Misi Mencari Cinta Yang Masih Berjalan

Assalamualaikum para pembaca. Saya N berumur hampir 30 tahun dan bekerja di sektor swasta bahagian kesihatan. Sudah dua tahun kiranya saya mula menceburi bidang online dating.

Kerja saya berjumpa ramai orang tapi mungkin saya susah didekati jadi saya bertindak men-download apps seperti Tinder, Omi dan terbaru Bumble.

Di Tinder semua yang saya jumpa hanya mahu main-main. Jadi selepas dua bulan saya delete akaun tinder dan mula bermain di Omi. Agak rancak swipe di situ. Berkenalan la dengan beberapa lelaki (bukan masa yang sama).

Saya akan fokus chat dengan lelaki yang nampak bersungguh dalam berkenalan.

Lelaki pertama saya kenal, tua dua tahun daripada saya. Lepas sebulan kenal dia ajak berjumpa. Dengan niat mahu belanja saya makan.

Saya ikutkan saja. Dah berjumpa orangnya baik tapi kerendahan dia daripada saya buatkan saya jadi tawar hati (tinggi saya 163cm dia cuma 157cm). Jadi saya hentikan perkenalan dengan alasan tidak serasi. Dia terima.

Lelaki kedua saya kenal, lepas beberapa hari chat dia call dan dia cakap dia duda anak satu. Saya terima saja. Bagi saya tak ada masalah kalau duda pun.

Seminggu kenal dia dah ajak jumpa, kami di negeri berbeza tapi jarak cuma dalam 40 minit. Jadi saya setuju kebetulan saya free. Masa berjumpa saya tanya dia, sebab bercerai.

Dia cuma bercerita salah isteri dia, tak nak berubah la apa lah. Saya tanya dia, apa dia belajar dari perkahwinan tu. Dia cakap dia nak cari isteri yang mendengar kata, boleh tolak ansur.

Selepas berjumpa tu, saya mula jauhkan diri. Bagi saya, kalau orang cuma nampak salah orang lain, dia yang bermasalah. Bukan orang lain.

Jadi, saya cakap kat dia, saya dah tak nak teruskan. Saya dah jumpa yang lain. Kejam, tapi lebih baik saya jauhkan diri awal sementara mata saya masih belum buta.

Kemudian, saya kenal mamat ni. Dia bekerja kerajaan tapi pangkat yang rendah. Sama umur. Cara dia chat saya tak gemar sebab dia suka pakai shortform yang ala-ala budak-budak.

Lepas beberapa minggu chat, dia suka hilang (dua hari senyap lepas tu chat lagi). Ada satu hari dia ajak jumpa sebab kebetulan dua-dua cuti. Saya tiada alasan untuk menolak jadi saya terima.

Dia bawak kereta kancil, saya bawak toyota. Saya ajak ke destinasi dengan kereta saya (saya rasa lebih selamat naik kereta saya). Saya suruh dia bawak, dengan niat nak tengok cara pemanduan dia.

Dia memandu dengan baik, lubang pun dia perasan (tak adalah kereta saya masuk lubang kan, saya bawak pun tak berhati-hati macam dia).

Tapi, ada beberapa ayat dia saya kurang gemar. Pertama, dia cakap untung suami awak nanti bila kahwin dengan awak, boleh bawak kereta hebat. Kedua, bila dah kahwin nanti kita tong-tong duit rumah eh, awak gaji besar.

Dah lah makan mintak saya belanja, minyak kereta tak bayar, offer nak bagi walau RM1 pun tak ada. Saya isi minyak RM50 pun dia kata saya kaya. Takkan nak isi 20 ringgit.

Jadi saya cakap cukup la contact saya. Saya tak berminat nak kawan dengan dia dah. Saya takut nanti saya kena bela biawak hidup. Baik saya single je daripada kena bela orang. Dua ayat last ni dalam hati je.

Lepas tu saya dah makin slow main omi. Buka bila ade notification sahaja. Saya kemudian download bumble. Asyik di-swipe right oleh indian lepas sebulan saya delete dan kembali ke omi.

Ada beberapa perkenalan dengan lelaki tapi tak sampai ke tahap berjumpa. Ada yang baru berapa hari chat dah panggil sayang. Berjanji kononnya nak kahwin dengan saya tapi chat sekadar sembang kosong minta gambar, minta no whatsapp.

Dan tak ada pergerakan ke arah yang lebih serius, contoh berjumpa dua muka, atau berjumpa keluarga terus. Itu belum lagi bab suami orang tapi mengaku single.

Terdetik di hati nak delete je omi, penat dah kenal macam-macam jenis lelaki tapi tak kena di hati.

Esoknya, saya disapa seorang lelaki, baik budi bicaranya, menulis full, tak pernah minta gambar saya. Flow komunikasi kami santai dan banyak persamaan kami.

Sebulan chat di omi dia minta nombor whatsapp pula.NKami sambung bersembang di whatsapp. Tak pernah pun dia call saya walau sekali. Kami pernah berjumpa sekadar bertukar barang.

Saya istikharah beberapa kali. Doa saya jika dia benar jodoh terbaik buat saya, saya harap Allah permudahkan. Dan jika dia bukan untuk saya, saya harap Allah hilangkan dia dari hidup saya. Saya dah redha apa saja ketentuan Allah.

Lelaki yang sekarang ni tak pernah sekali pun cakap pasal kahwin. Tapi dia share macam-macam pasal family dia. Kawan-kawan dia. Hari-hari akan chat tanpa missed.

Pernah sekali saya cuba hilangkan diri dengan tak membalas chat dia. Dia chat saya berkali-kali sehari tu sampai la saya balas.

Mungkin dia cuma anggap saya sebagai kawan dan sejujurnya saya suka berkawan dengan dia. Sebabkan masing-masing sibuk berkerja cuma mampu chat je.

Tinggal pulak di negeri yang lain. Saya okay saja dengan cara dia. Walaupun terkadang fikir, dia ni taknak kenal betul-betul ke dengan aku. Nak tunggu betul-betul dua-dua cuti baru nak berjumpa. Sedangkan dia cuti weekend, saya cuti weekdays sahaja.

Apa-apa pun, Apps omi dah saya delete. Memang dah tak nak kenal mana-mana lelaki. Saya tengok kisah percintaan orang lain mudah je.

Kenal beberapa bulan terus menikah. Kenalan saya download omi lambat daripada saya dah pun dipinang lelaki yang dia kenal.

Ada lelaki ni cakap saya memilih sangat sebab tu tak kahwin-kahwin lagi. Rupa ada, kerja elok, sebab tu memilih sangat.

Saya balas, saya kena la memilih. Saya cari bapak kepada anak-anak saya. Saya cari suami yang bertanggungjawab, yang boleh bimbing saya dan anak-anak.

Salah ke?

Terima kasih sudi baca cerita saya. Terima kasih kerana pilih untuk publish cerita saya. Sejujurnya susah nak cari lelaki yang baik.

Saya cuma harap, mana-mana yang senasib dengan saya tak berputus asa. Dont settle for less. Jangan kahwin semata-mata nak hilangkan kesunyian.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *