Misconception Confession ‘Malaikat Bumi Itu Wujud’

Assalamualaikum para pembaca budiman semua. Terima kasih kepada admin jika menyiarkan entry kedua aku.

Tujuan aku nak jawab semua pertanyaan di entry first, (https://iiumc.com/malaikat-bumi-itu-wujud/) dan miconception tentang arwah pak cik aku yang hati berlian tu, haha.

Sorry guys aku perlu betulkan salah dan keliru agar tak jadi fitnah pada arwah. Tak pasal² dosa aku merebak sepantas covid-19 sebab penulisan yang mengelirukan hangpa semua.

First of all aku gunakan metafora Malaikat bumi bukan malaikat di Langit. Jauh beza ya. Malaikat bumi bererti makhluk Allah di bumi yang banyak buat kebaikan kepada sesama.

Jangan serius sangat sehingga nak bandingkan arwah dengan malaikat yang tidak berbuat dosa, taat dan keimanan yang tinggi. Arwah tetap manusia yang tidak lepas dari kelemahan dan dosa. Once kita kagum dengan akhlak dan kebaikan seseorang itu pasti kita akan memanggil nama indah buat dia.

Contoh kalau dengar ceramah mesti korang sentiasa dengar ustazah kata bidadari dunia yang sering dituju kepada ibu yang melahir dan menjaga kita, srikandi yang berjihaf di jalan Allah atau wanita-wanita solehah di dunia. So apa bezanya dengan malaikat bumi or malaikat dunia untuk lelaki.

Aku berani gelar dia setinggi itu sebab arwah memang lain dari lain. Gelaran ni tak perlu jadi isu pun. Jujur sehingga sekarang sepanjang aku hidup 28 tahun ni tiada lagi klon akhlak dan peribadi serupa arwah. Anak² lelaki dia pun tak sama.

Betullah keimanan tidak dapat diwarisi. Mungkin ada tapi bukan rezeki aku. Tapi memang rare dah orang macam arwah zaman ni…

Zaman arwah masjid jadi pusat masyarakat. Aku sendiri suka datang masjid kalau arwah ada. Ramai yang suka bila arwah jadi imam berbanding tok imam sendiri.

Pernah suatu hari tu arwah jadi imam, start je dia baca Al fatihah aku tak tahu kenapa syadu sangat rasa nak menangis je, rasa macam tak nak solat berakhir, aku rasa lutut aku menggeletar. Kalau arwah tiada rasa masjid hambar je, macam tiada aura kebaikan.

Suatu hari tu batang hidung arwah tak muncul² solat nak start dah kitorang terpinga² kot la arwah datang sebab arwah ni best antara waktu maghrib dan isya beliau sering beri tazkirah pasal sirah anbiya. Berbunga hati kitorang nampak arwah jalan kaki dari jauh menuju masjid.

Kalau arwah ada kat rumah kitorang budak² mesti jadi behave dan disiplin. Tengah syok main kat luar rumah nampak kereta volvo hijau dia mesti laju kemas mainan dan masuk rumah. Nak terserempak pun takut, haha.

Abang² sepupu aku semua terkawal. Yang merokok, masih berlegar di rumah masa azan berkumandang, yang ponteng solat jumaat siaplah kalau kantoi. Rotanlah jawabnya. Rule ibadah kat rumah pak cik aku memang tegas. Terutamanya lelaki.

Bagusnya abang² aku ni dorang follow walau terpaksa, tak melawan, ada rasa hormat tinggi kat pak cik. Aura apalah yang arwah ada sehingga orang senang patuh setiap arahan dia. Kalau zaman ni dah kena bakor kot bagi arahan² tegas cam tu, haha.

Kalau arwah tengah tengok berita atau Al kulliyah kitorang nak lalu ruangtamu pun jalan belakang dia slow² kalau boleh tak nak ada bunyi. Memang sangat hormat kat dia tak nak dia terganggu.

Rumah arwah ni sangat besar. Rumah kampung tapi boleh memuatkan family yang besar. Kami banyak terdidik dengan cara arwah sebab bapa² kami semua hati lembut tak sanggup marah or tegur anak haha.

Aku rindu zaman makan dengan arwah. Kitorang duduk bawah ramai² susun memanjang arwah akan pimpin bacaan doa. Dia berusaha menghidupkan sunnah Nabi dalam rumah tu.

Time ramadhan aku tengok arwah akan pulun habis masa dia beramal dan beribadah. Dia balik pukul 11/12 malam sebab kena bertugas dia tetap disiplin bangun 4.30 pagi dan pergi surau. Dialah datang paling awal dan balik paling lewat dalam pukul 9 pagi nampaklah batang hidung dia kat rumah. Dah jadi habit dia dah.

Bila kitorang nak ke masjid semua masa azan subuh happy je tengok masjid berlampu, syahdu dengan alunan zikir. Rasa hening je subuh tu berjalan kaki di bawah kerlipan bintang dengan kabus yang sejuk.

Kebaikan arwah yang aku sangat berterima kasih dan sangat nak wish jika arwah masih hidup. Pernah suatu masa tu orang semua keluar. Tinggal aku, arwah nenek, arwah atok dan abang sepupu aku.

Tengah syok lepas mandi nak pakai baju kat bilik nenek sebab atok dan nenek kat beranda luar tiba² abang aku masuk bilik tolak aku ke katil dengan niat nak merogol. Aku nak jerit confirm tak dengar sebab rumah tu besar sangat, luas dan kedudukan nenek jauh dari bilik.

Tiba² gelabah abang aku dengar bunyi kereta volvo hijau arwah pak cik parking kat halaman rumah Syukur tak sempat dia buat apa² kat aku dan arwah pak cik datang tepat pada waktunya. Arwah baru pulang dari kerja.

Bersyukur sangat dengan Allah once nampak pak cik kat rumah aku rasa tenang dan aman. Abang aku ugut kalau cerita dengan pak cik aku. So aku diam je sebab tak terjadi apa² pun.

Ada juga kata mati lemas tu syahid ke?

Nanti banyakkan lah membaca dan mengkaji. Ada beberapa kematian yang dikira syahid termasuklah lemas. Jika sengaja itu dikira menzalimi diri sendiri tak dikira syahid. Tak payahlah nak berpusu-pusu terjun dalam laut sebab nak syahid, haha.

Arwah pak cik ni ada sumber mengatakan dia ditolak seseorang sewaktu bertugas malam rabu di perairan laut. Ada sumber mengatakan dia terjatuh dari kapal laut disebabkan cuaca yang teruk, petir dan laut bergelora.

Menurut orang yang selamat tu kira sahabat baik dia kata ada seseorang dengki prestasi cemerlang arwah dan ramai orang sayang dia kat tempat kerja. Setelah misi pencarian 2 hari baru arwah ditemui terdampar di tepi pantai. Ini cerita yang aku dengar dari bapa dan family aku.

Aku yang tengok syok potong sayur kangkung kat dapur terkejut dengar berita kematian arwah. Macam tak percaya. Rasa macam baru je nampak arwah sihat tubuh badan melangkah ke masjid, sekeluarga makan bersama dan rasa macam baru je nampak arwah duduk ruang tamu tengok berita dia.

Dia jarang sakit² berat sebab dia sangat jaga kesihatan dia termasuklah pemakanan dan pengamalan makanan sunnah. Tapi apakan daya siapa la kita nak cegah malaikat maut nak tunda kematian jika Allah sudah mengkehendaki kan?

Makanlah sihat macam mana pun, bayar la doktor peribadi mahal macam mana pun, consume lah ubat-ubatan berkesan macam mana pun jika sudah tiba masa tiada tangan yang mampu menahan ajal datang bertamu.

Indah pemergiaan arwah. Kalau korang ada masa tu pasti terbit rasa cemburu. Kadang dah 20 tahun ni aku cuba fahami siapa yang tolak arwah jatuh, siapa yang gerakkan hati arwah bertugas malam tu kenapa bukan orang lain.

Kenapa tiba² cuaca teruk sangat malam tu menyebabkan rakan arwah tidak dapat menyelamatkannya. Biar arwah terkapai² meredah lautan bergelora. Jawapan dia semua Allah dah atur. Dialah menggerakkan dan merancang garis ajal arwah.

Allah jika sayang seseorang hamba, Allah akan aturkan sendiri bagaimana dia mati. Tiba mendekati garis ajal Allah akan sibukkan dia dalam kebaikan dan ketaatan. Jika arwah diambil dalam keadaan sakit rasa tak logik sebab arwah sihat walafiat.

So Allah ambil dia dengan cara lemas takde lah mengaibkan. Dapatlah pahala mati syahid sebab arwah dalam bertugas waktu tu. Keluarga dapat wang pampasan yang banyak dari company arwah bekerja sehingga mak cik masuk newspaper antara penerima terbanyak pampasan tahun 2000 macam tu.

Ok guys aku nak sentuh soal anjing tu jangan memandai kata arwah menzalimi haiwan. Nak kata zalim arwah pelihara kambing, burung, ayam, itik, angsa dan kucing. Siap buat kolam ikan dia sendiri depan rumah. Halaman rumah dia luas nak buat swimming pool pun muat.

Kucing tu keluar masuk rumah dia je, tidur kat beranda, makan sedap². Anjing memang banyak then dorang banyak ganggu kanak² pergi masjid dan mengaji, kencing dan berak merata, masuk halaman masjid.

Arwah ni sangat menekankan soal kebersihan dalam beribadah. Setiap kali solat aku perasan dia akan mandi. Dia nak jumpa Allah punyalah wangi dan berpakaikan rapi ala² raihan macam tu. Yela nak jumpa Maha Besar kan yang selama ini bagi dia nikmat mestilah wangi² dan rapi.

Dia takde perfume mahal macam kita now dia selalu guna minyak kasturi je. And then aku perasan dia marah dengan anjing² ni sebab dorang selalu lepak kat kubur duduk, baring atas tu. Tembak tu takdelah masa azan tu jugak bila dia free dia tembaklah kena tak kena nasib anjing² tu dapat lari or tepis.

Ada juga niat dia untuk menakutkan first² tu tapi anjing² ni degil ingat dah insaf bila dengar bunyi das tembakan. Ni makin tunjuk muka datang berkumpulan then menyalak tak tentu masa kitorang solat. Last terpancing kemarahan pak cik aku. So korang kena ingat zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang macam² persatuan.

NGO wujud memartabatkan haiwan jalanan. Zaman dulu kesedaran pasal haiwan ni kurang sikit. Senapang dia memang real. Bukan yang sembur air or angin tu ye. Dia pernah suruh aku ambil dalam bilik dia. Ada 3 jenis. Dia suruh ambil yang panjang. Berat dia mak aii tak larat nak bawa.

Haiwan² lain rekod bersih je, kucing, kambing semua behave so dapatlah pasport bebas berkeliaran di kampung.

Dia suka kampung yang aman, bersih, anak²bebas bermain, perempuan tenang ke masjid. Takdelah kitorang yang ayu ni lari lintang pukang dahlah crush² lelaki berkalung sorban ramai kat masjid. Jatuhlah standard jadi bini, haha. Ok menjawab ye.

So guys.. lepas pemergian arwah tu kampung sunyi je, orang semua duduk diam dirumah, tidak bersatu, masing² ego untuk capai kesepakatan.

Tiada lagi seorang pak cik berpakaian rapi dan wangi tengah jalan kaki tegur budak lelaki tepi jalan yang merokok, melepak supaya balik rumah mandi dan datang solat jemaah kat masjid, tiada lagi kelibat sorang lelaki yang berjalan ke masjid bersendirian dalam keheningan subuh.

Berjaya dia di dunia dia tak lupa Tuhan dia tetap gagahkan kaki dia melangkah ke masjid sedang yang lain tidur nyenyak dibuai mimpi.

Selalunya pukul 4.30 pagi lampu² di masjid akan terang benderang ni masih gelap lagi, tidak kedengaran bunyi alunan zikir yang sering arwah mainkan. Masjid macam hidup segan mati tak mahu. Kadang tak berazan langsung. Serius sedih.

Kehilangan arwah sangat mendalam buat kami sekeluarga dan orang kampung. But he deserve dapat husnul khatimah. Betullah muda² lagi dah pergi. Selalunya orang baik ni Allah ambil awal maybe kebaikan dia dah puaskan Allah or dia dah berjaya dapat keredaan dan keampunan Allah.

Ada juga ustaz cakap kita tak akan mati kalau rezeki kita ada lagi di dunia. Beruntung arwah banyak bantu orang susah, dia dermakan harta dia di jalan Allah. Arwah ni kaki tak pernah jejak Mekah. Seumur hidup tak pernah tunaikan umrah atau haji.

Ada rezeki kerja dia nak bantu orang je, nak mudahkan urusan orang je. Tu sebab bila arwah meninggal keadaan tak terkawal. Ramai sangat indroduce diri arwah banyak bantu dorang semasa hidup.

Bayangkanlah budak² tahfiz, orang miskin doakan dia. Sifat dia bila tolong orang dia tak minta balasan dia just minta kita doakan dia agar Allah ampunkan dosa² dia dan diterima di sisi Allah. Tu je benda mahal dia sering minta.

Berkat arwah bagi lawa pembinaan masjid, , taska, padang bola, taman permainan dan jaga kebersihan dan keharmonian kampung masa tu, kampung kitorang berjaya terpilih di antara 2 kampung yang bersih, harmoni dan berfasiliti melepasi seluruh kampung di peringkat Negeri.

Dapatlah hadiah kren, kanopi dan van dari kerajaan persekutuan untuk kegunaan penduduk kampung. Tapi masa tu arwah dah pergi dia tak sempat pun raikan kejayaan hasil usaha dia sendiri untuk orang kampung. Anak lelaki dia yang ambil ahli. Tu pun jadi pergaduhan orang kampung.

Setakat ni je guys. Kita yang hidup ni ambil ibrah dan pengajaran positif. Kita tak menjadi sebijik macam arwah kita usaha perbaiki diri sebab masa kita akan tiba dan kita akan dikumpulkan bersama orang yang kita cintai semasa didunia.

Yang pandang sudut negatif terpulanglah hendak menilai kita tiada hak untuk judge manusia bimbang diri kita tak sempat bertaubat. Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana pula. Kena beringat lagilah akhir zaman ni banyak fitnah mesti kena banyak bertaubat dan muhasabah makna kehidupan.

Sampai sini je thanks setia hingga akhir entry…

– Kelip Kelip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *