MLM Alaf Baru

Hai, nama aku Siti. Umur 24 tahun, yang masih lagi mencari kerja. Banyak sudah aku try apply kerja kat fastjob, indeed, jobstreet dan maukerja. Satu pun tak berjaya (hampir putus asa).

Minggu lepas, ada satu company ni call, minta datang iv. Tempat iv di Hamp***** place dekat dengan lrt ampang park. Aku bukan org KL tp kebetulan aku ada kat KL, why not aku pegi try iv tu kan. Position yg aku apply as data entry je.

Long story short, masa sampai je aku tempat iv, terkejut sangat sebab terlalu ramai org yg datang untuk iv. Oh lupa plak nak bg taw, dia call panggil iv tapi tak sebut company mana just bagi taw sila dtg iv pada sekian2 tarikh.

Time tengah isi borang iv, saja la borak2 dgn candidate lain nak tny position apa yg diorg apply. Banyak jugak position yg lain2, aku pun bersangka baik la mgkin company diorg ni baru lagi dan perlukan ramai pekerja.

Bila turn aku untuk di iv, kemain ada org escort. Iv pun diruangan office, katanya bilik meeting ada client luar dtg. Tak sampai 5 min iv, aku diterima kerja dan boleh start keja minggu depan. Dan gaji yg di offer adalah 1000usd. Ye 1000usd, bersamaan rm4000. Tu baru basic katanya, tak termasuk allowance lagi. Kata ko!

Bila je diorg offer gaji byk tu, aku dah mula pikir apa hal banyak nak mampus pdhal position biasa2 je. Selesai iv, siap ada org escort hantar kat lift ok, oh lupa bg taw, attire baju diorg letops habis. Dengan heels, blazer mmg kemas!

Habis je iv, balik rumah terus aku cari pasal company tu. Tak jumpa beb! Masa ni memang dah pikir scammer ni, tapi dok bersangka baik lagi kata tak kan scammer kot sbb company duduk tempat bukan biasa2. 50-50

Sekali aku search kat twitter. Nahhhh jumpa kau. 100% scammer. Diorg bagi je jawatan yg kau nak, hakikat nya, kau kena buat sale dekat company tu. Training 3 hari, tak de basic salary yg ada cuma commission sale yg kau buat tu je. Dia mcm concept MLM. Tak salah aku jual emas kot.

Yang sedih nye, ada satu akak ni duduk sebelah aku time isi borang. Akak tu siap baca doa bersungguh2 sblm iv, harap sgt dpt keja tu kan. Ye la, kami yg pencari kerja ni bersungguh2 nak kerja tu, tapi kau tipu org mcm kami. Aku pun sedih jugak sbb buang masa buang duit. Dah la duit semakin haus. Haish

Pengajaran dia kat sini, sebelum apply keja search dulu company tu wujud ke tak sebenarnya. Totally aku yang bodah, main apply je langsung tak check. Kalau rasa tak sedap hati nak pegi iv kat mana2 company, better tak payah pegi. Karang rasa trauma macam aku ni ha.

Sekian pengalaman aku kena scam. Doakan aku dapat keja ye!

– Mangsa scammer

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *