Misokinesia dan Misophonia

Siapa dekat sini pernah dengar dua perkataan ni? Kalau ada yang pernah mengalami atau pakar dalam bidang ni boleh share di komen.

Misokinesia ni ialah benci terhadap sesuatu perkara yang berulang (tak semua benda) dan misophonia ni ialah benci terhadap sesuatu bunyi (tak semua bunyi). Saya tak tahu sama ada betul ke tak saya ada dua benda ni sebab saya cuma kaji di internet saje.

Ni antara perkara yang saya boleh kata benci dan takut nak dengar.
Antaranya bunyi guruh, bunyi kuat yang melampau atau tiba2, bunyi belon meletup, bunyi orang jalan menghentak2 sampai bergegar, bunyi kompang, bunyi mercun dan tembakan, bunyi sesuatu mesin atau kapal terbang nak berlepas, bunyi nafas yang kuat sangat, bunyi kasut sukan yg skritttt tu, bunyi marker atau kapur yg bergesel dekat papan, bunyi orang gesel sharpener atas meja, bunyi orang ketuk pintu kuat2, bunyi cerek air dah masak, bunyi mikrophon yg nyaring tu, bunyi ngigau, bunyi sudu bergesel dengan pinggan, bunyi gelang, tapak kaki, bunyi tekan pen dan buka kertas soalan terutama masa exam dan terutama sekali bunyi orang kunyah makanan tapi tak tutup mulut (bunyi bibir atas dan bawah berlaga bila makan tu).

Ni pulak benda yang takut dan menyampah tengok (dari hujung mata pun boleh nampak) orang yang suka gesel atau goyang kaki tak henti2. Orang yang memegang sesuatu berkali2 macam muka…., orang tiup belon (rasa macam nak meletup je belon tu), orang isi minyak dan buka gas (pun sama fikir yang bukan2), orang pegang pisau terutama potong buah atas tangan, orang buka pembalut hadiah koyak2, orang yang suka tepek muka dengan produk berkali2 (bunyi dia pun menyampah), pintu automatic yang nak tutup macam lift dan kereta api, orang yang jalan mundar mandir, pergerakan mulut ketika makan yang berelebihan.

Maaf banyak sangat yang saya tak sukanya. Saya faham semua orang ada kekurangan masing2 dan silap2 orang yang baca ni pun ada masalah iaitu menyampah dengan apa yang saya tulis ni.

Tapi saya tulis ni sebab saya nak luahkan bila benda2 tadi tu jadi, saya akan rasa rimas, geram, rasa tak tentu arah, tak boleh nak buat kerja masa tu, tak boleh nak jawab exam, jantung berdegup laju, darah pun naik dan kalau teruk sangat saya akan menangis. Dulu saya pernah menangis teruk masa majlis kenduri kahwin. Dua kali dah jadi iaitu ada sesetengah kampung mereka akan melepaskan tembakan senapang. Tak tahu apa simboliknya. Yang saya tahu semua orang ok je tapi saya seorang menangis teresak2 dan menggetar badan.

Saya nak tahu sama ada saya betul2 ada masalah psikologi dan ada tak orang yang sama macam saya ni. Benda ni mengganggu pergerakan seharian saya sebab tak semua tempat tak ada orang. Macam yang saya alami sekarang ialah saya tak boleh buat kerja sebab roommate gesel kaki. Maaf sekali lagi atas confession yang pelik ni.

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *