukan kpoppers kat luar sana boleh ambil pengajaran. Cerita first ni, someone pernah cerita kat aku. Dia ada sorang kawan yang memang gila hardcore fan kpop. Boleh dikatakan setiap masa dia akan nyanyi lagu kpop even though sebutan dia tunggang langgang ataupun dia tak faham langsung maksud lagu tu.

Nak dijadikan cerita, suatu hari Ustaz dia nak buat hafazan. Bila dia start nak baca surah tu, tiba-tiba otak dia blank. Dia terus tak ingat apa-apa dan yang dia ingat hanyalah lagu korea. Dan tak silap aku memang dia dah hafal surah yang sepatutnya dia hafal tu tapi tak tahu kenapa tiba-tiba dia tak ingat apa-apa. Lepas tu dia tak jadi buat hafazan and ceritalah kat kawan aku ni. Dan kawan aku ni macam dah dapat agaklah mungkin salah satu faktornya adalah sebab mulut dia selalu sebut dan nyanyi lagu-lagu kpop berbanding membaca ayat Allah.

Sebenarnya adalah lagi aku nak cerita. Tapi untuk cerita ni, mungkin ada certain orang akan pandang remeh tapi bagi aku this is important. Tak salah kau nak minat korea, tapi kena berpadalah. Jangan sampai buat kau terleka dan masa kau terbuang macam tuje. Aku pernah rasa dan aku memang betul-betul menyesal. Aku tak kisahlah kalau lepas ni ada orang nak say harsh words kat aku tapi aku cuma nak nasihat.

Ada juga orang yang sanggup berhabis duit beli album kpop, datang konsert semata-mata nak tengok artis kegemaran diorang depan mata walaupun hakikatnya boleh nampak artis diorang tu sekecil semut je *ok ni lebih*. Bahkan ada juga yang sampai sanggup bergaduh dengan non-kpoppers kat media sosial sebab kononnya si non-kpoppers ni duk kutuk artis kegemaran diorang. Eh tolong sedar ! Jangan buang masa korang dengan benda tu semua. Bukannya korang dapat apa-apa benefit pun sebab backup artis korang tu bermati-matian.

Cerita yang kedua pula. Kadang-kadang lagu korea ni ada unsur-unsur yang mungkin bertentangan dengan agama kita. Jadi kalau boleh yang minat lagu korea ni, tolonglah fahamkan lirik tu dulu before korang nak minat or nyanyi. Takut tanpa kita sedar akidah kita boleh terpesong dan iman kita boleh terbatal hanya sebab perkataan yang kita sebut tu. Sebenarnya bukan lagu korea je tapi lagu barat pun sama. Banyak lagu yang mengajak kepada melakukan seks, sebut harsh words, tentang agama dan sebagainya so beware.

Baik sekarang ni, korang muhasabah diri fikir dan rancang masa depan korang. Benda tu lagi penting untuk korang daripada layankan sangat diri dengan segala benda ni. Sekali lagi aku cakap, boleh je kalau nak tengok drama, dengar lagu, tapi berpadalah. Manage your time wisely. Apa yang penting, kita hidup ni untuk mecari keredaan Allah. Ada satu hadis Rasulullah sebut, lepas kurang macam nilah maksudnya,

“Di akhirat nanti manusia akan bersama dengan orang yang mereka cintai” (boleh search untuk lebih lanjut aku lupa yang penuhnya)

Cuba korang fikir, tak nak ke korang berada dalam satu kelompok yang sama dengan Rasulullah? Yang boleh bagi syafaat kat kitorang. *Apa yang aku tulis ni pun sebagai nasihat untuk aku*. Takkan kita nak satu kelompok dengan artis-artis(tak kisah korea, barat, local etc) yang tak boleh tolong kita sewaktu kat sana nanti? Renungkanlah.

Mungkin itu je yang aku nak kongsikan. Kalau apa yang aku sampaikan ni ada mengguris hati sesiapa, aku mohon maaf dari hati paling dalam sebab aku pun pendosa, yang tak pernah berhenti melakukan dosa. Cuma apa yang aku nak, kita sama-sama berubah cuba jadi yang terbaik. Apa yang aku sampaikan ni pun bukan hanya untuk kpoppers tetapi untuk kita semua yang kadang-kadang terlalu leka dengan nikmat dunia yang sementara dan permainan syaitan yang mengasyikkan ini.

Terima kasih :)

– Goblin’s Bride

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit