MLM – Aku Yang Tertipu

Salam perkenalan buat semua pembaca IIUM Confessions. Ye seperti tajuk yang tertulis, aku pernah jadi salah seorang mangsa yang pernah tertipu dengan MLM ni.

Aku ceritakan semula kisah yang berlaku kira-kira 9 tahun lepas untuk dijadikan pengajaran buat kita semua.

Cerita ni bermula semasa aku baru sahaja dapat peluang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam di utara Malaysia.

Aku cuma seorang pelajar yang datang dari keluarga yang sederhana dan hanya bergantung dengan PTPTN untuk menampung hidup aku sepanjang belajar disana.

Hidup aku berjalan seperti biasa sepanjang berada disana, seronok berjumpa kawan-kawan yang baru dikenali tapi siapa sangka ini permulaan kepada satu episod pahit dalam hidup aku.

Dipendekkan cerita, setelah beberapa bulan tidak dapat balik ke kampung, akhirnya aku dapat pulang sebentar untuk bertemu dengan keluarga yang dah lama aku tak jumpa.

Suatu hari, tiba-tiba aku dapat PM facebook dari sahabat yang aku kenali ketika menjalani PLKN.

Kami mengenali satu sama lain tapi tidaklah serapat mana. Dia mengajak aku berjumpa dan aku yang tidak bersangka buruk pada masa tu terus bersetuju berjumpa dengan dia.

Sampailah hari yang dijanjikan, aku bawa adik aku sebagai teman. Kisah ni dah start pelik bila mula-mula dia ajak berjumpa di Midvalley dan aku pon dah sampai kat sana.

Tiba-tiba dia ubah lokasi untuk berjumpa di TBS sebab ayahnya ada event disana. Aku yang lurus ni pon percaya dan terus pergi ke lokasi kedua ni.

Okay, sampai je TBS aku macam excitedla nak jumpa dengan dia sebab dah lama tak jumpa. Bila dah sampai dia bawa aku ke satu lokasi rumah kedai dan kami masuk bersama-sama.

Lepas tu, dia suruh aku dengan adik aku masuk satu bilik ni. Aku terkejutlah sebab eh apesal ramai betul orang pastu style macam nak dengar seminar.

Aku pon duduk & event tu pon start. Mula-mula aku macam ok lagi tapi lama-lama bila dia dah start laungkan kata-kata semangat gaya MLM tu aku dah start cuak.

Tak lama lepastu dia bawa pulak aku masuk satu bilik yang lain. Dalam tu macam ada mentor mentee la plan nak perangkap konon-konon “beginner” dalam MLM ni.

Oh ye, masa tu aku dapat 2 orang mentor lelaki. Dia dok explain panjang lebar pasal produk MLM dia tapi masa tu aku ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aku iyekan aje konon-konon tak tertipulah. Setelah berapa jam aku tersangkut kat situ, ingatkan dah habislah cubaan nak menipu tu sekali ada stage seterusnya.

Aku dengan adik aku masa tu nekad nak balik dah eh sekali dia bawa pulak jumpa master bentara guru MLM dia.

Bila dorang ni start push-push aku dok suruh bayangkan kalau kita jual produk ni, kita dapat bawa mak ayah pergi Mekahla apela, aku pon dah start tension terus menangis kat situ.

Kau bayangkan kau ade dalam situasi tu dengan kau student, duit yang ada pon duit ptptn. Dia push suruh beli produk dia yang mahal tu. Sape tak menangis beb.

Akhirnya aku kalah gak. Habis duit ptptn aku masa tu dahla baru dapat. Melayang RM800. Balik-balik aku demam sebab trauma kene scam dekat seribu ringgit malaysia. Hahaha.

Lepas beberapa hari aku ingatkan habis situ rupanya dia ajak jumpa lagi nak explain pasal produk tu. Aku bagi macam2 alasanla cakap aku demam semua tapi dia push juga ajak jumpa.

Bila dah sampai tu aku dengar jelah ape lagi dia nak kelentong aku lagi lepastu aku balik je.

Jangan harapla aku nak promote produk menipu macam ni. Dahla mahal giler produk dia. Benda ni berterusan lama jugakla.

Last-last aku malas nak layan, aku block je semua yang dah menipu aku ni. Kawan yang punca aku kene tipu ni pon aku removed terus dari friend fb aku.

Aku macam tak sangka perwatakan dia baik lemah lembut sekali dia pergi pedajal aku dengan skim MLM ni.

Kiranya, aku bernasib baikla sebab tak melayan skim MLM ni sampai ke sudah sebab mak aku ni jenis selalu pesan jangan layan benda-benda macam ni. Kalau tak aku taktaulah nasib aku sekarang ni macam mana.

So nasihat aku buat student-student yang baru masuk alam universiti ni, hati-hatilah dalam berkawan.

Kita ni student kalau boleh niat tu biarlah betul untuk belajar. Janganlah terlibat dengan skim2 MLM ke Affiliate Junction ke sebab benda-benda ni tak menjamin masa depan kau pon.

Silap-silap nanti kau berhutang keliling pinggang sebab tertipu dengan skim-skim macam ni. Akhirnya korang merana, yang kaya si penipu-penipu MLM ni jugak.

Terima kasih sudi baca pengalaman aku guys!

– Ms. A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *