Terima kasih admin confession sebab siarkan artikel saya.
Gelarkan diri saya Puteri berumur 27 tahun. Dan ada planning untuk kahwin tapi ada masalah wali.
Saya baru 2 tahun kehilangan ayahanda tercinta. Jadi ikutkan wali jatuh kepada adik beradik lelaki kan?
Isu nya dekat sini, adik beradik lelaki tu tak nak jadi wali sebabkan ada perselisihan telah berlaku antara kami sehingga kan dia seolah-olah bersumpah taknak jadi wali. Macam over je tapi tulah kejadiannya.
Intipati permasalah kalau boleh saya nak elak cerita sebab aib walaupun pembaca tak tahu saya siapa.
Dan walaupun ruangan confession ini untuk meluahkan tanpa rasa membuka aib dan tujuan hanya meluahkan semata-mata tapi tetap saya tak selesa untuk buka.
Minta maaf kalau ada yang confuse, pelik dan rasa buang masa baca ni.
Saya ada bapa saudara yang masih hidup juga, adik ayah saya.
Boleh ke saya pilih bapa saudara sebagai wali saya walaupun masih ada adik beradik lelaki yang lain?
Perlu ke saya buat surat mengatakan adik beradik lelaki taknak jadi wali dan minta tanda tangan mereka pada surat tu? Kalau ada lebih dari seorang, perlu minta tanda tangan semua ke?
FYI saya ada beberapa adik beradik lelaki dan beberapa adik beradik perempuan.
Belum pernah lagi anak perempuan ayah saya berkahwin, yang dah kahwin semua anak lelaki, jadi saya taktau macam mana flow untuk pemilihan wali ni.
Note: isu berlaku bukan hanya saya seorang, kakak adik saya juga terkesan sama. Kira kata perselisihan antara adik-beradik lelaki dan adik-beradik perempuan.
Kalau boleh saya tak nak focus dekat isu ni, saya cuma nak minta pandangan dan pengalaman peribadi pembaca untuk saya mendapatkan wali dan boleh berkahwin mengikut undang-undang negara.
Saya ada dengar cerita kawan ada yang mengalami masalah lebih kurang sama dan memilih berkahwin di negara jiran. Jadi saya tak nak buat macam tu.
Mohon bantuan pencerahan dan pandangan.
Terima kasih banyak-banyak dan doakan kami boleh berbaik.
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awak pegi ke pejabat agama tempat awak, tanya kt sana, boleh dapat jawapan yang tepat dalam masalah wali ni
PATUT BENDA MCM NI TANYA KT PEJABAT AGAMA SANA . KATA TK NK BUKA AIB TAPI BUAT JUGAK HADUUUUHHHH APE LA