Misteri Hidup Aku

Berdasarkan kisah benar diri sendiri..

“Mak tak sihat ni abang ngah boleh tak balik kampung untuk jaga mak? Sebab Wana ada kelas tambahan minggu ini. Minggu depan boleh la abang ngah balik rumah, Wana tak ada apa-apa aktiviti sekolah”.

“Baiklah, ngah balik jaga mak minggu ini sekali dengan adik Zarul. kakcik pun cuti sem juga nanti semua ikut balik rumah mak cuma si abangnya, zarif tu balik weekend ni. Dia saja ambil cuti jumaat ini. Kakak pun masih cuti kahwin lagi, dia ikut skali sebab suami dia dah masuk kerja dekat kedah”.

“Ok la ramai anak-anak ngah ada tu boleh teman mak sekali. Anak-anak Wana semua tak nak balik duduk rumah mak. Sebab takde wifi, nak main game je kerja. Lagipun arwah abah baru je meninggal dunia (dalam 2 bulan), mak pun tak nak tinggalkan rumah. Terima kasih ngah, nanti next week Wana balik pula”,

“Ok Wana”.

Di rumah abang ngah,

“Abah tak nak balik rumah tok. Tinggal la kakcik sorang je dekat rumah boleh tak? Lagipun esok abang cik balik, boleh dia teman kakcik. Kakcik banyak assignment, nak guna internet abah”. Kata kakcik (aku) dalam nada memujuk kepada abah.

“Abah cakap semua kena ikut abah balik, kenapa degil sangat. Dah kemas-kemas baju cepat, kesian tok tu. Dah tok kamu tu tak boleh nak masak sebab berkerusi roda. Nanti lambat kita sampai, tok kamu tu tak makan tengahari pula. Cepat siap kakcik, jangan nak mengada-ngada sangat”. Marah abah dekat kakcik.

Akhirnya tepat pukul 10am semua bertolak balik ke rumah tok. Abang cik, anak ke empat abang ngah akan terus bertolak balik ke rumah tok esoknya selepas kerja.

“Kak, aku rasa tak sedap hati la. Nak tido bilik ni ke?”

“Mu ni dah kenapa kakcik? Adik pelik tengok dari semalam buat kecoh tak nak balik kampung la, tak nak tido dekat bilik ni la. Bukan setiap kali balik kampung mu tido bilik ni dengan kakak? Tido je la sini.” Kata adik kakcik, haikal.

“Ntah mu ni kakcik. Kita memang setiap kali balik rumah tok, tido dekat bilik ni kot. Mak abah adik tido dekat luar, kita tido la dalam bilik ini.” Kata kakak kepada kakcik.

“Kakcik tak sedap hati, lagipun bukan ada siapa-siapa pun balik, jom la tido dekat luar dengan smua orang.” Pujuk kakcik dekat kakak.

“Ish, kalau ang nak tido luar, tido la. Kakak tak tutup pintu pun. Apa yang nak takutnya”. Kakak berlalu masuk ke dalam bilik untuk tido. Nak tak nak, kakcik terpaksa ikut kakak tido di dalam bilik juga.

Rumah tok adalah rumah papan di tingkat atas, dan rumah batu untuk tingkat bawah. Di tingkat atas, ada 2 bilik yang selalunya memang semua keluarga pak ngah (keluarga aku) akan tido bersama-sama keluarga pakcik.

Keluarga pak ngah ada 8 orang adik-beradik (6 lelaki, 2 perempuan). Hanya kakak dan kakcik perempuan dalam keluarga tersebut.

“Arghhhhhhhhhhh, tolong, tolong!!! Warghhhhhhhhh, waaaaa, takuttttttttt!!!!! Kakak tiba-tiba menjerit pada pukul 3.30am.

‘Wuuuuuuuu, wuuuuuuu, wuuuuu…takutttt mak..takut abahhh. Kakak menangis tanpa henti.

“Ya Allah, abah mak bangun”. Adik gerak mak dan abah.

“Adik baca Al-Quran. Jangan takut.” Abah memberi arahan kepada adik. Abah berlari memegang kedua-dua tangan kakak sambil membaca beberapa ayat Al-Quran.

“Kakcik, bangun kakcik”. Mak kejut aku dalam nada terkejut dan takut. Mak kemudian terus berlari ke arah kakak.

“Ya Allah, besarnyaaaaa lembaga ni abah.” Lembaga hitam berbadan besar, berbulu dan sangat mengerikan berlari ke atas zink rumah tok. Kakak masih menangis tanpa henti dengan hanya nampak mata putih sahaja.

“Apa yang jadi dekat kakak ni, mak, abah, adik?” Tanya aku dalam keadaan terpinga-pinga. Aku tak boleh nak bangun tido walau dah digerak oleh mak tetapi setelah lembaga hitam itu hilang, baru aku boleh bangun.

“Jom semua tido bawah. Kakcik diam, ikut je semua.” Arah abah dengan tegas. Kami berlari turun tangga. Kakak masih menangis. Tok aku terkejut melihat kami semua turun. Jam menunjukkan pukul 4.30am.

“Kenapa sim? Kenapa kamu semua turun bawah ni? Kakak kenapa nangis ni?” Tok bertanya tanpa henti tapi abah tak bercakap apa-apa.

Mak, abah dan adik terus menyambung membaca Al-Quran. Adik alhamdulillah ada sedikit ilmu untuk menghalau ‘benda mistik’ walaupun adik baru berumur 18 tahun. Aku sambung semula tidur kerana aku merasa sangat penat dan letih.

Kakak masih menangis tanpa henti walaupun sudah subuh. Abah bercerita kepada tok apa yang berlaku. Tok aku terus menelefon usu aku, Wana dan meminta memanggil ustaz. Aku, masih diam dan cuba memahami apa yang berlaku. Tapi tok aku cakap yang kakak aku hanya mimpi dan berpura-pura menangis.

Dalam pukul 10pagi, abah keluar untuk membeli ubat kerana kakak demam panas dan masih menangis. Usu aku telah memanggil ustaz untuk datang ke rumah. Usu aku tidak mengikut sekali ke rumah tok, hanya pak usu dan ustaz yang datang.

“Assalamualaikum semua”. Suara pak usu memberi salam. Di sebelah pak usu, ada ustaz, iaitu Ustaz Ramli.

“Saya nak minta semua duduk di ruang tamu.” Aku tak tahu kenapa aku rasa takut ketika mendengar suara ustaz. Aku terus menutup pintu bilik ketika ustaz memberi arahan kali ke-2.

Ustaz membaca beberapa ayat Al-Quran untuk meruqyah kakak aku. Alhamdulillah kakak aku tidak ada apa-apa. Ustaz naik ke tingkat 2 untuk melihat dan membuat pendinding di bilik tersebut.

“Alhamdulillah yang datang malam tadi hanya menumpang, bukan saka sebab kawasan atas rumah ini dah lama sangat tak berpenghuni. Tiada siapa yang tido atau duduk. Jadi lembaga tu datang menyinggah cumanya ada benda lain dekat sini.” Kata ustaz sambil memandang aku.

“Kakcik mari duduk sini. Saya takde buat apa-apa.” Ustaz mengajak aku duduk di ruang tamu. Aku ketika itu membuka pintu bilik sebab mak aku marah.

“Kakcik, jom!” Adik tarik tangan aku. Aku duduk di karpet berhadapan dengan ustaz. Tiba-tiba ustaz membaca ayat-ayat ruqyah dan aku tidak sedar.

Aku terkejut kerana aku mendengar suara-suara ahli keluarga aku tapi aku tak tahu aku berada di mana. Aku melihat sebuah tempat yang gelap seperti gua dan aku melihat satu susuk lembaga yang sangat besar. Aku takut.

“Aku kata aku taknak keluar!!! BODOH!! LELAKI BODOH KO BUAT APA DEKAT AKU!!

“Aku kata keluar sekarang dari badan anak ini. Ko siapa? Kenapa ko ada dengan dia?” Ustaz mula marah kepada benda yang ada dengan aku.

“AKU DAH LAMA ADA DENGAN BUDAK NI. AKU SUKA BUDAK NI! BODOH! AKUUUUU SAKITTTTTTTTTT!!! PANASSSSSS!!! BADAN AKU SAKIT” Aku menghentak-hentak kaki dan cuba berusaha untuk melepaskan diri. Suara aku bertukar seperti suara lelaki dan sangat garau.

“TOLONGGGGGGG AKU JANJI AKU TAK BUAT BENDA JAHAT DEKAT DIA. AKU JANJI AKU TAK BUAT DIA SAKIT LAGI!!! SEBAB DIA RAJIN SOLAT, BACA QURAN SEBAB TU AKU BUAT DIA HAMPIR-HAMPIR LUMPUH, TAK BOLEH JALAN, MASUK KELUAR HOSPITAL!!! BUDAK NI AKU PUNYAAAAAAAAA!!!”

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.” Ustaz memulakan ruqyah kepada aku.

“HAHAHAHAHAHAHA.. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…”benda” tu turut mengikut apa yang ustaz baca sambil ketawa.

“Abah, kakcik kena ruqyah dengan ustaz. Cepat balik sebab kakcik kena rasuk. Sangat teruk!” Mak dengan cemas menelefon abah.

“Hah, kenapa kakcik? Kakak kan yang kena kacau?” Suara abah seperti tidak percaya.

“Ya, suara kakcik dah berubah.” Mak mendekatkan telefon ke arah aku dan abah sangat terkejut.

“Saya balik sekarang. Abang cik ada sekali”. “Cepat awak balik, adik dgn akmal (pak ucu) tak larat nak pegang kakcik. Dia tendang sangat kuat.”

“AKU DAH IKUT BUDAK NI DARI DIA DARJAH 6 LAGI. AKU TAKNAK KELUARRRRRRRRRRR!!!

“Ustaz, kakcik sakit ustaz. Kakcik takut. Ada lembaga besar ustaz.”

“Kakcik baca Al-Fatihah. Jangan mengalah kakcik! Selawat dan istighfar kakcik! Kakcik ingat Allah ada! Allah maha besar kakcik!

“Ustaz….kakcik tak mampu ustaz..sakit sangat badan kakcik. Ustaz tolong la berhenti!” Kata aku sambil menangis.

“KALAU KO NAK TENGOK BUDAK NI LAGI SAKIT, KO BUATLAHHHHH!! AKU AKAN BUAT BUDAK INI MENDERITA!”

“Kakcik, kakcik nak benda ni keluar atau tak dari badan kakcik? Kalau kakcik nak, ikut ustaz baca sekarang”.

“Nak ustaz. Kakcik ikut ustaz”, kata aku sambil menangis. Suara aku dan suara “benda” tu asyik bertukar.

“BODOHHHHHHH!!! HEI, USTAZ KO NAK AKU BUAT BUDAK NI MATI KE!!!!!!!”

“Ya Allah, aku hanya ada Engkau, Ya Allah. Tolonglah aku, bawa aku keluar dari sini”. Aku tiba-tiba nampak sesuatu dan tanpa aku sedar, aku sebenarnya telah pengsan selama 20 minit.

Setelah bertarung hampir 2 jam, ustaz berjaya membuang benda yang menumpang aku. Aku merasa sangat-sangat letih dan sakit seluruh badan.

Mak, kakak dan adik aku memberitahu mereka takut melihat wajah aku ketika itu. Suara aku juga sangat mengerikan terutama ketika aku ketawa. Ketika abah dan abang cik sampai, first time aku melihat wajah abah aku menangis.

Ustaz bagitau yang ada benda mendamping aku sebab aku sangat lemah tapi aku tak tahu yang aku lemah. Sebab tu dari aku darjah 6 sampai aku di matrik, aku kerap sakit.

Aku tidak mampu aktif sukan walaupun aku sangat-sangat aktif sebelum ini. Aku duduk di asrama dari form 1- form 3 dan disebabkan ‘benda’ ni, aku selalu diganggu dan boleh melihat hantu-hantu yang muncul di hadapan aku.

Untuk pengetahuan semua, sebelum aku berjumpa ustaz, aku tidak boleh berjalan seperti lumpuh sebelah badan. Aku dan jumpa Dr di hospital, beberapa kali di masukkan ke wad kecemasan kerana sakit yang sangat teruk di bahagian perut dan kaki.

Dr juga pernah bagi tahu aku kena slip disc. Aku memang tak mampu berjalan dan terpaksa menjawab spm di hospital.

Tapi bila kerap masuk ke hospital, Dr memberitahu yang aku sihat. Pelbagai rawatan kampung dan moden aku telah cuba. X-ray, MRI dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan hampir setiap bulan aku ulang alik masuk wad kecemasan kerana tiba-tiba sakit.

Ustaz bagitau yang dia telah membuang ‘benda’ tersebut tapi boleh jadi ‘benda’ tu akan datang balik. Aku kena usaha sendiri untuk membuat pendinding.

Dan start dari sini, pelbagai kejadian mistik yang aku alami. Sangat menakutkan. Kadang-kadang aku boleh nampak dengan real jelmaan ‘benda’ tu. Actually banyak lagi kejadian mistik yang jadi selepas tu tapi nanti la kalau aku rajin, aku cerita.

– Cik Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *