Bismillahirrahmanirahim
Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke 13 Ramadhan. Aku pun tak tahu nak tulis macam mana sebab ni kali pertama aku hantar ‘confession’ dekat sini. Tapi aku harap yang baca ni dapat faham apa aku nak sampaikan:)
Semua manusia ada kehendak masing-masing kan? Tapi kadang-kadang apa kita nak tu kita tak dapat macam yang kita mahu. Tapi kita wajib yakin bahawa kita ada Allah, Tuhan Yang Maha Memiliki alam ini dan Yang Tiada Batas dalam memakbulkan doa hamba-hambanya. Semua yang terjadi di alam ini atas KehendakNya, maka selayaknya kita hanya meminta dan mengadu kepada Dia, Tuan Empunya Seluruh Alam ini, kita ni makhluk je. Kene yakin pada Allah.
Aku pun manusia biasa yang tak terlepas diuji. Tapi aku tak dapat cerita aku diuji macam mana. Cuma ujian tersebut buat aku makin kenal Allah dan makin yakin dengan Allah. Normal lah kan bila kita diuji, kita akan rasa ‘down’ dan ‘lost’. Rasa macam tak guna dah hidup. Tapi istighfar balik bila rasa macam tu sebab semua tu terjadi atas KehendakNya.
Apa yang aku nak share dekat sini ialah, bila aku makin dekat dengan Allah, Allah bagi balik apa yang aku harapkan tu. Dan aku perasan hampir semua doa aku dimakbulkan Allah walaupun ada lagi yang tak dimakbulkan, tapi aku yakin Allah akan bagi bila tepat masanya nanti.
Aku share apa aku dapat drp ustaz2, dan juga drp org2 yang confess dkt sini jugak:) Moga dapat manfaat.
1. Solat sunat Qobliyah 2 rakaat sebelum subuh.
Rakaat pertama lps fatihah, baca Surah Al Insyirah, rakaat kedua baca surah Al Fil. Rasulullah pun ada bersabda:
“Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya. ”
Korang amalkan dan dengan izin Allah Ya Zohir Yang Maha Menampakkan, korang akan nampak manfaatnya dlm hidup korang.
2. Sedekah subuh
Ni aku dengar daripada Sheikh Ali Jaber, amalan sedekah subuh mmg ajaib dan mujarrab. Buat satu tabung, letaklah seikhlas hati setiap kali lepas solat subuh. Masa nk letak tu, niatkan apa yang korang semua hajatkan. Dengan izin Allah, Allah akan kabulkan. Dan lps cukup seminggu atau sebulan, korang sedekah lah duit tersebut pada anak2 yatim atau masjid atau sesape sahaja:).
Satu lagi cara, setiap hari korang transfer online pada mana2 tabung kebajikan, cth mcm Tabung Syria ke, Gaza ke, Yayasan Mujamma’ Hadis ke atau mana2 yang memerlukan:). Sangat ajaib.
Amal dan korang akan dapat hasil. Kita kene ingat, bila kita sedekah, kita takkan pernah rugi. Malah sedekah ni ubat kepada semua perkara. Ada yang sembuh penyakit asbab sedekah, doa makbul asbab sedekah, dapat anak asbab sedekah dan macam2 lagi. Korang kalau tak sempat pegi majlis ilmu, cuba search dkt youtube manfaat sedekah, ada banyak dekat situ. Very inspiring:)
Dan kalau aku nak study tp rasa ‘down’ teringat ujian2 yg menimpa aku, aku akan masukkan duit dlm tabung sedekah atau transfer lah pd mana2 yg memerlukan. Lps tu aku doa moga2 asbab sedekah tu, Allah mudahkan aku nk study:) Alhamdulillah mujarrab.Aku jwb exam pun mudah je, apa aku study semua masuk, walaupun aku ‘lost’ sangat2 masa tu.
Kalau nak cerita manfaat sedekah ni, banyak sangat bnda baik yang Allah bagi pada aku semula, tapi aku cerita lain kali eh:) Tapi korang amal tauu, nanti korang sndiri akan dpt manfaatnya. Sedekah setiap hari.
3. Yasin selepas subuh, mathurat.
Ni aku ada baca ada org confess dkt sini lah, dan aku buat. Aku tulis semua hajat aku dan aku doa lps smpai ayat kun fayakun tu. Dengan izin Allah, banyak petunjuk aku dapat, doa makbul, urusan aku dimudahkan Allah dan banyak lagi. Mathurat jangan lupa baca:) Lps hajat kau makbul, jangan tak amal plak tau:)
4. Surah ad-Dukhan
Ni aku dgr ustaz bagitahu, sesiapa yg baca surah ni akan didoakan 70,000 malaikat pada malam harinya. Maksudnya mcm ni,kalau baca surah ni siang, 70ribu malaikat akan doakan keampunan kau pada waktu malam. Begitulah sebaliknya. Amal tau surah ni:) Doa pun senang makbul sbb malaikat pun doakan kau sekali. Ustaz kata doa org tak makan haram ni mustajab, ni malaikat yang doakan kita wei.
5. Solat dhuha dan tahajud
Jangan pernah tinggal solat dhuha tau. Biasa aku buat 6 rakaat tapi kalau aku tak sempat aku buat 2 rakaat je tp janji jgn tinggal. Byk manfaatnya. Waktu dhuha juga adalah waktu yg amatt berkat. Nanti kau akan nampak rezeki kau mencurah-curah. Dan aku sendiri pelik. Daripada mana dtgnya semua rezeki tu. Allah sebak plak rasa. Tp jangan lupa, ada mak ayah, keluarga, anak2, anggota badan yg sihat juga adalah rezeki. Bukan wang ringgit je :) Lepas solat dhuha ni bacalah surah al waqiah dan juga surah2 lain dlm Quran.
Dhuha ni mmg pasangan dia tahajud. Cubalah bangun tahajud, 2 rakaat pun jadi. Selama ni aku dgr je org cerita tp bila buat sndiri baru tahu mmg ajaib! Masa ni lah nak mengadu dan berdoa sungguh2 panjang2 dgn Allah. Wallahi kau sendiri akan menangis dan inshaAllah semua hajat akan Allah terima:)
6. Zikir
i.Korang cuba search dkt youtube ceramah prof dr maseri. Ceramah beliau byk tentang Asma Allah dan cara beramal. Demi Allah, bila aku amal aku dpt rasa perubahan dalam diri aku.
Salah satu nya, bila exam, aku tak dpt nk fokus study semua sbb aku asyik terfikirkan masalah aku tu walaupun aku tak nk fikir pun. Aku mengadu pada Allah dalam solat dan sebelum study aku doa; Ya Allah Ya Nur Ya Hadi Ya Haq Ya Bari’, Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Memberi Jalan Penyelesaian, aku mohon Ya Allah kurniakan lah aku ilham bahagian mana yg aku perlu tekankan utk study. InshaAllah kau akan dpt ilham.
Tapi cara kau nk beza tu ilham fasik ke tak, kene amallah zikir tu selalu, kene bangun malam. Bila nak jwb exam plak, aku doa Ya Allah Ya A’lim Ya Hakim Ya Rashid Ya Barri’, alirkanlah kebijaksanaanMu kepadaku utk aku jwb semua soalan ni. Aturlah Ya Barri’ supaya aku dpt jwb dengan betul. Kalau nak cerita keajaiban Asma’ Allah ni pun mmg mujarrab. Kene amal. Kene yakin. Dengar selalu ceramah prof maseri tu tau.
ii) Amalkan zikir Subhanallah Wa Biham dihi Subhanallah Hil Adzhim. Ustaz Abdullah Khairi kata, amal zikir ni . Allah sayang dan manusia pun sayang. Korang cari kisah pembuat roti dgn Imam Ahmad yang semua doa dia makbul asbab zikir ni. Selawat atas nabi jangan lupa. Sebab selawat ni Demi Allah besar manfaatnya selain kita akan dpt syafaat Nabi di hari akhirat. Amal selawat biasa tu atau selawat tafrijiyyah. Allah dan malaikat akan turut selawat atas kita. Zikir Nabi Yunus jgn lupa amalkan juga sebelum berdoa. Haa lupa, istighfar jangan lupa supaya Allah ampunkan semua dosa kita.
Zikir2 ni semua bukan hanya atas sejadah kita boleh buat, tapi bila2 masa dan di mana sahaja. Masa tengah drive, otw nak pegi kelas atau kerja, tgh masak, jemur kain, tgh study, sapu sampah dan bila2 masa je. Drp kita mengumpat, baik lidah ni sebut kalimah2 Allah. Pahala dpt, hajat kabul, dosa terampun.
7. Doa
Kita kene ingat, kita ni hamba je. Jadi apa2 kita nak kene mintak pada Allah. Sebelum doa tu, kene istighfar dulu, mintak Allah ampun dosa. Mula2 kene mintak utk kehidupan akhirat seperti mudah dihisab, mudah titian sirat dan sebagainya. Lepas tu baru mintak utk hajat dunia;) Korang boleh masukkan Asma’ Allah yg sesuai masa berdoa. Tutup doa dengan istighfar dan selawat.
Jangan terlepas waktu mustajab doa. Cthnya antara azan dan iqamah, hari jumaat, sebelum berbuka puasa, waktu sahur dan waktu tahajud sepertiga malam;) Ni bulan puasa ustaz Ebit Lew kata 24 doa makbul. Yelah sebab Allah buka seluas luasnya pintu rahmatNya bulan puasa ni. Jangan terlepas peluang tauu ! Moga kita akan dapat beribadat malam lailatul qadar juga. Aamin.
Jangan lupa sentiasa yakin dan bersangka baik pada Allah. Kita kalau mintak dgn manusia pun manusia bagi, tu pun kadang2 org fed up sbb asyik2 kite je mintak. Tapi kita kene ingat, kita mintak pada Allah Yang Maha Baik, Yang Maha Kaya dengan Sifat Ar Rahman Ar Rahim, Allah akan bagi. Makin kita mintak makin Allah suka! Kene yakin tu.
Tapi walau mcm mana pun, semua amalan tu kite kene ingat supaya Allah redha akan kita juga, bukan semata mata sebab nk mintak sesuatu:)
Aku mintak maaf kalau ada aku tersalah tulis dlm confession aku ni. Kalau yg tak berapa faham pun aku mintak maaf sngt2. Aku doakan semoga Allah mudahkan dan makbulkan semua hajat korg yg sudi baca confession ni. Tolong doakan aku sekali ye supaya bisnes aku makin maju, urusan jodoh aku dgn lelaki yang aku harapkn mudah hehe , kewangan keluarga aku kembali stabil. Semoga semua hajat aku yg belum tertunai Allah akan kabulkan.Moga2 semua doa itu akan berbalik pada korang juga. Allahumma Aamin. Salam ramadhan:)
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit