Aku ada sebuah cerita yang aku mahu ceritakan. Cerita ini sudah lama aku pendamkan dalam diriku dan tibalah masanya untuk aku menceritakan.
Dari kecil, aku menimbulkan sebuah minat atau satu tarikan terhadap satu objek dari zaman kanak-kanak. Objek yang aku maksudkan adalah memakai pampers.
Aku tertarik dengan daya untuk memakai pampers. Aku tidak dapat meluarkan apa perasaan aku saat memakai pampers, tetapi aku merasa amat tenang dan gembira pabila aku memakai pampers.
Aku merasai hidup aku tidak ada rintangan yang aku harus rempuh. Itulah rasa2 yang aku dapat merasakan bila aku memakai pampers.
Aku tidak pasti bila minat itu timbul tetapi aku rasa, ia bermula pada waktu aku masih kecil. Aku datang dari keluarga yang biasa dan tidak ada kejadian pada waktu aku kecil yang boleh jadi sebuah trauma.
Orang tua semua baik2 orangnya dan aku bersyukur mereka membesarkan aku dengan sempurna.
Selama hidup aku dari kecil hingga ke remaja aku kurang pasti mengapa aku ada minat terhadap memakai pampers.
Tetapi aku ada buat kajian melalui google dan minat ini bernama Adult Baby Diaper Lover (ABDL) atau minat ni dipanggil sebagai Sindrom Bayi Dewasa.
Sindrom Bayi Dewasa merupakan perilaku seks luar biasa yang melibatkan seseorang lelaki atau perempuan bertindak atau melakukan role-playing sebagai bayi.
Beza AB dengan DL adalah AB ni dia nak jadi dan dilayan macam baby, pakai pakaian baby, minum susu dalam botol, nak dimanja-manja oleh pasangan.
Kalau DL pulak lebih suka pakai pampers yang menyebabkan keinginan seksual mereka meningkat. Tapi tak mustahil kalau ada yang mengalami dua-dua perkara ni.
Aku boleh di katakan aku seorang Adult baby (AB), aku mahukan layanan seperti bayi yang harus di uruskan oleh seorang ibu.
Umur aku sekarang telah lanjut ke 22 tahun dan aku masih sekolah. Aku juga ada perniagaan kecil.
Dengan perniagaan yang kecil aku dapat hidupkan kehidupan fantasi aku sebagai seorang bayi pada waktu malam dan tertentu.
Setiap malam aku akan memakai pampers yang dibeli online, ia bergantung, ada pampers dewasa aku ada corak seperti bayi, ada yang tidak bercorak.
Selepas memakai pampers aku akan bancur susu yang swam di dalam botol susu aku. Itulah routine aku setiap malam. Keesokan harinya, pampers aku akan basah dan penuh kerana aku mengompol.
Aku berniat hendak hentikan minat ini tetapi agak susah kerana ini sebagai terapi untuk diri aku. Aku juga telah bertunang dan aku belum memberitahu Rahsia aku ini kepada tunang aku.
Aku sedar, pekara ini amat rumit untuk aku terima dan susah untuk tunang aku terima. Maaf kalau cerita aku yang aku ceritakan adalah satu pekara yang jijik kepada pembaca.
– Amin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya pun sama.macam awak tapi saya DL
live
Ye Dl jgk , entah lah masih bujang lagi. Harap dpt istri yg memahami . Kalau tgk abdl luar mmg ada yg agak berlebihan, so nk bg reference dkt partner pon takut