Mistik atau Kebetulan

Hai. Nama aku Ariza. Aku berumur dah nak masuk dekad ketiga dah. Berumur dah. Terima kasih admin jika siarkan cerita aku ni. Apa aku nak share ialah satu cerita pengalaman separa mistik aku masak aku praktikal kat salah satu resort masa aku belajar dulu. Cerita ni dalam tahun 2014. Dah lama dah.

Resort mana tak payah la aku sebut nama. Tapi resort ni dah tutup since Januari 2016 dah sebab pihak pengurusan sekarang nak buat renovation untuk rancangan masa depan. Sesiapa yang tinggal di kawasan pantai timur ni pandai-pandai la jalankan risikan resort mana yang tengah tutup sekarang ye.

Aku praktikal kat resort ni seronok. Tak lama, 5 bulan je. Tempat dia memang cantik. Makan dan tempat tinggal pun disediakan. Tapi disebabkan resort ni dekat dengan rumah aku, aku ulang alik jelah. Intern sini memang seronok walaupun tak dapat sebarang elaun atau insentif sepanjang aku 5 bulan kat sini. Staff pun ok. Politik dalaman tu normal la. Tapi aku tak campur la yang tu.

Pagi-pagi sebelum masuk waktu pejabat (9.00 -5.00pm) aku selalu ronda-ronda sekejap kat kawasan kolam renang tengok staff bersihkan kolam sambil kacau anak arnab. Sambil-sambil bagi makan anak arnab. Tapi kalau guest resort, Bagi makan arnab kena bayar. Ingat senang ke nak generate duit. Hihi.

Aku intern bawah IT unit. Jadi office hour aku 9am-5pm with alternate saturday off. Tapi since IT, malam pun kau kena standby jugak incase system down tengah malam. Sepanjang intern, 2 kali je aku penah kena panggil malam.

Satu culture kat sini, kau jangan harapla kau boleh punch out tepat2 pukul 5petang kalau rasa nak kena tolak markah kerjasama. Intern tak intern semua guest kau sama-sama kena entertain. Kat resort ni 2 kali aku kena kacau. Aku share satu satu eh.

Okay. Aku terus cerita aku. Satu haritu aku kerja macam biasa. Masa tu dah 5.15 petang. Aku baru je masuk office balik lepas habis round resort untuk check system dan AP resort. Dalam masa aku nak kemas-kemas nak balik tu, abang kat office tu inform aku untuk naik kat lobby, since dapat complain dari guest yang bilik dia tak dapat signal wifi.

Aku tak cakap banyak terus ke lobi tanya untuk confirm complain dan dapatkan bilik nombor berapa. Aku semak dan kenalpasti Ok. Bilik 206. Jadi router yang aku kena check ialah level atas, dekat bilik 305 sebab tu router terdekat yang bilik 206 tu boleh capai signal wifi resort. Aku pergi bilik AP dulu. Betulkan wayar modem sebab malas nak jalan 2 kali. Jarak bilik AP ngan tempat aku nak pergi tu boleh tahan jauh jugak.

Resort ni dia ada 2 wing. Wing A dan Wing B. Bilik 305 ni terletak paling hujung wing B. Lorong nak ke bilik ni ada 4 bilik, bilik 302, 303, 304, dan terkhir, bilik 305. Orang kata penghabis resort sebelum masuk hutan sebelah. Kalau jenguk ke bawah beranda resort ni, kita boleh nampak pagar pemisah kawasan resort dan hutan sebelah.

Masa tu dah 5.45 petang. Aku check je signal guna handphone aku. Masa tu guna Nokia apa ntah dah lupa. Aku try connect dan cuba login wifi resort.

Sambil check aku duduk je atas lantai kaki lima betul-betul mengadap depan pintu bilik 305 tu. Sambil-sambil tu aku perhati lorong nak ke bilik tu macam terbiar. Ada daun-daun kering dan agak berdebu. Tunggu connect wifi, alhamdulillah signal dapat. Aku pun test la online jap. Tengah duk online, tiba2 aku dengar bunyi orang ketuk pintu bilik. Kuat. Aku tergamam jugak sekejap.

Aku diam. Mungkin housekeeping staff kot pegi bilik guest level atas atau bawah. Aku diam menunggu. Tapi takda ape. Nothing. Angin sepoi-sepoi je yang lalu. Takde bunyi suara orang pun. Aku yakin dan sedar memang aku dengar bunyi orang ketuk pintu.

Pastu sekali lagi bunyi ketukkan pintu berbunyi. Sah. Bunyi tu betul2 datang dari dalam bilik 305 depan aku sekarang ni. Aku dalam keadaan tergamam tu, pandang pintu dan dalam masa tu aku dengar sayup-sayup bunyi berderap dan bunyi macam meja atau perabot teralih dari dalam bilik tu. Tiba-tiba aku meremang bulu roma.

Aku tak fikir panjang, bangun dan terus jalan balik office. Jam dah pukul 6.15 petang. Aku call lobby cakap signal dah setle, kemas barang laptop semua dan terus punchout balik rumah.

Esok tu, pagi-pagi aku sampai office, aku pergi kat kakak account ni. Dia cover bahagian account receiveable. Jadi dia dapat access sistem yang boleh tengok keseluruhan housekeeping dan front office system sebab akan generate report duit masuk.

Aku tanya, “akak, bilik 305 ad guest occupied ke?”. Akak tu tengok aku dan tanya “kenapa dik?” Aku cerita pasal semalam. Akak tu senyum je. Dia tunjuk kat aku. Dalam system tu, betul-betul atas icon bilik 305 tu ada satu simbol merah bermaksud status room under maintainance.

Room under maintenance ni maksudnya bilik tak kemas lagi. Selagi bilik tak kemas dan tak dapat status ready, bilik tu tak akan diberi atau available untuk guest check in. Bilik 305 tu dah bertahun-tahun dapat status tu. Staff2-staff lama ramai yang tahu cerita pasal bilik 305 ni.

Dah bertahun dah bilik tu ditutup sebab dah banyak gangguan berlaku sama ada pada guest mahupun housekeeping staff sendiri. Aku je yang tak tahu. Yelah. IT unit mana ambik tahu pasal bilik. Orang cakap budak sistem kan noob.

Hehe. Nasib baik lah setakat tu je aku kena. Alhamdulillah. Tapi itu aje kali pertama dan terakhir aku dapat aduan pasal line intenet area situ. Lepas dari kejadian tu jugak aku pun beringat sikit untuk tak check line lewat petang. Yelah. Kita betul-betul fikir nak buat kerja, bukan saja-saja cari penyakit.

Hmm. Itu jelah kisah aku. Hehe. Terima kasih untuk yang membaca.

– Ariza

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *