Misteri Tidak Terungkai II

Assalammualaikum admin. Mohon hide profile sy. Terima kasih banyak2 kepada admin sekiranya kisah ni tersiar. Kisah ni rentetan dari kisah misteri tidak terungkai tempoh hari . Ya. Aku Lia. Dan inilah kali terakhir aku luahkan disini. Mungkinkah tawar hati ? Oh mungkin tidak. Baca dulu hingga akhir. Ada perkara yg aku ingin jelaskan .

Firstly, terima kasih banyak2 kepada pembaca2 yg budiman yg sudi beri kata2 semangat dan doa2 yg ikhlas. Yaa. Aku memang hanya dambakan doa dari kalian supaya aku terus kuat( aku juga berdoa). Memang 5 tahun itu lama. Tapi dengan doa dan kata2 semangat dari kalian mulanya aku hampir putus asa tetapi kini aku kembali kuat dan teruskan usaha. Ada yang bertanya kenapa tidak aku berubat dengan pak cik tu. Kalau lah dia ada memang aku teruskn niat aku. Tapi bukan kah aku telah terangkan dlm penjelasan tempoh hari yg aku telah cuba pelbagai cara termasuk berbagai ustaz disini. Ya masih tiada lagi jawapan. Aku percaya ada hikmahnya. Dan ada juga bertanya kenapa tidak buat umrah bersama2. Aku sedang usaha ke arah itu. In shaa allah. Trip percutian yg aku katakn semuanya dlm malaysia je.

Dan terima kasih juga kepada puan bunga yang memberikan tips serta cadangan yg bernas. Aku hargai . Semoga Allah merahmati puan. Ada juga mengatakan yg aku lebih percaya kata2 ustaz. Ya Allah. Kalau sudah ustaz org pandai agama kau tak percaya, pengamal perubatan islam. Jadi mana lagi kah nak ikut. Kalau sudah orang agama pun kau ragu2 dengan penuh bacaan ayat Al quran yg aku pasti ayat2 nya jadi apa lagi yg ingin kau jelaskan wahai saudara. Berkata seolah2 kau tidak percaya tentang agama. Jadinya ustaz2 yg memberi ceramah dan tunjuk ajar pun kau tidak percaya kah wahai saudara ? Sungguh cetek pemikiran kau. Dan paling sadis sekali ada yg mengatakan bayangan yg ikut aku hampir berbulan2 tu adalah kucing. Aku masih waras . Tak kan kucing aku tak kenal. Kucing itu ikut aku hingga ke bilik ke mana2 saja sehingga lewat malam kah saudara ?. Logik akal la sikit kalau memberi komen. Ada baiknya kau diamkn saja daripada menulis perkara2 yg boleh menyakitkn hati org lain.

Cerita nya begini jikalau anda tidak berada di tempat aku so memang kau tidak akan percaya sampai bila2 sampai terkena batang hidung kau sendiri. Benar kata salah seorang yg memberi komen. Setelah 5 tahun aku pendam dgn niat mendapatkn semangat mumgkin ada yg pernah alami( ada yg 10 tahun dan aku benar2 membuatkan anda inspirasi utk aku terus bersemangat). Ada juga memberi kecaman saja ( seorang dua ) tpi aku maafkn anda. Dan aku tidak mendoakn anda merasa seperti aku rasa. Tapi cara anda memberi tindak balas seperti angkuh dan tidak percaya kepada benda2 ghaib. Dahulu seblum aku mengalami kejadian seperti ini, sekiranya aku terdengar org terkena buatan tidak pula aku memberi tindak balas yang tidak wajar. Sekiranya ada yg meragui aku. Aku diamkn aja. Ya. Mungkin kata2 itu boleh membuatkn org lain bertambah sedih.

Biar aku ceritakan seterusnya kisah apa terjadi ketika aku benar2 merasa takut tanpa sebab. Kalau aku terangkan dlm luahan sbelum ni. Cerita akan jadi bertambah panjang. Tapi kini aku sedia menceritakan. Begini ceritanya, Hampir 5 bulan juga aku takut kadang2 aku benar2 rasa aku diekori sesuatu. Dan benar. Suatu hari aku pulang dari masjid di asrama , aku berasa spt tidak sedap hati dan aku terus masuk dalam bilik. Kebetulan kawan2 aku keluar beli makanan malam dan aku juga mengirim makanan. Ketika ini, hati aku rasa berdebar. Rasa takut dan entah kenapa rasa lain malam tu. Mujur tidak sampi 10 minit kawan aku sampai , melihatkn muka aku yg pucat. Mereka terus bertanya. Aku diam pada awalnya. Aku tanya salah seorang dlm bilik tu, aku bertanya ada nampak apa2 tak ? ( kawan aku ni boleh nampak benda ghaib) . Kalau ada yg tidak percaya itu terpulang tp ingat dlm dunia ni bukn kita je yg ada. Alam ghaib itu memang wujud. Kau menidakkan bermakna kau tidak percaya pada kuasa Allah yg mencipta mereka. Berbalik kisah tadi , kawan aku kata ya. Aku terus terdiam. Masing2 dah dlm ketakutan. Jadi kami tak jadi teruskan perbualan kami. Aku dah boleh bertenang sbb dah ada ramai dlm bilik tu. Kurang la rasa takut. Lepas makan kami terus tidur walaupun masing2 penuh dengan tanda pertanyaan. Malam tu aku memang tak boleh tidur. Rasa gelisah . Aku diamkn je. Aku ajak kawan tidur sebelah aku. Dan akhirnya aku terlena. Esoknya aku bangun sperti biasa dan rutin biasa. Aku siapkn diri ke kelas. Balik dari kelas , aku jumpa kawan yg malam td aku katakan tu. Aku tanya dia “adik, malam tdi nampak apa ya ?”. Dia jawab, kita nampak ada budak kecik perempuan muka pucat ikut akk dan akhirnya dia duduk tepi sudut pintu sambil pandang akk. Aku dah agak dah. Benda ni mmg ikut aku. Tapi dari mana aku tak pasti sedangkan aku dari masjid ketika itu. Aku tanya roomate aku lagi. “So, lepas kita makan malam semua kita tidur tu dia ada lagi ke?”. Dia jawab. Yes. Dia ada lagi sampai pagi ni tengok tak ada.. aku ni dah lali benda mcm ni. So aku cakap dengan roomate aku tu. Okey diamkn perkara ni ya sebab akk tak nak yg lain takut dan risau. Roomate aku ni angguk tanda setuju.

Esoknya hari jumaat, sehabis kelas aku balik ke rumah seperti yg aku jelaskn dalam confession sebelum ni. Ya jgn lupa ya ketika itu aku hamil 5 bulan. Di rumah sebelum kejadian aku pitam yg teruk dan yus bawa ke kampung nya untuk berubat tu, setiap malam aku nk ke bilik air pasti aku minta berteman. Aku memang dapat rasakan sesuatu. Kita ni sebagai manusia pasti ada naluri dan naluri itu adakalanya benar. Aku tahu aku sentiasa diperhatikan. Cuma aku tak pasti apa dia. Adakah dia sengaja nak kacau aku atau kacau anak dalam kandungan ini ? Sebab aku pernah bertanya pada seseorang tentang perkara ni, katanya benda2 ni memang suka pada yang mengandung. Wallualam. Aku tak mampu nk cerita lebih detail. Nanti ada yang kata aku mereka2 cerita. Biarlah keluar cerita dari org yg terdekat dengan korang yg pernah alami.

Kini, setelah aku beri penjelasan, Aku dah nekad aku akan tetap berusaha perbetulkn rumah tangga aku semula. Biarlah org kata apa pun dan aku tidak akan sesekali minta cerai dari suamiku yus. Untuk apa aku dah berusaha dan lama aku menunggu akhirnya aku mengalah aku tetap akan tunggu sehingga misteri ini terungkai.Ada yg bertanya yus tu tak berusaha ke? Mcm mana aku nak terangkan lagi. Dia tahu dia macam tu. Dia tahu ada yang tak kena dengan dia Dia tahu dia sakit tapi dia lebih sengaja kuatkan mental dia dan lebih banyak diamkn diri bila ajak berbincang. Ya. Aku tetap menunggu sampai bila2. Pasti dan aku yakin Allah itu Maha Pemurah. Dia pasti akn tunjukkn jalan. Kami solat bersama dan mengaji bersama supaya kami dapat keluar dari belengu ini. Terlalu banyak perkara aku nk cerita di sini antaranya kisah aku dan dia yg hampir accident ketika perlanggaran dengan makhluk yg ntah apa2 ketika itu ketika bercuti di kelantan. Mujur alhamdullilah kami selamat cuma kalau tidak kuat iman memang kami dah berlanggar dengan pokok besar disitu. Kalau diingatkn semula memang seram kisah itu. Tujuan nya hanya 1 nak rosakkan rumah tangga kami supaya kita ni suami isteri bergaduh dlm perjalanan percutian tu. Itu aja.

Cukuplah rasanya itu yg aku mampu luahkan. Yg lain biarlah menjadi simpanan memori aku. Terus terang aku tak mintak apa2, doakan aku terus tabah dan kuat dan doakan kami terus sabar. Kalau ada tidak senang dengan coretan aku. Aku benar2 minta maaf sebab setahu aku confession dalam page ni bukan saja untuk luahan ilmiah semata2 dan kalau confession aku tidak diluluskn pasti tidak di keluarkan oleh admin. Ada sebab aku luahkan disini dan bukan di page krt. Pada mereka yg tidak percaya , terpulang tapi janganlah anda sombong menidakkan bulat2. Kalau sihir itu tidak berlaku tak mungkin allah turunkn dalam ayat al quran tetang kesan sihir itu. Terima kasih wahai pembaca budiman. Aku ulang trima kasih sudi beri nasihat dan sokongan dan aku tidak akan minta cerai walaupun sejauh ini Allah beri ujian sbb allah benci pada penceraian. Bergegar tiang arasy. Lagipun aku yakin kami baru diuji 5 tahun bukannya seumur hidup. Allahuakhbar. Sekian coretan terakhir dari aku, Lia.

– Lia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit