Misteri Doa Tanpa Hijab

Salam wbt.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat seluruh ummah. Terima kasih admin iium confession page.

Sebelum itu, ampun maaf dipinta atas sebarang khilaf dalam penulisan ini, apa yang ditulis ilhamnya dari Allah swt jua. Sebarang kekurangan, maafkan hamba. Allahu musta’an

Misteri Doa Tanpa Hijab.

Pertama sekali, doa. Rasanya semua memang sudah maklum apa itu doa, hari hari kita berdoa kan, itu untungnya kita sebagai umat Islam ni syariat Islam menganjurkan kita untuk sentiasa berdoa dan ibadah doa ini meliputi seluruh aspek kehidupan kita amnya. Baiklah, ringkasnya doa itu adalah satu bentuk permohonan, permintaan. Dan dalam konteks agama Islam, doa adalah satu tanda pengabdian, penghambaan kita sebagai makhluk kepada Pencipta kita, Allah swt. Juga salah satu tanda kasih sayang kita.

Hijab pula bermaksud penghalang. Dalam contoh bab berpakaian, hijab itu didefinasikan sebagai penghalang kepada pendedahan aurat. Jadi doa tanpa hijab ini membawa maksud doa tanpa penghalang, yakni doa yang dimakbulkan Allah swt. Dan antara doa yang dikatakan doa tanpa hijab ini ialah doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir/berpuasa dan doa ibu bapa.

Dan untuk ini kita fokus kepada doa yang sangat sangat penting dalam hidup kita iaitu doa ibu bapa, doa yang makbul masyaAllah tabarakAllah. Kenapa doa ibu bapa itu dikatakan doa yang makbul, tanpa hijab? Ia adalah anugerah dari Allah swt. Segala pengorbanan mereka, kedua ibu bapa kita, memang wajarlah Allah swt anugerahkan kepada ibu bapa anugerah doa yang makbul. Kalau nak dipersoalkan kenapa, kita takkan mampu merungkainya dek kerana akalku dangkal, ilmuku terhad (pinjam tajuk buku sat hehe). Namun begitu Allah mengurniakan kita akal untuk digunakan berfikir. Pernah tak kita renungi, siapakah yang sebenarnya bertaktha di hati dan fikiran ibu bapa kita sentiasa? Tak lain kita anak anaknya, yang harapannya kitalah saham akhirat terbaik buat mereka insyaAllah.

Ibu bapa cuma memikirkan anak anaknya sentiasa. Si ibu ayah yang seusai solat bersimpuh di sejadah, lagi lagi kalau waktu sepertiga malam, duduk lama lama mungkin wirid, zikir tapi di sebalik ibadatnya itu, terselit doa buat kita, anak anaknya. Bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi untuk kita anak anaknya, yang merupakan sebahagian nyawanya, juga untuk keluarga, untuk umat Islam, bukan hanya untuk diri semata mata. Si ibu, si ayah yang dimamah usia, sedari usia semakin singkat, mendekatkan diri kepada Allah swt, beribadah, duduk lama pun tak larat, kaki rasa lenguh, bertukar posisi, lenguh lagi, tukar duduk lain pula, lenguh lagi namun masih tidak mahu berganjak dari sejadah kerana belum puas berdoa, lagi lagi doa untuk kita anak anaknya.. Untuk kita, Allahu Allah…

Hati si ibu, hati si ayah. Setiap saat terfikir tentang anak anak. Risaukan keselamatan anak, ya Allah pelihara anakku dari sebarang bahaya ya Allah, Allah Maha Melindungi. Risaukan kita kelaparan entah da makan ke belum, risaukan urusan kita berjalan lancar ke tidak, didoakannya ya Allah permudahkan urusan anak anakku dan jangan dipersulitkan ya Allah. Malah sewaktu anak exam atau interview ke, si ibu ayah tak putus putus doanya buat si anak yang dikasihi. Sentiasa mahukan yang terbaik buat si anak.

Si ayah di sebalik lelah memerah keringat demi mencari sumber pendapatan, di hatinya cuma keluarga. Memikirkan masa depan keluarga, apa akan jadi kelak jika dirinya sudah tiada? Pergantungan kepada Allah swt cuma. Penuh kerisauan, kebimbangan. Lantas si ibu ayah bersama sama menyediakan kehidupan yang terbaik tak lain buat anak anaknya. Pernah terfikir tak..di dunia ini, siapakah yang paling banyak mendoakan kita..? Tidak lain ibu ayah kita sendiri. Tanpa kita pernah sedari. Terselit doa di setiap sesuatu yang ibu ayah kita lakukan. Hati si ibu ayah sentiasa inginkan yang terbaik buat anak anaknya, tanpa anak anak sedari kesulitan, kepayahan yang dialami ibu ayah. Bak satu petikan, we grow up thinking that our parents will never understand our struggles but truth is that they invest their time making sure we never understand theirs.

Sungguh, sebenarnya kita ni sentiasa didoakan oleh ibu bapa kita tak putus putus tau. Pernah tak memandang wajah ibu bapa sahaja sudah cukup mendamaikan hati? Itu baru memandang wajah. Wajahnya sahaja pun ada aura. Apatah lagi doanya yang dikatakan doa makbul masyaAllah tabarakAllah. Tak putus doa ibu bapa buat kita maka tak putus putuslah rahmat Allah dalam hidup kita masyaAllah tabarakAllah jasa pengorbanan ibu ayah sampai meliputi rahmat Allah swt dalam hidup kita. Itu sebab dikata redha Allah bergantung kepada redha kedua ibu bapa kita, Allahu.. Kalau difikirkan, kita bukanlah sesiapa dalam hidup ini jika tak kerana doa ibu ayah kita, jika tak kerana rahmat Allah asbab doa ibu ayah kita. Kita ni kan sentiasa dalam doa ibu ayah kita. Makbulnya doa ibu ayah untuk kita itulah satu rahmat Allah buat kita.

Pernah tak terlintas…andai kata bila tiba masanya ibu ayah kembali pulang kepada Allah swt, tidakkah kita kehilangan ‘sesuatu’? Sungguh, bila tertutup mata ibu ayah selama lamanya, tertutuplah satu rahmat, satu anugerah dari hidup kita. Anugerah doa makbul si ibu ayah sangat berharga, tiada galang gantinya, takkan ada yang sama. Sungguh kita akan terasa kehilangan, terasa kekosongan dalam hidup ini, tanpa doa ibu ayah mengiringi hidup. Selama ini, doa ibu ayahlah yang mewarnai hidup kita semua.

Jadi, bila si ibu ayah sudah dijemput pulang kepada Allah swt, kitalah yang kena mendoakan ibu ayah kita. Jika tidak kita, siapa lagi? Sepanjang ibu ayah ada dengan kita, asbab doa merekalah kita menjadi seseorang di muka bumi ini, jika tidak kerana doa ibu bapa kita, kita bukan sesiapa pun. Maka, sesudah mereka tiada, kitalah harapan mereka. Jadi, lazimilah diri kita untuk mendoakan ibu bapa kita. Doa ibu bapa Allah swt anugerahkan makbul, ibu bapa kita buat yang terbaik untuk kita tak lain anak anaknya.

Jadi, berbalik kepada tajuk kita. Misteri doa tanpa hijab, iaitu fokusnya kepada doa ibu bapa buat anak anaknya. Bukanlah misteri tu di sini maksudnya thriller tapi semoga ia membuka mata kita kerana kita selalu lupa, alpa. Sungguh kita bukan sesiapa tanpa doa ibu ayah kita. Dan sebenarnya rahmat Allah swt kepada kita adalah asbab kerana doa makbul ibu ayah kita. Dan lagi satu, doa ibu ayah itu akan terasa kehilangannya apabila ibu ayah sudah tiada. Sungguh hidup ni rasa kosong tanpa doa ibu ayah. MasyaAllah tabarakAllah sampai begitu sekali hebatnya anugerah Allah, doa yang makbul, doa si ibu dan ayah.

Tidaklah perkongsian ini menafikan mereka yang belum berkahwin atau yang belum dikurniakan zuriat doanya tidak makbul, tidak sama sekali. Masing masing setiap insan Allah anugerahkan rahmatNya yang tersendiri. Cuma, semoga sedikit sebanyak perkongsian ini mengingatkan kita kepada pengorbanan ibu ayah kita, asal usul kita andainya kita ini sudah besar panjang, berkerjaya, berkeluarga. Kadang, apa yang kita dapat rezeki ini adalah dari doa makhluk Allah yang lain, yang mendoakan kita. Bukankah doa itu tanda kasih sayang?

Ada yang di antara kita, diuji Allah swt. Mungkin berada dengan ibu ayah atau family yang bermasalah. Mungkin tidak menjadi perhatian atau tanggungjawab ibu ayah. Apa jua ujian yang kalian sedang lalui, be and stay strong lillahi taala.

Sementara masih mempunyai ibu ayah, mohonlah kepada mereka untuk mendoakan kita. Tak menjadi masalah pun andainya kita cakap, ‘ibu, doakan saya. ayah, doakan saya’ hatta berapa umur kita sekalipun. Percayalah, sungguh, akan ada satu masa kelak kita akan rindukan doa ibu ayah kita… Akan ada satu saat, kita akan rasa sangat sangat kehilangan, rasa sangat sunyi tanpa doa dari ibu ayah…

Sekian sahaja perkongsian ini. Sebarang khilaf, saya memohon maaf dan sebarang teguran saya alu alukan dan amat berbesar hati untuk kalian memperbetulkan sebarang kesilapan agar saya dapat memperbaiki.

*teringat kenangan dengan arwah abuji. masa kita kecil, abuji ajar solat sekali, bentang sejadah sebelah abuji. kita kecil lagi mesti la solat main main kan ehee. seusai solat, abuji ambil kita dan pangku di riba abuji. berwirid. kadang bertasbih, kadang berjari. saat nak berdoa, abuji nak ajar la kan tadah tangan untuk berdoa, abuji ambil tangan kita, abuji letakkan atas tangan abuji. abuji ajar berdoa. lepas tu bila nak aminkan doa, abuji akan raup tangan kita ke wajah abuji. Allahurabbi.. :’) sampai sekarang masih terasa kasih sayang abuji.. sekarang, bila kita menadah tangan untuk berdoa, tengok, renung tapak tangan kita ini, akan rasa sebak, seolah olah seperti masih terasa tangan abuji yang memegang, menadah tangan kita dengan tangannya untuk berdoa. sungguh, kenangan ini penuh kasih. im so blessed, alhamdulillah.

**bila story dengan kawan kawan atau sesiapa, suka nak share satu perkara ni. insyaAllah nanti ada rezeki dapat anak ke atau ada baby sesiapa ke atau yang lain lain, instead of asking untuk tadah tangan sendiri, cubalah letakkan tangan tersebut ke tangan kita, tadahkan, raupkan tapak tangan itu kita ke wajah kita dan ke wajahnya. diizinkan, sampai masa nanti, Allah swt izinkan merasai kasih sayang, kenangan itu. sepertimana yang saya alami sekarang, apabila merenungi tapak tangan sendiri, teringat kenangan dengan abuji, sebak, rindu :’) sungguh, doa adalah bicara yang padanya penuh kasih, lagi lagi penghubung antara seorang hamba dengan Pencipta. terima kasih ya Allah, kerana mensyariatkan kepada kami hambaMu ibadah ini, alhamdulilah.

may Allah swt bless all of us and ummah. barakAllahu fiikum.

– anak abuji

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit