Mitos Emas Pelaburan Terbaik

Kebelakangan ini, ramai yang cakap kalau nak buat pelaburan, buatlah pelaburan emas. Kerana menurut mereka, harga emas sentiasa naik saban tahun. Baiklah. Menurut aplikasi Meta Trader 4, harga emas paling murah ialah pada 1/4/2001 dengan harga mencatat usd257.76 per ounce (1 ounce bersamaan 28.35g) manakala harga emas yang paling tinggi dicatatkan adalah pada 1/9/2011 dengan harga usd1920 per ounce. Perbezaan harga selama 10 tahun tersebut adalah sebanyak usd1662.24. Itu adalah harga pasaran emas mentah dunia.

Namun apabila harga sudah mencecah ke paras paling tinggi, ia kembali dalam mode bearish (menurun). Merujuk kepada harga semasa emas sekarang, harga untuk per ounce adalah sekitar usd1280.94 (28/12/2018). Ini bermakna dalam tempoh 7 tahun, harga sudah turun sebanyak usd639.06. Kalau dalam ringgit malaysia, usd639.06 bersamaan rm2658.05 lebih kurang.

Diatas adalah sedikit penerangan ringkas harga emas mentah (yang tidak diproses). Untuk pasaran biasa seperti di kedai2 emas, anda tak kan dapat harga seperti diatas. Kerana taukey emas pasti mahu mengambil untung dalam perniagaan ini. Contohnya, tadi anda beli emas 10g. Seandainya emas yang anda beli tersebut rm1890(rm189 x 10g), secara automatik anda akan kerugian rm151.20 (8%) disebabkan perbezaan spread harga jual dan harga beli. Itu untuk emas 999.

Bagaimana pula sekiranya kalau anda beli emas 916 (barangan kemas seperti cincin, rantai dan lain2). Spread “trade in” yang anda terpaksa rugi adalah sekitar 10%-25% dari nilai emas yang dibeli seandainya mahu trade in. Ini termasuk dengan kos upah. Kalau anda mahu jual kepada taukey emas pula, anda akan kerugian sebanyak 30% hingga 40% (bergantung kepada rundingan pembeli dan penjual).

Selain itu, kalau mahu pajak di ar rahnu bank islam, mereka akan membayar kepada anda maksima 60% dari nilai emas. Mereka juga akan mengambil kos upah penjagaan minima 0.7% sebulan. Maknanya kalau 10 bulan kita pajak, kita perlu membayar 7% + 60% nilai emas yang dibayar. Ditambah lagi kalau tiba-tiba harga emas makin drop. Lagi rugi. Jadi disini saya mahu bertanya, dimana untungnya emas sebagai pelaburan?

Emas sebagai pelaburan “Long Term”

Baiklah. Untuk tajuk kecil ini, saya ingin bertanyakan kepada anda satu soalan. Soalannya bila anda beli emas? Adakah 10 tahun lepas? 20 tahun lepas? Atau baru beli tahun lepas. Sekiranya anda beli pada tanggal April 2001, tahniah. Kerana anda sudah berjaya mendapat untung kerana harga sekarang sudah naik berganda-ganda. Tetapi sekiranya anda beli pada September 2011, salam takziah dari saya untuk anda. Kerana anda telah terbeli ketika harga sudah mencecah paling tinggi iaitu usd1920 per ounce.

Bermula pada harga tersebut, trend sekarang adalah bearish (menurun). Ya, harga emas memang akan naik. Tapi bila? Sebab menurut analisa ringkas yang saya buat, harga emas sekarang dalam trend menurun. Ditambah lagi dengan pengukuhan Dollar US dan lemahnya Pound Sterling akibat sentimen Brexit sekarang. Melainkan kalau USD merudum, maka ada kemungkinan emas akan kembali menguat. Tu adalah sifir intermarket correlation.

Kalau kita lihat kepada saranan pakar-pakar ekonomi islam, mereka menyuruh kita menyimpan emas. Bukan melabur emas. Kalau kita benar-benar mahu berkecimpung dengan emas, sepatutnya jadilah taukey emas. Peniaga emas. Bukan melabur emas. Kerana yang kaya-raya dalam bidang emas ini sebenarnya adalah taukey. Sebab mereka berniaga. Untung dari spread jual dan beli berapa dah. Tambahan lagi kos upah pula yang mereka kenakan. Fuhhh. Masyuk tu.

Oleh itu saranan saya kepada anda diluar sana, janganlah tertipu dengan propaganda yang mengatakan “emas pelaburan yang terbaik”. Kerana sebaliknya, pelaburan emas lebih banyak memberi kerugian disebabkan harganya selalu turun. Kalau setakat nak beli buat perhiasan, belilah. Tapi jangan sesekali terlibat dalam pelaburan emas ini. In syaa Allah semoga kita sentiasa dilimpahi olehNya.

– TraderMarhaen

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *