MLM Gila!

Assalamualaikum semua,

*Kalau rasa bosan baca, terus je skip part bawah untuk point utama aku*

Aku Miss J, penjawat awam gred SPM di Putrajaya. Hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan Multi Level Marketing melibatkan seorang hamba Allah yang aku gelar Miss A.

Ringkasnya MLM. Mungkin meleret sikit cerita ni. Tujuan aku bercerita meleret ni adalah supaya kalau-kalau Miss A terbaca, sebab dia memang dah menghilang. Not to mention, skill bercerita aku memang ke laut dalam. Sorry kalau bosan.

Kisah ni bermula pada Ramadan 2016. Aku kenal Miss A melalui housemate aku. Dia nurse kat Institut Kanser Negara (IKN). Dia dan housemate aku datang amik aku kat opis.

Pelan hari tu adalah untuk berbuka bersama-sama. Masa tu, dia ada masalah dengan kad ATM Maybank dia. Tak boleh nak cucuk duit. Tapi, takdelah sampai dia pinjam duit kitaorang. Jadi, kitaorang pergi ke restoran kat Presint 8.

Masa mula-mula aku naik kereta dia, dia memang mesra. Bagi aku, adalah satu perkara normal kalau orang tanya pasal background. Biasalah, nak berkenal-kenalan.

Dia tanya aku kerja kat mana, gred berapa, gaji berapa, mak ayah ada lagi ke tak, adik-beradik berapa orang, dulu study sampai peringkat mana, ada buat pinjaman ke etc.

Aku takdelah annoyed pun, apa yang dia tanya, aku jawab je. Sebab aku pun kadang-kadang species busybody jugak. Banyak perkara berkisar pasal latar belakang kewangan antara topik yang kitaorang borak sambil-sambil nak tunggu waktu berbuka.

Mungkin waktu mencemburui, maghrib pun belum, maka kitaorang pun baliklah dengan dihantar oleh Miss A menggunakan Proton Saga dia.

Ada jugak dia bagitau yang dia berhajat nak tukar kereta dia tu. Tak sedap pakai gamaknya. Dan masa tu, aku tau dia dah bertunang dengan abang bomba.

Fast forward ke beberapa hari selepas Merdeka 2017, dia contact aku. Nak ajak keluar katanya. So, kitaorang keluar la makan-makan.

Minggu depan pun kitaorang keluar lagi, kali ni berempat dengan kawan dia, Miss B dan Miss C. Asalnya dia kata nak pergi IOI mall nak cari hadiah kahwin kawan dia. Sudahnya, tak sempat, so, kitaorang berempat keluar makan je.

Punca jadi tak sempat ni, asalnya dia kata nak mandi tukar baju dan maghrib jap. Pastu dalam sejam lebih kitaorang tunggu dalam kereta, dia masuk bagitau kitaorang yang dia lambat sebab ada argument dengan tuan rumah dia pasal duit sewa.

Dia kata housemate dia berhutang RM300 dengan tuan rumah. Masalahnya tuan rumah cari dia sebab dia tukang manage rumah tu.

So, dia kata nak pinjam dengan aku RM300. Dia tanya, “Miss J, ko ada RM300 tak?” Aku kata “Takde wei, aku bawak RM50 je.” Aku chong jelah dia, sebab memang takde niat nak bagi pinjam pun.

Tapi, dia bijak. Atau aku yang bodoh sebenarnya. Sebab soalan seterusnya adalah perangkap. Dia tanya, “tapi, kau bawak kad ATM kan?” Aku pun cepat pulak respon, “haah, ada.” Alamak! Dua saat kemudian terus menyesal. Patutnya jawab je takde.

Disebabkan damage done, dia pun pinjamlah duit aku RM300. Dia sendiri transfer guna kad ATM Maybank aku. Cukup-cukup pulak duit dalam tu.

Pastu, dia tanya aku, “ni je ke jumlah baki duit ko wei? Ko boleh survive ke banyak tu wei?” Memang aku bukak akaun Maybank sebab nak beli barang online pun. Duit gaji bank lain.

Pastu dia janji dengan aku dalam minggu depan dia bayar. Aku percaya jelah, sebab dia muslim kan. Penjawat awam pulak. Dah la tu, cerita kat aku yang tunang bomba dia tu memang bagi RM50 seminggu kat dia. Aku ni pulak gred cabuk jek.

Takkan dia tak mampu nak bayar balik kan? Tapi, yang kelakarnya, punca dia nak pinjam duit aku adalah sebab kad ATM Maybank dia rosak.

Aku pelik jugak, kan tahun lepas kad ATM dia rosak, sampai setahun tak setel wei. Bila aku tanya, dia macam gelak-gelak awkward je. Tapi, aku still husnudzon la.

Habis makan, dia hantar aku balik. Sambil hantar aku balik, dia kata Sabtu minggu tu, dia nak pergi majlis kahwin kawan dia. Dia minta aku temankan dia pergi, sebab ada geng nak pergi balik hari.

Kalau aku tak teman, dia terpaksa bermalam kat rumah kawan dia. Aku ni pulak species yang terdesak dan menggeletis nak berkawan. So, aku setuju jelah walaupun terasa malas yang amat.

Sabtu pun tiba. Kitaorang bertolak ke Negeri Sembilan pukul 11 pagi. Jumaat sehari sebelum tu, dia bagitau last minute, yang dia rancang nak pergi mandi air terjun. Pulak!

Aku ingat lepas kenduri, terus berambus balik. Disebabkan dah last minute, takkan aku nak kata aku tanak pergi pulak. Ok, fine, patutnya aku cakap je aku tak nak pergi. Memang silap aku, sampai hari ni aku menyesal.

Dalam kereta, dia cakap dia tak boleh lagi nak bayar duit aku, sebab housemate dia belum bayar lagi kat dia. Kat situ pun dah terserlah ke-hanat-annya. Tapi, aku species malas nak argue, sebab aku naik kereta dia kan? Buatnya dia tinggal aku tengah-tengah hutan? Choi!

Lepas kenduri, kitaorang makan cendol. Miss B belanja. Sambil makan cendol, dia duduk dekat dengan kawan lelaki dia, ada tiga orang kesemuanya. Miss B makan jauh-jauh. Aku namakan lelaki-lelaki ni Mr. D, Mr. E dan Mr. F.

Mr. D ni mesra alam orangnya. Banyak benda dia tanya. Intipati yang dia tanya hampir sama macam apa yang Miss A tanya aku masa mula-mula kenal dulu. Mr. E dan Mr. F ni punya senyap macam ada emas dalam mulut.

Mr. D cerita yang dia ni dulu penjawat awam. Tapi, sebab gaji ciput, dia pun berniaga la. Berniaga apa, aku tak tanya.

Masa tu, aku start perasan yang Miss A dan Mr. D ni saling memandang penuh maksud. Sambil buat gesture yang dorang sendiri paham. Nasib baik masing-masing bukan mak ayam dengan bapak ayam kan? Kalau tak, nayaaa!

Pastu, Miss A ajak aku borak-borak kat satu sudut terpencil kat kedai cendol tu. Aku pelik gak, aku tengah sedap-sedap borak, dia suruh duduk tempat lain pulak.

Hairan. Bila aku tanya bila nak pergi air terjun, dia macam senyum kambing je. Aku fitnah, memang awal-awal dia dah rancang sebenarnya, air terjun bukan salah satu pelan.

Jadi, aku pun duduklah kat sudut yang orang tak berapa nak lalu tu. Berdua dengan Miss A. Miss A pun mulalah cerita.

Aku pun pelik, macam dah tetibe. Sebelum tu, dia tanya aku sama ada aku percaya ke tak dengan dia. Aku pun jawablah aku percaya, kalau tak takkan aku bagi pinjam RM300.

Ringkas cerita, dia kata dulu kakak dia ada masalah pasal bayaran rumah –> dia terpaksa tolong bayar –> somehow, as fate would have had it, dia terjumpa dengan Mr. D yang bagi dia pinjam cash macam tu je.

Drama A class uols, siap menitik air mata lagi. Tapi, mungkin jugak kisah benar, wallahualam.

Lepas tu, reaksi dia bertukar pulak kepada happy, sebab sekarang dia dah diibarat ada kebebasan kewangan dengan bantuan upline dia, Mr. D.

Dia kata kat aku, dia sekarang dah mampu bantu mak ayah dia pergi umrah. Pergi umrah pun pakej mahal. Hasil daripada untung yang dia berniaga tu. Aku dengar jelah dengan takde perasaan, sebab aku sibuk nak balik. Aku memang rimas keluar lama-lama.

Pastu, dia cakap dia nak tolong aku pulak. Dia harap aku boleh join dia masuk bisnes ni. Sebagaimana kawan-kawan jururawat dia pun ramai yang masuk dengan dia. Dia janji dia akan tolong aku sampai aku berjaya.

Aku pun dengar acuh tak acuh. Tapi, ada jugak sudut hati aku yang aku sebenarnya berminat.

Tetibe, Mr. D muncul. Mungkin dia tengok anak buah dia macam dah habis bercerita, dia pun datang menyemak.

Secara ringkas, dia explain, bisnes ni ibarat jual geran atau lesen (lebih kurang macam tu la, aku lupa). Lepas tu dia bagi analogi, bisnes ni ibarat buka francais KFC, McDonalds semua tu. aku ni pulak percaya secara harfiah ( literally ).

Tak tau pun tu analogi. Sebab gaya dia bercerita tu, aku tak bau hancing langsung wei. Pemahaman aku, aku jadi business owner KFC atau McDonalds la.

Pastu dorang cakap, dorang nak explain dengan lebih lanjut kat aku. Aku kata, takyah la. Somehow, Miss A kata, dia betul-betul berniat nak bantu aku. Aku pun, beralah lah.

Jadi, malam tu kitaorang jumpa kat Pappa Rich. Petang tu, singgah rumah Miss B, mandi dan solat.

Kat Pappa Rich, Mr. D explain la pasal konsep francais tu. Panjang lebar jugak dia explain. Dia selit jugak slip gaji dia dulu. Dia cerita la gaji dia sikit, tak mampu nak tanggung keluarga bagai, mampu pakai motor je. Sehinggalah dia terjumpa platform ajaib ni.

Gittew. Pastu dia cakap lagi, dia memang akan guide downline dia dalam bidang ni sampai downline dia berjaya. Kencang woh. Terselak tudung aku.

So, aku yang kagum campur keliru pasal bisnes ni tanya la, aku kena buat apa untuk masuk bisnes ni. Betul ke macam bukak restoran Mcdonalds atau KFC camtu. Pastu dia cakap, bisnes ni tugas dia macam jual lesen sebenarnya. Kalau nak join, aku kena bayar yuran.

Paling murah RM1500. Tu macam level ahli biasa cokiarama je. Kalau aku berminat nak jadi pangkat tinggi, aku kena bayar RM32000. Jadahnya, aku punya PTPTPu pun baru RM30000. Tu pun aku menyesal sambung belajar sebab aku kerja gred SPM je.

Pastu, dorang cakap la. Kerja aku senang je. Once dah join bisnes ni, kerja aku adalah cari downline. Macam mana yang Miss A buat kat aku.

Bila aku cari downline, dia akan bagi ceramah la kat aku macam mana yang tengah berlaku kat Pappa Rich masa tu. Baru aku tersedar, natang MLM ghupenye.

Bila aku bayar RM32000 tu, aku akan dapat satu set skincare dari company Franc**zure tu yang bernilai lebih kurang RM1000 lebih. Pastu aku akan dapat lesen buat kerja terkutuk ni.

Beria-ria jugak Mr. D yakinkan aku yang company ni sebenarnya berdaftar dengan KPDNHEP dan SSM. Siap bagi aku nombor daftar minta aku check kalau-kalau aku tak percaya.

Yang paling tak boleh blah, dia cakap aku boleh buat pinjaman bank kalau berminat nak masuk pakej RM32000 tu. Mr. D dan Miss A beria bagi jaminan yang aku akan dapat balik pulangan tu dalam tempoh yang singkat.

Pastu belum apa-apa lagi dia suruh pulak aku cari potential downline yang aku rasa sangat-sangat minat berniaga.

Of course la kan, sebab tak nak putuskan rantaian downline. Gila ke apa nak suruh aku pinjam bank. Aku kahwin pun belum tentu aku nak pinjam bank. Silap haribulan, aku kahwin koboi je.

Perbualan tu tamat lah takat tu. Aku pun baliklah dengan Miss A. Dalam kereta, beria-ria sungguh Miss A yakinkan aku yang dia betul-betul nak tolong aku. Sampai dia bersungguh-sungguh suruh aku pinjam duit dengan bank. Choi!

Pastu dia kata lagi, takkan la aku ni takde at least RM1500 pun. Dalam hati aku, kalau aku ada pun, aku takkan masuk benda-benda macam ni.

Sejak detik tu, aku dah dapat rasa RM300 yang dia pinjam tu burn camtu je. Tapi, aku malas nak kecoh sebab aku tumpang dia balik. Hari pun dah malam.

Raya Haji tahun tu, aku mintak balik duit aku tu walaupun aku tau chances nya tipis, tapi, aku mintak jugak. Alasan dia sama, housemate dia masih belum bayar kat dia, jadi dia tak boleh bayar balik kat aku. Sampai hari ni aku tak paham logik ni.

Yang kelakarnya, dia ada cerita, sejak dia masuk MLM ni, dia mampu buat ibadah korban dan bagi makan anak-anak yatim waktu Raya Haji. Tapi, hutang tak boleh bayar.

Ada beberapa perkara aku nak bagitau kat sini :

1. Kalau keluar dengan kawan, walau best friend macam mana sekalipun, pastikan ko bawak duit tunai je. Itupun dalam RM30 je sebab nak makan.

Jangan sekali-kali bawak kad ATM. Sekurang-kurangnya, kalau kena kes macam aku yang kena tanya bawak kad ATM ni, senang la ko buat-buat korek dompet ko depan dia.

2. Jangan sekali-kali percaya kalaupun company tu cakap bisnes dia berdaftar. Berdaftar tak semestinya bisnes betul pun.

MLM ni dia akan gunakan bisnes sebagai salutan bulu ayam je. Hakikatnya dorang ni musang. Macam Fran**zure ni, bisnes dia kononnya dalam bidang kecantikan etc. Tapi, tu untuk cover je. Hakikatnya, sibuk merekrut downline.

3. Company macam ni akan tukar nama dari semasa ke semasa. Yang penting, ko kena tau modus operandi si hanat ni.

4. Takde masalah pun kalau korang nak masuk MLM, tapi, cari la produk macam Shaklee ke, Forever Living ke, Herbalife ke, Mary Kay ke. Sekurang-kurangnya boleh nampak effort ko berniaga sebenarnya. Ko jual, ko dapat.

Kes lain macam company Fran**zure ni. Barang pun takde nak jual, kerja ko cuma cari downline je untuk mengkayakan diri sendiri.

5. Kalau ko penjawat awam khususnya, berhati-hatilah sekiranya terjumpa individu macam Miss A ni. Memang bisnes macam ni akan target orang yang ada pendapatan tetap dan berniat nak buat part time.

Ok?

– Miss J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *