Minta Rejection Selepas Confess

Aku pernah ada orang yang ku sukai selama 4 tahun dan waktu itu aku baru masuk form 3. Sekarang dah masuk 2nd year kat uni dan tahun kedua juga aku dah move on daripada dia.

Jadi, tahun lalu aku cuba untuk follow dia di IG sebab nak pastikan aku ni dah berjaya move on atau tak. Dan lama-kelamaan aku perasan yang diri aku masih ragu² tentang dia yang aku rasa mungkin aku masih ada perasaan dekat dia.

Dia telah menyambung pelajaran di uni lain dah setahun lebih tua memandangkan dia merupakan senior aku di sekolah menengah. Fizikal dia tidaklah menjadi sebab utama kerana dia hanyalah seorang pemuda yang 153+cm manakala aku 163cm.

Aku cuma suka dia kerana peribadinya yang sangat menonjol dalam batch dan sangat suka berdakwah. Itu merupakan ciri-ciri lelaki yang aku suka walaupun dia terlihat banyak kekurangan berbanding rakan2 pengawasnya yang lain.

Ok masuk topik utama,

Hampir seminggu lalu juga aku cuba menjernihkan fikiranku tentang move on daripada dia. Aku telah bertekad untuk tidak menyukai sesiapa setelah ini sehinggalah tiba waktu yang tepat.

Oleh sebab itu, aku berfikir adakah betul tindakanku untuk cuba mesej dia di IG dan meminta dia membuat ayat rejection supaya aku dapat move on dengan lebih mudah tanpa berharap dia menyukaiku (sebab 2 tahun lepas aku move on pun sebab dapat tau yang dia ada suka someone).

Aku meminta pendapat kawan rapat tentang idea aku. Dia bertanya adakah aku yakin dia akan menolak terus atau dia sebenarnya juga pernah suka padaku (aiseh ayat dah boleh buat novel hshs).

Lepas aku kata yang aku yakin, so dia kata teruskan ja sebab dia rasa idea aku pun nampak macam menarik ja (1st time kunun dengar orang confess pastu minta reject).

Aku memang dah buat siap² la karangan ayat yang panjang kat phone, dahlah 1st time weh mesej dia sekali gus confess dan minta reject.

Dia punya deborr tu hanya Allah dan aku yang tau. Macam² pikiran muncul dalam kepala. Apa jadi kalau kawan aku cakap tu betul² jadi? Kalau dia seen je macam mana? Kalau dia reply esok macam mana?

Aku dah lah tengah semangat nak kena reject ni lah keluar semua seribu satu persoalan kat kepala. Kenapa sebelum ni tak terpikir pun benda tu. nak fikirkan balik, aku buat macam ni sebab apa?

Aku nak move on dan tak nak suka kat sesiapa, tak nak berharap ngan manusia, tak nak bercinta sebelum waktunya, tak nak mendekati zina.

Aku selalu doa setiap kali lepas solat, aku minta dijauhkan daripada mendekati zina.

Sedangkan “mendekati” pun dah dilarang (contoh: couple), apatah lagi berzina? So, dari situ aku bukatkan tekad. Malam tu aku terus send ayat karangan aku kat dia melalui IG sebab mana ada no phone dia, aku mana ada telefon sendiri dulu masa sekolah hehe.

Sementara tu, aku dengan gelabahnya terus offkan telefon dan terus turun kat dapur masak makan malam, tak nak fikir dulu pasal tu. Tapi masa tengah2 masak ni la pula aku punya kepala travel sampai ke alam jin dok pikir pasal reply dia.

Punyalah aku curious, so aku onkan balik phone tu dengan begegorrr tangan dia haaa…. Baru ko tau, macam ni perasaan orang yang nak confess.

Actually aku tak da la nak confess sangat. Cuma aku nak dia reject aku, so at the same time aku terconfess la secara indirect kan.

Masa aku sambil² masak tu dok tunggu dia reply, aku terlupa yang aku terhidekan notification sedangkan kat IG dah masuk mesej!!!

WATTT??? Aku dah la selalu tengok mesej orang kat noti. asal ko bengap sangat ni minah oiiiii. So aku nampak yang dia dah reply, aku terus buka DM dia. Dan ayat dia fuh… Panjang mat…

Aku punya ayat dah la penuh dengan Aku-Kau (sebab tak nak dia tercatch feeling). Sekali masuk dia punya ayat, “Wahai saudari Naylah” “Duhai muslimah solehah”.

Kecut perut aku wehhhh. rasa cam asal kasar sangat ayat aku niii. Awal2 tu dia balas, istighfar dan selawat dulu. Wei, kau jangan reply sampai buat aku tercatch feeling balik woii, penat aku nak move on kalau macam ni. Pastu dia balas,

“Saudari, di usia sebegini eloklah kita mencari reda Allah dan Rasullullah serta kedua ibu bapa since kalau kita bercinta pun dikhuatiri akan membawa kita ke kancah zina, dan sungguh zina itu adalah jalan yang keji.

Wahai saudari, banyakkan lah selawat dan istigfar, tinggalkanlah maksiat kerana Allah kerana ia akan digantikan dengan suatu benda yang lebih bermakna.

Jika kita berjodoh, maka pasti pertemuan itu akan tiba, namun jika tidak, maka secinta mana pun kau padaku maka ianya hanya sia-sia.

Jaga Imanmu duhai muslimah solehah, akhir zaman ini banyak ujiannya. Moga Allah sentiasa menjaga kita, Doakan saya dan saya akan doakan kmu. Semoga dapat memenuhi kehendak saudari”

Lepas baca je reply dia, aku auto mengalir air mata. Part reda Allah dan Rasul tu aku memang dah bertakung dah air mata aku.

Ya Allah.. aku baru sedar, aku dah terlalu jauh daripada cinta-Mu dan Rasul-Mu. Aku terlalu lalai dengan hiburan dunia sehinggakan lupa yang Kaulah yang sepatutnya menjadi keutamaan.

Tetapi aku terlalu leka dengan mencintai semua yang “sementara”.

Nak kata yang aku nangis sebab dia reject tu bukan, tapi sebab ayat yang dia buat sangat menyentapkan hatiku. Sekian lama baru kali ini ada yang setulus dan selembut itu menasihatiku tentang reda Allah.

Adakah selama ini aku terlalu bangga dengan title anak ustaz ustazah sehingga tiada orang yang berani menegurku dan menasihatiku bahkan ayat yang tersangat sopan itu telah menyentuh hati ini.

Ya Allah, ujian apa lagi yang Kau cuba berikan? Mengapa hatiku jadi semakin tergoyah dek ayat yang dia tuliskan untukku?

Setelah membaca balasannya, aku cuba sedaya upaya untuk membalas dengan ayat yang tulus dariku.

Pertama sekali, aku ucapkan hamdalah dan terima kasih atas nasihat tulus yang dia berikan serta aku mengaku yang aku sudah terlalu lalai dengan dunia.

Setelah perasaanku reda dan tenang, aku cuba menjernihkan pemikiranku dan membaca balik balasan dia hat panjang bakhang tu.

Tapi, kenapa tiada pun ayat yang secara direct yang dia reject aku? Ya, mungkin dia sengaja tidak mahu menggores perasaanku dengan ayat direct.

Tapi aku jenis yang direct, supaya aku boleh tahu lebih jelas, bukan ayat yang berlapis² dan dihiasi manisan madu. Lebih² lagi bila baca “jika kita bercintapun”,

Wait- aku tak kata yang aku nak bercinta ngan kau, mat dan langsung tak terlintas pun yang kau akan balas “jika kita berjodoh, maka pasti pertemuan itu akan tiba”, aku nak ayat rejection woii yang kaubagi harapan tu apasal.

Last sekali part “doakan saya dan saya akan doakan kamu” ni macam ayat nak kita jodoh sama2 je aku dah try hard auu nak move on dari mamat ni dan punyalah berharap dia bagi ayat yang jelas yang dia tak berminat ngan aku.

Tapi dia bagi ayat yang buat hati aku makin tergolek2 macam sate tu dah kenapa plissss..

Tapi takpelah, aku terpaksa cuba lagi untuk move on semove on move onnya buat kali kedua well.. nice try myself, baru kali ni ada keberanian nak minta rejection sekali gus terconfess aku tak harap pun dia akan jadi jodoh aku, sbb takut kitorang tak sekufu.

But, semua tu, jodoh, ajal, Allah yang tentukan. Boleh jadi ajal lebih dahulu datang daripada jodoh aku? Who knows? Yang baca ni pun boleh jadi masih single dan tak berani nak kena reject? Eh gurau²…

At least aku tak menyesal dengan keputusan ini. Aku harap dia dapat jumpa jodoh yang lebih baik dan solehah daripada aku yang beshe² je agama dia.

Siapa pun jodoh aku, aku harap dia ialah lelaki yang soleh dan mampu menjadi teman seperjuangan terbaik untuk seumur hidup aku nanti insyaAllah.

– Naylah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *