Hai semua, aku nak minta maaf dengan seorang lecturer aku. Tapi, aku tak tahu kat mana nak cari dia. Search nama kat fb pun tak jumpa.
Aku, graduan sebuah kolej swasta. Isu aku dengan lecturer ni, begini…
Miss Z (bukan nama sebenar), dia ajar aku satu subjek, subject ni kira subjek susah tau.
Aku ni, memang satu habuk tak faham, dia cuma bagi kami notes yg dia fotostat dari buku, then tulis sikit kat white board, bebel sikit pasal subjek tu(yang banyaknya dia belek tudung dia, belek muka dia) .
Ada sekali tu aku memang blur langsung, aku tanya la dia, masa dia tengah round kelas. Kau tahu dia cakap apa?
“Kan saya dah ajar tadi. ” oke gais aku diam je sambil berkata, aku patut makan coklat minda banyak ni bagi bijak sikit.
Lepas tu ada budak lelaki tanya dia i think the same question, kau tahu dia boleh explain kat budak tu! Aku hanya memerhati dan erghhhh wtf!
Kami tidak diberi assignment, jadi aku tak tahu carry mark tu dia nak bagi based on what? Jantina? Kaum?
Dan aku yg lurus bendul ni bersembang dengan kawan satu course aku. Gaiss, dia boleh panjangkan hal ni pada dekan. Matiyyy aku.
So one day dekan panggil aku. Aku just ingat ini normal talk. Bila dekan suruh aku tulis satu surat macam report, aku rasa macam nak nangis. Nak report pun biarlah aku habis subject tu.
Dengan terpaksa aku buat gaiss, sebab dah terlanjur mulut ni rajin sangat bercerita kan.
So aku ingat habis lah setakat tu, tapi tidak. Masa aku tengah exam subjek miss tu ajar, kau tahu dia datang dekat aku, dia kata nak jumpa aku lepas habis paper.
Sumpah cuak gaiss.
Aku fikir masa tu, kalau aku bagitahu dia, kalau aku mengaku, mesti dia gagalkan aku, aku bukan orang senang nak bayar duit untuk repeat bagai.
Dia tanya aku ke report dekat dean, serius aku tak tahu pakatan apa ini, macam mana dia tahu doh!
Dia tanya aku, demi Allah? (In english), aku tak mengaku gais, dia paksa aku sebut demi Allah tu, aku dah berpeluh atas bawah walaupun dalam air cond. Aku sedih gaiss, aku rasa macam tersepit je.
Lepas tu, Alhamdulillah result keluar dia tak gagalkan aku, tapi subjek tu aku dapat gred yang paling teruk, rosak transkrip aku. Jatuh CGPA aku!
Aku terima kekalahan aku. Dan aku harap miss tu maafkan aku. Aku harap dia faham yang aku tersepit, lepas tu aku dengar dia pun resign.
Miss, maafkan saya. Semoga miss sentiasa berjaya.
– Chenta
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit