Misteri Ad1k Perahsia

Korang ada adik yang perahsia?

Harap admin siarkan cepat.

Kami ni runsing dengan salah seorang adik lelaki kami yang perahsia. Sampai kami kena siasat sendiri dia duduk mana secara sorok-sorok.

Location pun tak nak bagitau mak kami. Normal atau tidak normal bila yang single ni tak nak bagitau duduk dekat mana & dengan siapa?

Ceritanya panjang. Kita mulakan dengan Flashback 7 tahun yang lepas. Adik kami berkenalan dengan seorang perempuan di WeChat bernama S.

S ni pula add FB mak & menyamar sebagai perempuan bernama X.

Kami sangkakan X ni sebaya adik kami memandangkan dia berpewatakan perempuan muda hinggalah suatu hari…

Suatu hari (5 tahun lepas), adik kami terlibat dalam kemalangan jalan Raya.

S ni kemudiannya datang jumpa mak saya. Alangkah terkejutnya mak saya, S sebenarnya berusia 10 tahun lebih tua.

S ni juga cerita dia merupakan janda anak 2. Itu boleh kami terima lagi. Yang tak boleh terima, S mengaku dia gunakan ‘ilmu’ terhadap adik.

S menangis cakap kat mak saya yang adik kami tak akan ingat dia lagi selepas accident berlaku. Malah menyatakan hubungan mereka ibarat suami isteri.

Luluh hati mak saya dengar. Bila Tanya soal kahwin pada S, S tidak mahu berkahwin dengannya. Lagi pening kepala.

Yang menyeramkan S cakap lagi dekat mak, S tak akan lepaskan adik kami. Kalau adik kami nak kahwin suatu hari nanti pun dia tak kisah. Dia tidak akan lepaskan adik kami.

Sampai di situ, mak kami minta untuk tidak ganggu adik kami lagi.

Sebulan selepas adik balik ke rumah, mak kami bawakan berubat dengan air doa dari ustaz berdekatan beserta doa pendinding diri.

Alhamdulillah berkesan.

Kemudian, adik meneruskan hidup yang baru serta kerjaya yang baru selepas insiden pahit tersebut.

Masa berlalu, 2022 buat pertama kalinya adik keluar menyewa semula selepas salah faham berlaku dengan mak. Kami tak syak apa Yang pelik lagi waktu itu.

Hanya beri ruang & masa. Dia juga sering mengelak apabila ditanya soal jodoh.

Sejak menyewa, dia sangat jarang balik rumah melawat mak ayah kami. Alasan sibuk ot bekerja atau mengikuti rakan sekerjanya beraktiviti.

Dua minggu lepas, sekali lagi adik buatkan ibu kami kecewa apabila tidak mahu berkongsi lokasi rumah sewanya.

Sepatutnya hujung minggu itu dia balik ke rumah mak kami.

Adik katakan dia tidak dapat pulang disebabkan demam. Mak ingin jenguk & menghantarkan Makanan buatnya.

Yelah, anak lelaki bujangkan. Dia mengelak untuk beri lokasi. Kami contact kenalannya, kenalannya juga sudah lama tidak berjumpanya.

Kami mula merasa pelik. Misteri. Kemudian, kenalannya membantu kami dengan jejak melalui rakan sekerja yang lain & berjaya temui lokasinya.

Weekend lepas, Salah seorang dari kami pasang spy dilokasi tempat dia tinggal.

Harini kami berjaya temui unit rumah yang disewanya.

Namun, di rumah tersebut ternyata tidak seperti rumah bujang. Rumah keluarga memandangkan mempunyai selipar budak & wanita juga.

Kalau korang pun mesti dah fikir lainkan?

In fact, spy kami memaklumkan rumah tersebut tinggal seorang perempuan bersama 2 anaknya sejak dulu lagi.

Kereta perempuan Tu pakai merah pula, Sama dengan Yang mak kami describe waktu jumpa 5 tahun lepas. Ahhh.. sudah! Runsing dah ni.

Option 1: Kami ramai-ramai terjah.

Option 2: Panggil Jais sergah tapi seluruh kaum kerabat 7 keturunan bergegar cerita ni kalau betul.

Option 3: Bawa ustaz yang boleh rawat & confirmkan sekiranya terkena ilmu.

Apa tindakan yang patut? Kalau korang ada kenalan ustaz sekitar lembah Klang yang boleh bantu tolong komen page ke number ke.

Tak sangka pula boleh jadi macam cerita movie dah ni. Haih..

– Runsing (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *