Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, semoga semua yang membaca ni sihat dan sedang berbahagia.
Dah setahun saya tak beri duit kepada mak ayah. Saya anak sulung. Adik2 belajar lagi.
Mak ayah dah umur 50+. Masih lagi menanggung anak2 dengan kerja kebun di kampung, sedangkan kalau tak menanggung hutang isteri saya, saya boleh beri mak ayah saya RM400 sebulan at least.
————
Saya ni seorang kerani di sebuah pejabat. Dalam tahun lepas, rezeki saya sampai awal dan saya dapat naik gaji sampai gaji saya jadi around RM3k.
Saya ada buat kerja sampingan grab, walaupun tak menguntungkan sangat, tapi saya boleh la dapat extra RM500 ke RM1k ikut rezeki.
Tapi ada hari saya tak dapat job pun sebab grabfood ni kerja kedua, saya perlu fokus kerja pertama.
Saya sewa rumah, beli kereta. Kereta tu sebenarnya tak mampu, tapi saya buat 9 tahun loan alhamdulillah boleh buat pergi kerja dan balik kampung sebulan sekali jumpa mak ayah.
Total saving saya, boleh kata dalam RM400 sebulan secara purata.
Lepas setahun consistently dapat save RM400 sebulan, kadang2 RM900 pun ada, (saving ni tak termasuk grabfood ye) saya rasa pengurusan kewangan saya mantap.
Jadi saya pun pasang niat untuk berkahwin dan saya kenal dengan seorang wanita ni selama setahun. Dia pun kerani juga, gajinya dalam RM1.5k (gaji minima).
Mula2 saya tak kisah sangat, sebab nafkah, tanggungjawab saya. Jadi kalau calon isteri tak berduit pun, bukan masalah bagi saya.
Sepanjang perkenalan memang saya tanya betul2 expectation dia selepas berkahwin, dan hutang2 dia semua saya tanya.
Tapi dua bulan sebelum kahwin, baru dia bagitahu yang hutang dan tanggungan dia bulan2 ialah RM1.4k. Pinjaman sana sini.
Tapi saya teruskan juga perkahwinan tu sebab asalkan dia tak kisah bekerja untuk bayar hutang sendiri, itu pilihan dia.
Saya sekadar beri nafkah duit belanja di samping beri kelengkapan kehidupan.
Selepas berkahwin, apa yang dia ungkapkan sebelum ni berubah. Dulu katanya tak kisah berjimat dan bersusah payah dalam awal perkahwinan, tapi sekarang dia minta saya tanggung hutang dia sebagai nafkah.
Saya akur, sebab nak dia bahagia dan saya memang ada duit lebih sikit. Tak baik kedekut dengan isteri. Dia pula berjoli sana sini dengan duit belanja yang saya beri.
Selepas setahun, saya tak larat nak buat grabfood lagi dah. Gaji/pangkat saya naik lagi alhamdulillah sampaikan saya boleh cover keuntungan grabfood dengan 1 pekerjaan sahaja.
Saya kurangkan grabfood di samping saya tanggung hutang isteri, groceries dll yang saya anggap nafkah rumah, dan saya masih boleh saving RM100 sebulan untuk kegunaan kecemasan.
Isteri saya masih bekerja RM1.5k cuma kini hutang dia tinggal separuh RM500 sebulan sahaja sebab saya dah tanggung sebahagian besar hutangnya.
Tiba2 dia nak kereta baru pula! Saya ada kereta yang belum habis bayar, dan saya beri dia guna hampir sepenuhnya!
Saya naik grab/motor ke tempat kerja. Ada waktu tertentu sahaja yang kami berkongsi kereta. Katanya leceh berkongsi macam tu.
Saya kata, kita tak mampu. Dia suruh saya cari kerja laun untuk tampung keinginan dia. Sepanjang kahwin saya susah saving sebab hutang2 dia, dan dia saving RM800 sebulan.
Saya tak pernah sentuh pun saving dia. Dia mampu bayar bulan2 kereta baru yang dia nak, tapi dia nak letakkan itu di bawah tanggungjawab saya.
Saya pujuk dia jangan tambah beban di bawah saya, saya suruh dia bayar sendiri, sekarang dia bermasam muka dengan saya. Dah seminggu saya tidur di ruang tamu.
Saya dah dua kali lalu pejabat agama daerah, memikirkan patut atau tidak bercerai.
Saya pujuk isteri saya supaya duduk di meja makan untuk berbincang face to face, tapi dia tak nak. Saya dia buat tak wujud. Saya call dia turn off phone.
Di rumah saya tanya dia di mana, dia tak jawab. Semalam kawan kerja dia hantar gambar dia keluar lunch dengan kawan kerja lelaki dia berdua.
Macam2 hal dia buat sejak saya kata tak mampu nak beri dia kereta baru. Saya whatsapp tanya dia nak bercerai ke? Rupanya saya dah kena block.
Entahlah. Saya nasihatkan kepada adik2 di luar sana, saya nak beri pandangan saya. Baik lelaki baik perempuan, pastikan anda pilih orang yang betul sebagai pasangan.
Kalau dari awal perkenalan dah pakai banyak duit, angkat lah kaki. Kalau banyak redflag, tak perlu bersangka baik, angkat lah kaki.
Jadilah lelaki/perempuan yang bijak, janganlah dipijak.
– Mechamato (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit