Minta Semangat

Assalamualaikum semua. Saya bakal bekerja setelah setahun berhenti. Tapi saya ada masalah sedikit untuk mulakan kerja ni. Saya bagi sedikit penerangan ya.

Dari saya kecil saya seorang yang lembab dalam segala hal. Masa sekolah rendah saya masuk kelas pemulihan sebab lambat membaca sampai saya darjah tiga. Masuk sekolah menengah walaupun duduk kelas kedua tapi tiap peperiksaan dapat nombor akhir.

Dah abis sekolah cuba sambung belajar tapi tak dapat nak tamatkan sebab masalah lambat dapat apa yang di ajar dan mula ada masalah konfiden diri yang sangat rendah. Lepas saya mula cari kerja, dapat la kerja sebuah kilang dekat sebuah kampung.

Masa kerja kat sini saya rasa diri saya sangat teruk. Kerja kilang ada target yang nak kena capai setiap bulan tapi saya hampir tak pernah dapat capai target tu. Kawan-kawan yang dah lama kerja kat situ mula pandang serong dan pinggirkan saya. Malah saya di asingkan tempat duduk dari kawan-kawan yang lain.

Setiap kali HOD turun ke kawasan saya mesti saya kena marah sebab selalu tak capai target. Perkara ni menyebabkan konfiden diri saya makin rendah. Saya selalu menangis bila balik kerja. Malah bangun pagi untuk pergi kerja pun saya menangis. Saya jadi malu nak bergaul dengan lain serta stress bila kawan-kawan mengata belakang saya.

Setelah 4tahun lebih bekerja di situ saya berhenti kerana tak sanggup lagi di marah oleh bos. Malah prestasi hujung tahun saya pun memang tak pernah baik. Sekarang saya bakal dapat kerja di sebuah pasaraya. Saya jadi sangat takut untuk mula bekerja.

Saya takut saya tak mampu untuk buat seperti mana yang di harapkan oleh majikan saya. Tapi saya perlukan pekerjaan ni demi membantu ekonomi keluarga saya serta untuk membayar hutang belajar saya. Saya sangat takut kalau saya kerja kali ni juga tak boleh nak puaskan hati bos saya. Bakal mengundang rasa terbeban di kalangan rakan saya.

Saya risau memandangkan zaman sekarang semua orang nak kena cergas dan laju. Kalau tidak memang akan ditinggalkan atau di pinggirkan. Bagaimana dengan nasib saya yang memang lembab dari kecil ni nak bersaing dengan orang lain. Mampu ke saya untuk sama dengan orang lain.

Saya takut tak boleh nak pikul tanggungjawab berkerja ni. Perasaan saya runsing sehingga buat saya migrain. Kalau tak kerja tak cukup duit untuk bayar hutang malah suami saya juga tak boleh berkerja normal akibat masalah kesihatan. Tolong saya.

– R

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *