Minyak, kerja dan officemate
Assalamualaikum semua yang sudi membaca confession aku ni dan terima kasih kepada admin iium post confession aku yang dah membelenggu aku sepanjang aku bekerja. Yang tahu kisah aku ni hanya parents aku je. Kenapa aku tak luah kat kawan-kawan aku? Okay nanti aku bagitahu selanjutnya kat bawah ni.
Aku nak mulakan dengan diri aku dahulu. Aku baru lepas grad bulan November tahun lepas. So nak dijadikan cerita aku dapat bekerja di sebuah syarikat pada pertengahan bulan Disember tahun lepas. So masa tu aku fresh graduate la kan. Aku interview berdua dengan kawan baik aku. Luckily kami berdua pun dapat kerja tu untuk replace 2 orang pekerja akaun syarikat yang dah berhenti kerja masa tu.
So sepanjang aku berkerja untuk 3 bulan pertama memang ramai yang guide aku. Office mates aku semua baik2 belaka. Masa 3 bulan pertama aku bekerja tu 2 orang pekerja akaun yang dah berhenti tu kerja part time malam kat syarikat aku bekerja ni sebab masa tu syarikat tak dapat cari lagi pengganti mereka berdua ni sampai la aku dan kawan baik aku ni datang interview dan diterima bekerja. So even aku dan bff aku ni dah bekerja dekat situ untuk 3 bulan pertama, 2 orang pekerja akaun part time still kerja situ sebab dorang nak guide kami dan ajar mana2 yang patut. So bagi aku tu ilmu baru bagi aku yang belum ada experience bekerja sebagai junior account dan aku bersyukur sangat mereka berdua tak lokek ilmu untuk berkongsi.
4 bulan lepas aku bekerja, salah seorang part time akaun malam nak masuk bekerja semula ke syarikat aku bekerja. So aku pendekkan la cerita sebab sebenarnya banyak masalah timbul masa dia cakap nak masuk semula ke syarikat. Sampai bos terpaksa berhentikan seorang fresh grad yang baru masuk tak sampai 2 minggu masa tu dan macam-macam hal lagi. So aku bagi nama part time akaun tu sebagai C la senang. Dia baik dengan aku dan banyak guide aku masa mula2 masuk kerja sampai la sekarang ni. Tak kedekut ilmu. Tanya apa je mesti boleh jawab.
Tapi ada satu perkara yang buat aku kurang senang dengan dia ni perihal MINYAK PETROL. Ye memang betul kata confessor sebelum ni “kereta tak berjalan atas dasar persahabatan”. Tak kesah korang nak cakap aku berkira ke apa. Tapi sebelum tu dengar penjelasan aku dulu.
Aku dan bff aku sama satu area rumah jadi pergi dan balik dia ikut aku tapi bff aku ni ade perasaan. Bulan pertama kerja dia bagi aku RM150 taw untuk minyak sahaja padahal bukan jauh sangat tempat kerja aku tu kalau tak ada jem boleh sampai 10 – 15 minit kalau jem 20 minit atau lebih baru sampai. Tapi aku refuse la sebab banyak sangat kot even aku tahu minyak ada naik turunnya. So aku ambil RM100 je. Tapi si C ni memang tak ada perasaan. Ye dia pergi kerja suami dia hantar tapi balik je dia ikut aku dan aku hantar dia. Aku tak ada la minta Rm100 ke rm50 ke. At least kau consider la sikit kalau aku berhenti kt station minyak bg rm10 ke rm5 ke jadi laa untuk 1 bulan.
Memang la jalan aku balik ke rumah satu jalan dengan dia tapi kau fikir la tak kan sikit pon kau tak nak bagi? Dan dia tumpang aku dari dia masuk kerja bulan 4 tahun ni sampai bulan 11 aku confess benda ni kat korang satu sen pon dia tak bagi kat aku weh. Aku tak kesah la korang nak cakap aku berkira ke apa. Sebab sebenarnya aku tak kisah pasal benda ni taw, sebab jenis aku bukan berkira tapi start aku accident dan ayah aku tahu siapa yang tumpang kereta aku dia tnya kawan aku yg C tu ada bagi kat aku ke duit minyak aku cakap la tak ada sebab dia tumpang waktu balik kerja je. Ayah aku terus merah padam bila cakap dah berbulan2 tumpang tapi sesen pun tak ade bagi.
Aku jenis seorang yang positif even ayah aku cakap kawan aku tu tak ada perasaan aku still kata tak apa la , tapi malam tu aku fikir balik apa yang ayah aku cakap semua betul. So aku tak tahu nak buat apa dan solution untuk settle hal ni. Sebab aku takut berterusan sampai bertahun-tahun lamanya. Sampai ke hari ni aku fikir positif dan sedapkan hati cakap anggap sebagai sedekah aku tiap2 bulan kat dia. Tapi positif aku ni kadang2 boleh jadi negatif juga sebab yela dia gaji 2kali ganda kot dari aku tapi perihal minyak yang baru berapa ringgit pun berkira nak bagi. Haha.
So untuk menjawab soalan kenapa aku tak beritahu kat kawan aku pasal benda ni sebab aku segan dan takut kawan aku cakap aku berkira hal2 benda kecik macam ni.
So pada korang yang tumpang kawan sekejap ke lama ke even nak pergi mall hulur la kat kawan korang tak payah banyak sikit pun jadi la. Kadang kawan korang tak cakap sebab dorang tak nak korang cakap dia berkira. Bila korang hulur kawan kau nak amek atau tak terserah dia. Actually bila kau hulur kawan kau akan rasa diri dorang dihargai sebagai kawan dan korang bukan seorang yang berkira. Dan biasa persahabatan yang macam ni akan kekal lama sebab saling menghargai antara satu sama lain.
-miss y
– Miss Y
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit