Minta Pendapat Sebelum Beli Rumah

Hai Assalamualaikum. Nama aku Nona. Umur hujung 20an. Surirumah merangkap homebakers. Menetap di Petaling Jaya.

Berbalik pada tajuk, aku nak minta pendapat mengenai jual beli rumah. Aku sekarang tengah blur so otak macam tak berkembang sangat nak fikir secara rasional, sebab tu aku perlukan pendapat.

Mak aku baru2 ni dah bersara (kerajaan) dan dia dapat duit daripada kerajaan dalam 150k (hadiah berkhidmat). Aku tak tahu istilah yang betul apa.

Lepas dia dapat duit tu dia call aku, dia cakap dia berhajat nak bagi duit tu sorang sikit dekat kami adik beradik tapi bukan secara cash, which is dia nak hadiahkan duit tu as deposit untuk kami adik beradik beli rumah.

Aku dah cakap aku tak nak tapi mak aku nak bagi jugak. Mak aku cakap jangan cakap taknak sebab tu hadiah yang dia nak bagi sebab duit tak boleh bawak mati.

Aku pun ye kan aje lah. Tak beriya sangat pun sebab aku bukan sejenis mata duitan, gila harta etc sebab aku boleh cari duit sendiri.

Aku ingat lagi ayat mak aku dalam phone tu, dia cakap kalau boleh cari rumah landed jangan rumah flat. Mengenai duit deposit mak aku kata cakap saja berapa, mak aku bayar.

Dan mak aku cakap lagi dia akan tambah duit cash jika perlu untuk jadikan bayaran bulanan rumah tu rm1k kebawah. Memang jelas ingatan aku itulah ayat yang mak aku cakap. Suami aku pun dengar.

So masani aku tak terfikir langsung nak tanya bajet mak aku nak bagi aku berapa sebab dah dia kata ‘cakap saja berapa, dia bayar’. Then aku assume mak aku tahulah kos beli rumah kena ada 10-15% deposit sebab mak aku pun pernah beli rumah.

Bila dah mak aku cakap macam tu, aku and suami pun hunting la rumah plus kiteorang pun cek loan berapa yang boleh pinjam dekat bank. Untuk gaji suami aku loan lepas dalam 250-270k sahaja (tak termasuk kos deposit rumah dan kos bayaran lawyer 10-15%).

Faham2 jela dekat Petaling Jaya ni mana ada rumah landed bawah 300k. Semuanya 350k keatas. Untuk rumah baru pula starting 390k keatas.

Aku ajak laki aku cari dekat Semenyih, Sepang, Klang, Puncak Alam atau Pulau Indah sebab dekat sana landed 220-250k dah boleh dapat, tapi laki aku taknak dia kata jauh dari tempat kerja. Susah nak balik kalau jadi apa-apa.

Bila aku dan suami dah survey2 iklan daripada pelbagai sumber apps, jumpa lah 1 rumah landed ni harga 310k dekat PJ ni. Which is tu memang paling murah lah. So kami pun turun padang la jumpa ejen and tuan rumah untuk tengok rumah dan bincang2 apa yang patut.

Bila tengok rumah tu memang puas hatilah besar dan kejiranan pun ok. Aku pun send la gambar rumah dekat mak aku. Mak aku kata ok proceed. Kemudian Aku pun submitlah quotation dekat mak aku.

Yang mana kos deposit 15% + kos guaman jumlah keseluruhan lebih kurang rm50k. Tu pun aku cakap lagi kalau rasa 50k tu banyak aku tak proceed la dengan rumah tu sebab dekat PJ ni memang tak dapat landed harga murah2.

Plus aku rasa 50k tu memang banyak. Aku pun tak nak lah menyusahkan mak aku. Dah atas permintaan mak yang kan nak rumah landed mcm aku cakap dekat atas tadi.

Mak aku cakap ok nanti dia bincang dengan bapak aku dulu. Tapi after bincang2 mak aku macam berat hati pula. Dia tak cakap lah yang dia berat hati tapi aku dapat agak based on ayat n suara mak aku.

Lepas 2 3 hari aku call balik mak aku, aku tanyalah betul2 sebenarnya mak ikhlas nak bagi Nona berapa. Bajet mak berapa sebenarnya. Mak aku pun dengan beratnya cakaplah yang bajet dia 20k.

Which is bercanggahlah dengan apa yang mak aku cakap mula2 cakap tadi. Then mak aku cakap cuba cari rumah flat tapi murah2 dulu. Aku pun ok saja dah mak aku cakap macam tu. Mesti ada sebab lain.

Aku rasa mak aku ok saja kot nak proceed dengan 50k tu cuba bila mak aku bincang2 dengan bapak aku yang aku ni dah la surirumah, dah sah2 lah loan n rumah atas nama suami aku.

Sebab niat mak aku, mak aku nak rumah atas nama anak dia lah kalau boleh. Misalkata jadi apa2 ada tempat berteduh.

Walaupun suami aku ni suami yang baik sangat2, keluarga mertua pun baik tapi yela kan suatu hari nnti apa yang terjadi kita tak tahu. Plus bapak aku ni memang protective sikit.

Makcik aku kematian suami pun, ramai gak lelaki risik2 dekat bapak aku nak kahwin dengan makcik aku memang bapak aku reject sebab kebanyakannya alasan sebab isteri busy kerja. Dan semua yang risik tu suami orang. Bukan duda atau bujang.

Nak tak nak aku kena beli rumah ni jugaklah dah tu niat mak aku nak bagi duit tu untuk beli rumah.

So dekat sini aku nak minta pendapat lah, kalau bajet mak aku 20k sudah tentu aku hanya boleh beli rumah flat 150k sahaja dekat kawasan PJ ni. So dengan rumah 150k apa yang patut aku buat untuk jana pendapatan lebih.

1. Rumah flat 150k keluasan 600-650sq kalau beli memang aku takkan duduk rumah tu sebab rumah sewa yang aku duduk sekarang keluasan dia 900sq ada tiga bilik semua besar2 sewa hanya RM700 saja sebulan.

Plus aku homebaker, barang2 baking aku sahaja dah banyak sangat2. Bilik ketiga tu memang besar aku jadikan ruangan khusus baking, tak kacau ruang tamu dan dapur.

Kalau family dari kampung nak datang pun sangat2 selesa, nak buat makan2 pun luas dan view serta environemnt pun cantik.

Berbanding dengan rumah flat keluasan 650sq memang tak muat nak letak barang2 baking aku. Loyang saja dah 50pcs++ belum lagi oven besar, pengukus besar dll.

Family nak datang tidur pun sempit. Nak buat makan2 pun sempit. So tu sebab aku n suami fikir takkan duduk rumah tu (buat masa ini).

2. Rumah flat 150k keluasan 600sq, bayaran bulanan ke bank lebih kurang RM550/month. Kalau buat rumah sewa ke orang lain jadi RM650/month. So bulan2 ada lebihan RM100. Berbaloi atau tak?

3. Aku ingat nak buat bilik sewa, dah bila letak harga aku takut orang kata aku kapitalis. Hahaha.

4. Atau patut ke aku beli rumah tu untuk buat homestay sahaja.

5. Atau korang ada lain2 pendapat yang korang boleh nyatakan bagi minda aku terbuka sikit.

Harap tak adalah yang kecam, sebab aku tengah fasa blur sekarang effect pembawakan baby mungkin. So sekarang memang aku tak dapat berfikir secara rasional. Thanks.

– Nona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *