Miskin Bukan Pilihan, Tapi Ujian

Mat, “hang ni mesti banyak duit” “untung jadi kau sebab ada banyak bisnes” “mu masyuk” “hang tokey” semuanya indah belaka di pandangan orang lain.

Aku ‘aamiin’ kan saja kata2 tadi sebagai doa.

Disebalik cerita indah tadi, banyak cerita susah, terlibat dalam bisnes kecil kecilan sejak dari asasi, masa tu umur 18 tahun, disebabkan aku datang dari keluarga yang agak susah, aku usaha untuk tidak membebankan keluarga

2 tahun menuntut di asasi, aku tak pernah minta duit dari mak ayah kecuali sekali sahaja masa awal registration, selebihnya survive sendiri dengan duit elaun asasi dan bantuan dari sedara mara, alhamdulillah cukup untuk makan dan beli buku kegunaan kelas.

Mula buat bisnes inspirasi dari hidup susah, sebab hidup susah semangat tu makin kuat, untuk ubah nasib keluarga, ubah dengan berjaya dalam pelajaran tanpa susahkan mak ayah. Maka bermula lah hidup senagai seorang bisnesman kecil kecilan.

Zaman asasi, pagi sebelum ke kelas, aku buat roti bakar, brand roti bakar aku time tu “roti bakar terbakar”. Petang lepas kelas buat roti sosej.

Alhamdulillah dapat sambutan dari ramai orang, duit hasil jualan boleh pakai untuk beli makanan. Hujung minggu buat part time ngajar ngaji dekat luar.

Penat? yes memang penat, belajar dan bisnes dalam satu masa yang sama memang sangat penat, dulu memang susah, kadang beli makanan tengahari simpan untuk makan malam, beli sekali tengahari boleh dua kali makan.

Ambik makanan yang murah2 sahaja, time ni kawan2 banyak bantu, terima kasih untuk segala bantuan di zaman asasi.

Selangkah ke degree, hidup aku masih sama, datang dari keluarga susah, yang tiada kereta, hanya kudrat dua roda sahaja untuk kami pergi mana2.

Sebab taknak susahkan sedara marah, aku register degree tanpa family disisi, tumpang member dari kampung & terus daftar masuk. mMsuk je universiti memang dah niat dari awal nak buat bisnes bas (jual tiket).

First time jual tiket bas memang kurang sambutan, dengan 2 saingan lama dekat uni, memang susah nak dapat penumpang, tapi kawan2 banyak support, dari awal sebuah bas sahaja sehingga 4-5 bas sekali trip.

Alhamdulillah syukur. Di universiti ini lah tempat aku timba ilmu, saksi keperitan kesusahan untuk habiskan pengajian tanpa susahkan mak ayah di kampung, aku aktif bisnes sejak awal sem, tanpa fikir ape risiko fokus bisnes dan hilang fokus dekat belajar.

Aku nekad! Aku nekad untuk teruskan bisnes, bisnes pertama dekat universiti dengan gabungan idea dari member maka tercetuslah bisnes jual tiket bas.

Disebabkan jualan tiket ni tak selalu jalan sebab benda ni kena tunggu cuti baru dapat job, so nak taknak aku kena cari job tepi, banyak benda aku buat, start dengan jual gadget, jual beg, dll.

Aku terpaksa kerja lebih sebab nak ringankan beban family di kampung, aku kena sediakan hampir 200-500 sebulan untuk mak ayah & adik2 di kampung (2 sem last paling kerap)

Aku sedia duit lebih untuk diaorang sebab kadang duit di kampung tak cukup, aku anak sulong dari 6 beradik, 4 orang adik2 masih belajar dan perlukan duit, adik lagi sorang kerja kampung.

Ayah kerja menoreh, pergi balik kerja makan masa hampir 3 jam atas jalan, penat, memang ayah lagi penat. Sebabtu aku lebih memilih untuk tidak dibantu dan rela membantu. Bantu selagi mampu.

Dengan duit bisnes aku tadi mungkin dapat tampung kehidupan kami adik beradik, kadang dengan duit bisnes tadi dapat bantu adik nak masuk uni & daftar sekolah baru, dengan duit bisnes tu lah aku pakai, pernah menyimpan untuk simpanan tetap tapi terpaksa pakai bila terdesak,

Kadang dengan duit modal habis terpaksa bagi dekat family, struggle dia hanya Tuhan yang tahu bila nak dapat modal untuk pusing balik bisnes.

Aku yakin benda yang aku buat ni pasti Allah balas dengan kebaikan, mungkin bukan hari ni tapi suatu hari nanti.

Aku belajar untuk tidak putus asa, semangat kena kental, kalau bukan aku siapa lagi nak tolong. Kalau bukan aku siapa lagi yang nak bagi contoh dekat adik2, aku usaha untuk tidak mudah putus asa.

Dekat uni, hari kelas bisnes aku jalan macam biasa, kadang time ada event dekat uia aku join untuk buka booth jual gadget, kadang rehat gap kelas aku jaga booth untuk menjual dan terkejar2 untuk masuk kelas seterusnya, kadang gilir2 dengan member.

Alhamdulillah kedai kami dapat sambutan baik dari pelajar.

Dah busy time weekdays, weekend pun sama, aku kena kerja lebih, awal2 masuk uni dulu aku selalu join part time katering.

Time hujung minggu jugak aku buat part time ngajar ngaji, dah lama ngajar ngaji dari 2017 sampai grad, hari2 ku penuh dengan benda2 tu, yang aku tahu kerja kerja dan kerja, bukan sebab lain sebab nak bantu family.

Tapi study aku kena teruskan, penat memang penat kadang hilang fokus belajar, tapi akhirnya aku berjaya grad dengan keputusan yang agak ok bagi aku walau tak sehebat orang lain.

Yang ajak lepak, ajak join hiking, ajak join tengok wayang, ajak join benda tu benda ni, jarang aku ON sebab aku bukan orang senang,

Aku lebih rela memilih untuk duduk di uni/ keluar cari duit, minta maaf semua kawan2 bukan aku taknak join tapi aku kena simpan duit, mungkin dengan duit tadi aku boleh bantu mak ayah dan adik2 di kampung.

Zaman uni memang kena jimat sungguh2, kadang nak jimat duit punya pasal, aku selalu ambik makanan free.

Orang kata “tak malu ke ambik makanan free” “hang ni selalu ambik makanan free dah macam monyet aku tengok” fuhh semua benda tu aku pernah rasa, paling pedih bila member sendiri cakap gitu, butakan mata, pekakkan telinga, jalan terus.

Allah sentiasa permudahkan urusan aku, untuk tampung perbelanjaan di uni, aku terpaksa apply zakat dan alhamdulillah aku dapat, duit tadi aku simpan untuk emergency di kampung. Di uni aku banyak menyendiri, especially time makan, aku suka makan sorang2.

Jarang ada kawan kecuali last sem (memang nak sangat rasa macam mana makan berteman), sem2 sebelum tu memang aku lebih memilih untuk menyendiri, kadang ramai yang tegur, sorang je ke? selalu makan sorang eh? jawapannya “ya memang selalu makan sorang”

Makan sorang sebab taknak susahkan orang lain, tak perlu tunggu orang lain, masa makan jadi cepat dan banyak sebab2 lain.

Kadang aku pilih untuk makan sorang sebab malu, sebab aku makan tak sama macam orang lain, aku ambik kos beli nasi paling bajet, dekat tempat aku belajar kalau gi beli dekat tempat murah memang akan dapat nasi dan ayam kecik dengan harga RM2/2.50.

Benda tu jadi rutin makanan harian aku selama beberapa sem (kecuali last sem), aku bahagia walau lebih memilih untuk seorang diri, tak susahkan siapa2, boleh jimat duit untuk makan malam.

Siang hari dah jimat, malam pun sama, kadang menu sama atau menu lain tapi harga sama, aku buat untuk beberapa sem. sebab nak jimat.

Time bisnes baru nak up, time tengah hampir give up, kawan2 selalu ada, thank you so much. Kawan2 banyak bantu, bantu bagi pendapat, bantu gelak, bantu maki, tapi tak pernah ambik hati sebab kawan ni jugak yang ada time susah senang aku, terima kasih semua

Dan sekarang aku masih strugle, aku nak bantu keluarga aku keluar dari kemiskinan, hampir 5 bulan dalam bisnes secara lebih serius.

Aku memilih untuk bantu keluarga, ambik mak ayah dan adik2 sebagai pembantu dan digaji. Minta maaf sebab tak mampu nak gaji orang lain dan susahkan family.

Terima kasih sebab banyak bantu dan sentiasa support “abe” dalam bisnes. Hasil keuntungan bisnes aku bagi untuk repair rumah yang hampir roboh dan kongsi perbelanjaan harian kami 8 beranak.

Mungkin sekarang belum masa yang sesuai untuk aku ambik untung, cukup sekadar buat pusing modal dan terus bantu family sampai ujian ini berakhir.

Doakan semoga aku kuat untuk lalui ujian ini, semuanya demi keluarga dan doakan aku dapat jadi cikgu, cita2 dari kecik masih tertangguh, in sha Allah bila dah stabil kalau diizinkan allah aku akan kejar balik cita2 aku.

Mungkin Allah tangguh kejap sebab ada lagi benda yang lebih penting untuk aku perjuangkan, moga Allah pandu jalan hidup aku dan semoga Allah permudahkan urusan kita semua aamiin.

– Muhamad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *